Saturday, July 9, 2011

Roti Oh Roti



Post aku sebelum ni kisah Laksa Johor ada aku sebutkan tentang tempat roti canai yang aku selalu pergi. Jadi, untuk kali ini tergerak hati [tergerak sikit jer..he he he] untuk aku selitkan sikit tentang kisah kedai tersebut. ..Hu hu hu..

Lokasi masih di Bandar Putra, tapi lupa plak aku nak usha nama jalan nya..he he he..tapi kalau dari trafic light depan IOI Mall Kulai, belok ke kiri. kedai nya  di sebelah kiri jugak. Eh, lupa plak.."Adwa Nasi Kandar"  nama kedai tu. Roti yang agak rangup dan juga kuah dal yang pekat bersama sambal  buatkan aku selalu lepak kat sini. Aku memang suka makan roti canai dengan kuah dal ditambah sambal berbanding dengan kari. Yerla, lain  orang lain citarasa kan.

Pagi tadi terasa nak ke Hutan Bandar Putra untuk cuci mata. he he he.. balik dari hutan bandar terus melencong ke Adwa Nasi Kandar. Orang kedah ckp pekena dulu roti canai sama teh tarik baru balik umah.. he he he

d^__^b

No comments:

Post a Comment