Monday, January 30, 2012

Mengidam,,tak kan orang lelaki tak boleh?

 yummy2... he he he

Selalu nya kalau sebut mengidam ni kita selalu terbayang kaum wanita terutama ibu-ibu yang mengandung. Selalu nya la kan..ada yang mengidam yang pelik-pelik..nak kan buah waktuu bukan musim nya la..nak makan mee goreng kt restoren india la [that was my mum], macam-macam sebenarnya.

Tapi cerita aku pulak bermula dalam 3 4 hari yang lepas. Ntah tak tahu kenapa dengan mulut ni. Asyik teringin nak makan benda-benda masam ja. Cuma belum ada kesempatan untuk pergi cari. Semalam ada terjumpa waktu pergi beli barang dekat Tesco dengan housemate. Tapi buah nya tak mengiurkan. Dalam kotak fikiran ni asyik terbayang buah mangga potong yang kt IOI Mall tu. Jadi, balik kerja tadi dengan penuh rasa semangat [gigih tahap gaban!] terus memecut ke Bandar Kulaijaya semata-mata nak ke IOI Mall. he he he

Sampai ja di dalam, ambil bekas terus masukkan apa yang aku suka.... mangga [mempelam@pauh], jambu dan juga kedondong [tempat aku pggil ambra]. Siap beli terus balik. Bila masuk je dalam kereta teruk makan! Belum sempat sampai umah dah nak habis..betul-betul mengidam ni..he he he.... Jadi mengidam ni...tak kan orang lelaki tak boleh??????
d^____^b




masuk je dalam kete terus makan!




Belum sampai rumah dah tinggal ni ja.. hu hu hu

Saturday, January 28, 2012

Aku Kempunan Dengan Kek Itu..


Aiyoo..aku kempunan! ha ha ha..terserlah "ketidakpandaian" aku menggunakan microwave. hu hu hu . Niat  nak makan,  tapi kek tu hanya mampu di lihat................dari jauh. [keras +hangit+pahit!] Mula cerita nya semalam, sebelum keluar makan teringat kek yang ada dalam peti sejuk tu [ Walnut Brownies, ade orang kasi] Punya la excited nak makan sampai siap wat nescafe panas [3in1 jer..senang..pow osmate punya] Tapi tu la,kalau orang cakap takda rezeki, memang takda la kan. Jadi, waktu kat dapur tu aku keluarkan kek dari peti sejuk dan masukkan dalam microwave. [ kes nya sebab dah keras kek tu dalam peti ais semalam] Pastu dengan tanpa segan silu nya aku tekan reheat dan balik ke ruang tamu mengadap TV.

Selang 3 minit lebih kurang microwave tu berbunyi [teeett...teeett] tanda dah siap. Tapi, bila aku masuk ja dapur dan bukak microwave tu...nah engkau, dah rasa macam duduk di kaki gunung berapi Merapi kt Indonesia,asap berkepul-kepul. Dalam hati waktu tu.."aiseymen,kempunan la aku malam ni nak makan kek"  Housemate dah mula bising sebab bau hangit dah merebak satu rumah [aku rasa satu blok F pon bau.. hu hu hu] 

Oleh sebab teringin dan nescafe panas dah menunggu kat depan ruang tamu, aku keluarkan jugak kek tu konon-konon boleh makan lagi , tapi........hurm... Takpa lah, lepas ni aku pergi Secret Recipe aku beli tiga! Makan puas-puas!

d^____^b


*Kek tu sebenarnya sempena harijadi aku minggu lepas ..[24 Januari]
*Bila tanya member aku, kek tu sepatutnya dipanaskan hanya dalam 10saat ja
* Tapi tengah malam semalam dapat makan Chocolate Indulgence Cake..TQ guys!