Monday, January 14, 2013

Sempat BerLEGO









Weekend yang agak memenatkan tapi BEST bila aku dapat peluang berjimba di Legoland. Mula-mula seram sejuk jugak sebab kalau anda nak tahu aku ni fobia dengan tempat-tempat permainan macam ni. Almaklumla, putera lilin (rase cam xde kaitan..) Tapi atas desakan dan dorongan kawan-kawan aku follow jugak dorang.

Bila dah masuk layan jugak sebenarnya. Bagi aku tempat ni sesuai untuk kanak-kanak sebab banyak benda dorang boleh belaja kat sini. Antaranya ada Boating School, Driving School dan banyak lagi la..(aku bukan duta dorang kot.. he he) Roller Coster pulak aku rasa bagi peminat-peminat tegar ianya biasa ja. Tapi bagi aku yang fobia ni dah kira okay dah. Kiranya sakit jugak tekak aku ni..(3kali jugak naik nya) 

Apa-apa pon memang layan la.....

Thursday, January 10, 2013

Kids, they are so innocent!


Anda jangan fikir bila tajuknya omputeh, aku akan tulis omputeh. Kalau anda memang fikir macam tu, maaf anda tersasar.. hu hu hu aku masih belum ada 'confident' dalam diri untuk buat semua tu.. he he. Apa pun berbalik pada tajuk tadi, adakah anda rasa apa yang aku rasa?adakah anda fikir benda yang aku fikir?

Semua berdasarkan pengalaman diri aku sendiri bila berdepan dengan anak-anak kecil. Antara insiden-insiden yang pernah aku alami adalah bila aku bertanyakan sesuatu soalan dan mintak mereka mengangkat tangan..."Sapa yang dah hantar buku MT1 sila angkat tangan"..mereka akan angkat, tapi mereka tak angkat turunkan tangan selagi aku suruh turunkan tangan..Sama jugak kalau anda minta mereka untuk berdiri bila menjawab soalan, mereka tak angkat duduk selagi anda suruh mereka duduk.

Pernah juga berlaku satu insiden dalam bilik tayang bila aku beri arahan kepada sekumpulan kanak-kanak.. waktu mereka sedang beratur..aku cakap 'eh,boleh tak kamu duduk belakang skit' Dengan 'slumber' mereka bergerak  ke belakang dan DUDUK! padahal maksud sebenar aku,aku nak mereka berbaris dibelakang sikit. dan bila aku suruh mereka berdiri semula, ada mulut-mulut berbunyi... 'eh,cikgu ni kejap suh duduk kejap suh diri,yang mana satu..'  he he he

Dan lagi satu, kita kena tahu bila berurusan dengan kanak-kanak kita perlu kotakan janji kita. Mereka akan tuntut selagi kita tak buat apa yang kita janji.

Yang pentingnya bila berurusan dengan kanak-kanak kita perlu pastikan apa sahaja yang kita mahu mereka buat  disampaikan secara jelas dan satu persatu. Jangan kita cuba beri arahan yang banyak dalam satu masa kerana anda pasti akan kecewa dengan respon yang diberi. Mereka akan kecewa anda kadangkala tapi mereka sentiasa buatkan anda tersenyum dengan telatah-telatah yang tak dijangka.

Love them because they are so innocent!!   d^_^b

Tuesday, January 8, 2013

2013....Gayanya mencabar...


Sudah seminggu kita harungi tahun 2013, rasa malas sebab cuti aku yang agak lama sikit-sikit hilang. (tapi kdg2 dtg blk dowh...huk huk ) Bila masuk tahun baru, kerja rutin aku diteruskan seperti tahun-tahun sebelum nya dan ditambah dengan tugas-tugas baru. Nampak gayanya 2013, bukan calang-calang tahun. Deria ke enam aku merasakan sesuatu yang "tough" mungkin berlaku, tapi masih samar.. (entah la weh,yg pasti rasa la..hu hu hu)

Bila balik  pada tugas hakiki, tahun ni aku diberi amanah untuk menjaga anak-anak kecil 8tahun. Mulanya, rasa "excited", tapi lama-lama seram sejuk macam terserempak kuntilanak kat pokok besar plak aku rasa. Mana tak nya, tiba-tiba empat huruf berhantu bermain dalam fikiran..K...S...S...R..adoi! (sapa yg cam blurr jer dengan 4 huruf tu cer click sini www.kssronline.com ) kalau untuk kelas matematik boleh aku terima, tapi tahun ni sekali dapat "english' daaa.... apa lagi, terpaksa la menelaah benda-benda yang berkaitan. Tapi, ins sya Allah, aku cuba buat yang termampu. Bukan untuk orang lain, untuk anak-anak kita juga kan. d^_^b

Haa...itu baru tugas hakiki, belom masuk hal-hal pengkeranian lagi. Macam biasa, deria keenam aku sekali lagi mula merasa sesuatu gah (konon la....) akan berlaku. Kurang pasti perinciannya, cuma satu tugas telah diserahkan secara rasmi tadi (ptg tadi ade meeting HEM). Kali ni aku ditugaskan untuk "menghandle" (perkataan ini dilarang sama sekali digunakan sewaktu menjawab kertas 012) satu program HEM yang perlu dijalankan sepanjang tahun sampai November. Jadi, dah nampak bibit-bibit kesibukan kat situ.

Apa-apa pon hidup perlu diteruskan, amanah harus dilaksankan dan tanggungjawab mesti dipikul dengan baik. Buat dengan ikhlas In Sya Allah ada yang akan membantu.....  d^_^b

Wednesday, January 2, 2013

Bila Buku Baru Dibuka

Setiap sudut laman sosial buat masa ni penuh dengan ucapan-ucapan tahun baru. Mula dengan azam baru dan ramai jugak yang menyambung azam tahun lepas. 2012 punya banyak kisah diungkap, suka duka sakit perit. Tapi semua itu buatkan kita belajar tentang dunia yang tak pernah sunyi dengan pelbagai cerita. Jadi, buku 2012 sudah ditutup.. Buku baru telah dibuka dengan coretan yang lain.. Selamat Datang.... d^_^b