Friday, June 27, 2014

Dia datang lagi..


Ya, Ramadhan datang lagi. Ia akan datang lagi dan kali ini jadi yang pertama aku di sini. Tahun pertama di bumi Putrajaya setelah hampir setengah tahun aku mulakan kehidupan baru di sini.

Dah, cukup nak buat ayat-ayat jiwang.. he he he.. kang ada pulak yang muntah hijau or jadi sawan bila baca. hu hu hu.. Insyaallah ahad ni semua umat Islam akan berjumpa dengan Ramadhan. Ramadhan pertama aku di Putrajaya dan Ramadhan ke 4 aku sambut tanpa En Abu Hanipah di sisi.. Wah dah dekat 4tahun ayah noh.. sat ja masa berlalu. Abg rasa macam baru ja semua ni berlaku. Sentiasa mendoakan kebahagiaan ayah di sana.. Insyaallah Amin..

Ramadhan kali ni masih sama untuk aku, masih membujang he he  ( xtau bila nak tukaq status nih!) Masih sama untuk mak aku dan adik-adik mungkin dan sedikit berbeza untuk akak aku ( sebab tunggu masa nak lahirkan anak buah ayah lang yg baru) dan abg juga ( dugaan dan hijrah yg berlaku dalam diri )

Apa-apa pun sentiasa beringat dan berwaspada Ramadhan jangan jadikan ia medium untuk kita lebihkan dunia sampai kita leka tetang hari di sana. kerana kita manusia sekarang walau nampak seperti mencari sesuatu untuk akhirat tetapi hati kita kadang-kadang masa lemah hinggakan setiap yang dibuat tiada kerana Allah dan hanya untuk pujian manusia semata-mata..Nauzubillah.. Ikhlas perlu dicari tapi hanya Dia berhak memberi.. Wassalam..