Tuesday, February 25, 2014

Wa respect u lebih misi!

Tiba-tiba plak hari ni terasa nak bercerita pasal misi ni. Tapi ni bukan la misi menyelamat tapi maksud aku misi aka jururawat.. Yela, kalau orang-orang lama pakai. Misi ja kan,, tapi datang mana ek perkataan misi tu????? Xpa2 nanti kita buat post yang laen pasal dari mana datang nya perkataan misi tu..

Bila sebut misi, mesti banyak yang terbayangkan garang..apatah lagi misi dari hospital kerajaan.. Bila ada segelintir nya yang buat hal macam ni lah jadi nya.. So far, ,misi-misi yang aku kenal sangat baik dan bertanggung jawab.. Ramai jugak sedara dan kawan-kawan yang jadi misi. Sebelum ini, ak hanya jumpa misi-misi ni time pegi melawat orang sakit kat hospital ja..so skop kerja pon tak la tahu sangat. Cuma kadang-kadang kawan-kawan ni ada juga bercerita..

Tapi sekarang bila aku sendiri yang bekerja di hospital, aku dapat la tengok cara kerja misi-misi. Biasa la kan kerja shift.. Shift misi-misi ni kalau tak silap ada 3..pagi petang dan malam.. Maaf ya kalau tersilap..yang aku rasa sedikit tersentuh bila tengok misi-misi yang bekerja shift malam.. Masa balik dorang kalau tak silap seawal 7.30 pagi kot. So aku pulak sampai ke tempat keja dalam pukul 8. So bila parking kereta ja mesti aku akan terserempak dengan dorang yang tengah tido dalam keta. Yela, keja malam kan, susah skit la nak tido. Bila dah abis keja nak balik bahaya. Jadi terpaksa la tido dalam keta dulu. Tiap-tiap hari mesti jumpa.. Yang sedih tu kadang-kadang penah terjumpa juga misi yang sarat mengandung tido dalam keta.. Cuba bayangkan masa kerja yang macam tu memang tak sesuai untuk yang memgandung sebenarnya.. Sebab tu la aku cakap.. " wa respect u lebih misi! "

2 comments: