Sunday, July 31, 2011

Sahur Pertama

"housemate" sedang memesan "Big Mac"

lengang.. he he he

akak McD.. selamat bersahur ye kak...d^__^b


Nampaknya ramadhan kali nie lain sikit daripada tahun lepas. Kalau tahun lepas kebarangkalian aku bangun sahur adalah sangat sangat rendah tapi mungkin tahun ni agak berlainan. Sebabnya kali ni aku dah ada "housemate" dan dia memang jenis senang bangun pagi [xmcm aku tidoq mati..tp bukan xbgn terus la ek.. bgn jugak cume lambt skit..he he he]

Macam sahur pertama ni memang dari semalam "housemate" aku dah rancang nak bersahur kat McD. Aku nie ikut jer la [even aku nie bukan la penggemar "fastfood" yg "hardcore"] So, dalam pukul 4.45 pagi bergerak la kami ke Mcd Kulaijaya. Agak tergesa - gesa jugak aku tadi..Sebenarnya dalam kotak fikiran aku, aku akan terpaksa beratur panjang bila di Mcd nanti. Tapi bila sampai ja...Eh, aku ngan kimi jer ["housemate" aku] rupanya sahur kat McD kali ni. he he he..[mungkin kul 2 3 pagi tadi org len dah sahur..]

Apa-apa dengan "Spicy Chicken Mcduluxe" + milo panas maka sempurna la bagi sahur pertama aku.. Alhamdulillah....[ esok aku xjamin ag..kalau housemate aku kejut kan aku..bgn la.. he he he]

d^__^b

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Di Tempat Baru...


Alhamdulillah, hari ini selesai sudah sesi pemindahan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru. Itu pun selepas hampir dua hari dua malam aku dengan "housemate' berhempas pulas mengangkat barang. Bukan xde orang nak tolong, tapi kebanyakan kawan-kawan semua ambil peluang balik kampung sambut ramadhan.Aku? ... bukan takde hati nak balik..Tapi ada kekangan-kekangan yang menghalang aku untuk pulang ke kampung.. huk huk huk.. Tapi yang pasti raya mesti aku balik.. [giler aku xblk raya...he he he]

Sebenarnya apa yang aku cuba "highlight" kan kali ini tentang suasana ramadhan yang baru, akan aku tempuhi untuk tahun ni.Esok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 ramadhan  1432 Hijrah. Kalau diikutkan xde beza sangat pon, aku pindah masih di taman yang sama, kedudukan bilik semua adalah sama. Malah kedudukan tv dan semua barang diruang tamu masih dikekalkan. he he he.. Cuma mud mungkin yang berlainan.

Apa -apa pon dimana kita berada yang penting Ramadhan ini harus disambut seolah-oleh ini adalah Ramadhan yang terkakhir buat kita... Wallahua'lam..


d^____^b

Tuesday, July 26, 2011

Aku Suka..Korang Suka?

Tiada apa yang menarik, hanya sekadar berkongsi kegemaran. Aku  suka makan. Makan makanan yang berasaskan Ayam..  "Lets Check it out!!"

[Sup Ayam]
Kalau di Kulaijaya bila aku teringin nak makan sup ayam Gearbox Corner dekat dengan Flet Temenggung Indahpura menjadi pilihan.


[Nasi Ayam Penyet]
Taman Universiti menjadi sasaran.. ha ha..tapi di ZZ Sup tulang JB [berdekatan Hospital KPJ Abdul Samad] boleh tahan sedapnya. Kalau malas Foodcourt Tesco Kulai pon Ok wat.. he he he

[Nasi Ayam]
Sudah Tentu Nasi Ayam D'Kulai, kawasan medan selera berdekatan lampu isyarat nak ke SMK Sultan Ibrahim dan rumah pangsa Kulai. "You guys should try it".. [owner orang felda bukit besar]

[Nasi Ayam Hainan]
"Healthy food" jarang makan tapi penah cuba di satu kafe dekat dengan Old Town White Coffee Kulaijaya.

[Nasi Goreng Ayam]
Kalau di Johor Bahru aku rasa nasi goreng ayam dekat dengan Medan Selera Kg Melayu Majidee sedap. 




P/s : Penah satu tahap, bagi aku  menunggu waktu sarapan,makan tengah hari dan makan malam adalah saat yang paling aku suka ha ha ha.. Gila betui!!


d^O^b

Sumber-Sumber :-
sweet-vanila-fiera.blogspot.com
trihatmaningsih.wordpress.com
dibawrotethis.blogspot.com
kukumalusworld.blogspot.com
potretkasih.com

Thursday, July 21, 2011

Bila Ayam Dipenyet..

restoran yang aku tak tahu nama nya.. he he he


Terlalu "excited"  , aku makan dulu sebelum amek gambar.. ha ha ha

Oleh sebab dah lama aku tak makan nasi ayam penyet, semalam aku, "housemate" aku si Kimi dan Faiz merempit [dengan aku punya "honey boney"]  ke Taman Universiti ,Skudai. Mesti ada yang terpikir kenapa la aku nie nak makan nasi ayam penyet sampai ke Skudai, tak kan la Kulaifornia a.k.a Kulaijaya tak wujud nasi ayam penyet?

