Tuesday, February 25, 2014

Wa respect u lebih misi!

Tiba-tiba plak hari ni terasa nak bercerita pasal misi ni. Tapi ni bukan la misi menyelamat tapi maksud aku misi aka jururawat.. Yela, kalau orang-orang lama pakai. Misi ja kan,, tapi datang mana ek perkataan misi tu????? Xpa2 nanti kita buat post yang laen pasal dari mana datang nya perkataan misi tu..

Bila sebut misi, mesti banyak yang terbayangkan garang..apatah lagi misi dari hospital kerajaan.. Bila ada segelintir nya yang buat hal macam ni lah jadi nya.. So far, ,misi-misi yang aku kenal sangat baik dan bertanggung jawab.. Ramai jugak sedara dan kawan-kawan yang jadi misi. Sebelum ini, ak hanya jumpa misi-misi ni time pegi melawat orang sakit kat hospital ja..so skop kerja pon tak la tahu sangat. Cuma kadang-kadang kawan-kawan ni ada juga bercerita..

Tapi sekarang bila aku sendiri yang bekerja di hospital, aku dapat la tengok cara kerja misi-misi. Biasa la kan kerja shift.. Shift misi-misi ni kalau tak silap ada 3..pagi petang dan malam.. Maaf ya kalau tersilap..yang aku rasa sedikit tersentuh bila tengok misi-misi yang bekerja shift malam.. Masa balik dorang kalau tak silap seawal 7.30 pagi kot. So aku pulak sampai ke tempat keja dalam pukul 8. So bila parking kereta ja mesti aku akan terserempak dengan dorang yang tengah tido dalam keta. Yela, keja malam kan, susah skit la nak tido. Bila dah abis keja nak balik bahaya. Jadi terpaksa la tido dalam keta dulu. Tiap-tiap hari mesti jumpa.. Yang sedih tu kadang-kadang penah terjumpa juga misi yang sarat mengandung tido dalam keta.. Cuba bayangkan masa kerja yang macam tu memang tak sesuai untuk yang memgandung sebenarnya.. Sebab tu la aku cakap.. " wa respect u lebih misi! "

Sunday, February 23, 2014

Bukan aku tapi osmate..

Yup..betul, bukan aku...he he he bila cuti-cuti macam ni dan kebetulan semua ada kat umah ini lah kerja housemate aku.. Baking!!! Kali ni dia buat cupcake pulak.. Aku? Err...he he he tengok je lah..buat tak pandai, kalau makan ha... Yang tu serah pada aku... Hu hu hu kali ini dia buat chocolate cupcake lepas tu topng nya aku tak pasti.. He he  cream cheese kalau tak silap.. Apa-apa pon layan je la...tapi yang penting bukan aku tapi osmate.. he he he Misi untuk menjadi gemuk berjalan lancar!




Friday, February 21, 2014

Diam lama sangat..

Assalammualaikum,
hurm.. tak pasti masih ada orang ke tidak ni.. he he he sebab lama sangat menghilang sampai rasanya orang dah tak kenal. Apa-apa  pon alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan hidup. Masuk dalam beberapa bulan ni banyak perkara-perkara baru berlaku. Yang utama alhamdulillah aku dapat berpindah dari Kulaijaya ke Kuala Lumpur. walaupun masih jauh dari kedah tapi sekurang kurangnya sudah cut 4 jam kat situ. dan yang kedua nya aku bukan saja berpindah negeri tapi aku juga bertukar suasana mengajar. core business masih sama tapi tempat nya berbeza. Bermula 2 Januari 2014 alhamdulillah bermula kerjaya aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).




Program baru dimana Sekolah Dalam Hospital (SDH) diperkenalkan. Tapi tak la baru sangat sebab program ni dah bermula sejak tahun 2011 lagi. dengan guru seramai 9 orang bersama 2 orang pembantu murid kami menggerakkan sekolah dalam hospital di PPUM. sangat mencabar tetapi menarik bagi aku yang memang sudah lama teringin bekerja di hospital. Apa-apa pun, akan diceritakan di masa akan datang Insyaallah.. Salam kembali dari aku untuk semua.. Assalammualaikum.. d^__^b