Saturday, January 28, 2012

Aku Kempunan Dengan Kek Itu..


Aiyoo..aku kempunan! ha ha ha..terserlah "ketidakpandaian" aku menggunakan microwave. hu hu hu . Niat  nak makan,  tapi kek tu hanya mampu di lihat................dari jauh. [keras +hangit+pahit!] Mula cerita nya semalam, sebelum keluar makan teringat kek yang ada dalam peti sejuk tu [ Walnut Brownies, ade orang kasi] Punya la excited nak makan sampai siap wat nescafe panas [3in1 jer..senang..pow osmate punya] Tapi tu la,kalau orang cakap takda rezeki, memang takda la kan. Jadi, waktu kat dapur tu aku keluarkan kek dari peti sejuk dan masukkan dalam microwave. [ kes nya sebab dah keras kek tu dalam peti ais semalam] Pastu dengan tanpa segan silu nya aku tekan reheat dan balik ke ruang tamu mengadap TV.

Selang 3 minit lebih kurang microwave tu berbunyi [teeett...teeett] tanda dah siap. Tapi, bila aku masuk ja dapur dan bukak microwave tu...nah engkau, dah rasa macam duduk di kaki gunung berapi Merapi kt Indonesia,asap berkepul-kepul. Dalam hati waktu tu.."aiseymen,kempunan la aku malam ni nak makan kek"  Housemate dah mula bising sebab bau hangit dah merebak satu rumah [aku rasa satu blok F pon bau.. hu hu hu] 

Oleh sebab teringin dan nescafe panas dah menunggu kat depan ruang tamu, aku keluarkan jugak kek tu konon-konon boleh makan lagi , tapi........hurm... Takpa lah, lepas ni aku pergi Secret Recipe aku beli tiga! Makan puas-puas!

d^____^b


*Kek tu sebenarnya sempena harijadi aku minggu lepas ..[24 Januari]
*Bila tanya member aku, kek tu sepatutnya dipanaskan hanya dalam 10saat ja
* Tapi tengah malam semalam dapat makan Chocolate Indulgence Cake..TQ guys!

No comments:

Post a Comment