 Sebenarnya ada, cuma kalau kat taman U tu bagi aku antara tempat yang sedap dan murah.. he he he kalau kat tempat laen harga nya RM7.00 tapi kalau kat kawasan Taman U RM5.00. Mungkin sebab situ adalah kawasan pelajar UTM jadi harga nya lebih murah dari tempat lain. Banyak jugak kedai-kedai di kawasan situ yang buat potongan 10% bagi pelajar-pelajar UTM.. Menarik kan...

Ada banyak tempat yang bagi aku sedap untuk di cuba. Tapi selalunya aku dengan kawan-kawan akan pergi satu kedai berdekatan Jusco Taman U.  Kat situ ada Restoran Pinang,restoran Bibik dan satu lagi aku tak pasti nama kedainya sebab tak ada papan tanda nya.. [Bersebelahan dengan Nona Manis karaoke] Tapi kedai yang tak da nama ni la yang selalu aku pergi. Sebabayam nya lebih lembut dan juga sambal nya yang kurang pedas. Kalau di Pinang dan juga Bibik ayam nya lebih garing dan sambal nya lebih pedas. Jadi ikut la citarasa masing-masing.

p/s Restoran Pinang,Bibik dan yang tak da nama tu memang menu nya nasi ayam penyet, pecel lele dan juga bakso.. Kedai nya tak da jual masakan panas yang lain.. kalau tak silap aku la he he he

d^__^b

Alamak, ujian!!


otak bila dah lama tak guna jadi macam ni la.. he he he rasanya dekat dua tahun jugak aku tinggal kan arena menjawab soalan ni. Selalu jaga budak-budak aku sekali petang tadi aku pulak yang kena ambik ujian he he he

Aku ni bila dah masuk dalam mud ujian secara automatik mata ni susah betul nak bukak. Buat pulak duduk dalam "air-con", lagi la teringat bantal busuk aku kat rumah. hu hu hu  Sebenarnya tadi macam biasa la hari kamis [2x sebulan] aku akan ada bengkel bahasa Inggeris kat PKG Sg. Sayong [Pusat Kegiatan Guru] entah macam mana petang ni dorang cakap nak buat ujian pulak. Katanya ujian kali ni nak uji tahap bahasa Inggeris. Aku ni dah  mula gelabah,yerla bahasa inggeris tunggang langgang,buat pulak dorang nak uji "grammar" , adooyai.....


Masa 45 minit, 15 minit pertama aku dah mula di awang awangan. Ini penyakit aku dari zaman sekolah lagi. Bila "exam"  @ ujian ja mula la mengantuk he he he. Tambah-tambah subjek yang kena banyak baca. Kalau macam maths tu ok la.. kira-kira kan.. he he he

Bila dah semua siap dan masa pun tamat terus jawapan disemak. sepeti yang telah disangka lagi dijangka, aku dapat cukup-cukup makan ja. ha ha ha  [Cek malu!!] Tapi masih buat muka tebal.. hua hua hua [ada aku kesah???]

Selamat la bengkel kali ni hanya dibuat ujian sahaja. Jadi, lepas ujian balik!!!!


p/s : sempat bergambar dengan Peter sebab minggu ni minggu terakhir, dia akan balik semula ke Marang. I'll miss you..eceh! ha ha ha

Wednesday, July 20, 2011

Sate Kajang tapi di Kulai.


jom makan sate kajang!!!! tapi, jauh la..macam mana ek...huk huk huk..warga kulaijaya sekelian tak perlu berduka, kita masih boleh merasai kesedapan sate kajang haji samuri di sini sebenarnya... he he he

terletak di taman muhibbah terdapat satu cafe [alamak aku lupa namanya] yang menyediakan pelbagai masakan panas, nasi lemak, asam pedas,roti canai dan tak dilupakan SATE KAJANG jugak..kalau dari bandar kulai aku suka ikut jalan indahpura. Akan lalu sekolah Sk indahpura 2 [klu xsilap..aku confuse 1 dan 2] boleh jugak ikut jalan nak ke senai...sebelum sampai saleng belok ke kanan...

sebenarnya,aku bukan la hantu sate sangat..selalunya "housemate" aku yang suka order sate.. aku tumpang2 jer. he he he bukan kedekut tapi entah la...bukan "favourite" kot.. he he he tapi post nie untuk sapa sapa yang suka la...korang boleh cuba kat sini. sekali lagi di ulang kedainya terletak di taman muhibbah kulaijaya..enjoy....

d^__^b

Monday, July 18, 2011

A - N - D - A


Aku tersenyum kerana melihat dia yang menjadi dirinya,walaupun tampak biasa tetapi tetap istimewa...

Nyaman rasa dihati apabila teringat di kotak fikiran,terbayang di mata nan redup, terpacul di mulut yang   satu..

