Tuesday, June 26, 2012

Kisah Unik Si Kidal


Tergerak hati untuk mencoret sesuatu bila aku ditegur dengan bebudak. Actually dah selalu bebudak tegur aku bila tengok aku menanda buku. Tapi yelah, nak cakap apa kan, senyum jer. Bagi aku kami golongan kidal ni sebenarnya bukan lah pelik. Aku lebih suka guna perkataan unik. Sedap bunyi nye kan? he he he..
So saja- saja nak berkongsi sikit tentang kami yang unik ini.

Kelebihan Orang Kidal
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
· Bentuk kamera DSLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.



Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.



Kekurangan Orang Kidal
-Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

-Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

-Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.(setuju sangat-sangat!)

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar



Sumber : 
 http://www.kirinselamaperak.com/infokelebihan-dan-kekurangan-orang-kidal-seperti-aku-kirin-selama-perak/

Monday, June 25, 2012

Hati...


Kuat nya seseorang itu bila dia mampu mengawal dirinya..mampu membentuk hati untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak perlu walau jauh di sudut hati dirinya ingin melakukan semua itu. Hidup tak pernah lari dari dugaan. Kecil kah, besar kah ianya pasti kan datang. Cepatkah,lambatkah ianya pasti kan serang.

Bila dugaan melanda hati mula terasa kalah, jadi lemah walau ia dulunya adalah juara. Pemenang yang sentiasa di puncak namun mula rebah bila dugaan datang tiba memusnahkan segala. Orang yang gagah bisa jadi lemah bila hati tidak mampu menanggung beban dalam diri. Jangan ingat fizikalnya nampak gah kerna belum tentu hati itu kuat seiring tubuhnya.


Apa yang pasti segumpal darah dalam hati ini perlu di ajar berdikari untuk menghadapi segala kemungkinan yang tiba. Ajar ia untuk terima segala sebelum bangun untuk teruskan langkah. Bila hati bisa terima ,waras kan datang membantu kita. Langkah akan jadi lebih selesa untuk terus  maju ke depan dan  hadapi ia dengan senang...AJAR HATI DEMI DIRI....

d^____^b