Difikir aku apakah yang terjadi pada qalbi? mungkin ia terpaut pada sang pelangi yang cantik menyinar di kala hujan berhenti

Apa pun yang terjadi  pada kehidupan, tak perlu ditukar tak usah di ubah, kerna ANDA tetap sama serupa pada mata..




mood : Buang tebiat  a.k.a merapoo meraban   

d^___^b

Tahukah Kita??? [Bohong]


selalu orang tulis "tahukan anda?" tapi kali ni aku pulak tulis "tahukah kita?" sebab aku sendiri pon baru tahu secara terperinci. he he he betul ke tidak fakta ini,wallahu'alam tapi kalau nak cuba tak salahkan.

menurut apa yang terbaca [secara tak sengaja la.. hu hu hu] dalam satu laman web ni, salah satu cara kita nak pastikan seseorang tu berbohong atau tidak kita boleh amati dan perhatikan anak mata nya..[Erm,menarik kan. moh kita teruskan lagi.........]

sekiranya sedang menjawab soalan dan bebola matanya terus bergerak ke kiri, ada kemungkinan jawapannya adalah jujur..tetapi sekiranya bergerak ke kanan kemungkinan seseorang itu berbohong.  [Tapi kenapa ekk???? apa kaitan pergerakkan mata dengan berbohong???]

Ini kerana secara saintifiknya kita tahu otak kiri berfungsi sebagai "auditory memory" manakala otak kanan pula untuk kreativiti. Maka bila bebola matanya bergerak ke kiri bermaksud seseorang itu sedang  berusaha untuk mengingat kembali apa yang berlaku manakala bila bebola matanya bergerak ke kanan seseorang itu sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu jawapan yang lain. Dalam erti kata lain otak kanan sedang ligat mereka cerita laen.. huhuhu...

Bagi aku kemungkinan betul cuma tahap kesahihannya aku tak pasti. Hanya sebagai info. tapi kalau yang dah "expert" dalam bab-bab tipu menipu ni susah jugak kita nak kenal pasti kann.. he he he.. apa-apa pon cuba elakkan dari melakukan aktiviti tipu menipu ni ek..


p/s :: tipu sunat..ada ke????


Sumber :
http://kumpulan.info/tahukah-anda.html

Saturday, July 16, 2011

Ceramah Lor...




2 3 hari yang lepas masa tengah sibukkan diri dalam perpustakaan [ sibuk ke? ke aku ja yang buat-buat sibuk... ha ha ha] tiba-tiba datang abg shukor [PAR sekolah aku] tercegat depan pintu sambil bawa satu buku panjang kulit keras [sah! aku kena g kusus!] ha ha ha ...selalunya abg shukor kalau dia bawak buku tu maknanya mesti ada kursus yang kena pergi.. ha ha ha.. memang betul la..aku kena pergi dengar ceramah bahasa inggeris kat UTM.

Sebenarnya ceramah kali ni khas untuk cikgu-cikgu yang mengajar tahap dua...aku ni pulak ngaja tahap 1. Kursus yang aku pergi sebelum nie pon [ada lagi 1fasa (semua 3 fasa)] untuk tahap dua juga.. [hai..tak kan tahun depan kena mengajar tahap dua kot..adei... huk huk huk] 

Jadi semalam, aku dengan beberapa kawan yang laen [kebetulan kawan-kawan aku dari sekolah lain pun kena pergi..muka-muka  sama jer yang pergi kursus.. he he he]  merempit ke UTM.. daftar pukul 8 pagi dan selesai semua dalam pukul 1 tengah hari..

aku rasa tak sia-sia aku datang ceramah nie. banyak input yang aku dapat walaupun aku tak mengajar tahap dua tapi sekurang-kurangnya input yang aku dapat boleh aku "apply" untuk diri aku sendiri.. he he he [cikgu sendiri pon masih belajar kan...] Apa-apa pon mommy deeba mmg best

d^_^b

Friday, July 15, 2011

Sabar itu perlu..


Ini adalah antara sifat paling penting yang perlu ada dalam diri kita. Tanpa sifat sabar susah untuk kita teruskan hidup. Susah untuk kita berjaya dan sukar untuk kita memperoleh sesuatu yang diidamkan. Tambahan pulak bagi sesiapa yang kerjanya perlu berurusan dengan orang lain sudah tentu akan menghadapi situasi-situasi yang memerlukan sifat sabar yang sangat tinggi.

Bagi aku sendiri, orang yang sabar itu adalah orang yang dapat mengawal em0sinya dalam apa jua situasi yang berlaku sebelum bertindak.Dia tak akan cepat melatah dan cuba mengawal keadaan supaya segala keputusan yang diambil dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Orang yang sabar selalunya hanya akan bertindak sewajarnya apabila perlu.

Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang tak mampu untuk menjadi yang terbaik. kadang kala tersasar dari landasan hinggakan kita tidak sabar dalam sesuatu perkara menyebabkan kita bertindak secara melulu. Tindakan yang melulu mungkin memberi natijah yang tidak baek namun itu tak bermakna kita perlu berputus asa. Apa yang penting cuma belajar dari pengalaman yang lalu supaya kita lebih bersabar dan tidak mengulang kesilapan yang sama.

"Kita adalah manusia...manusia tiada yang sempurna..tapi xsalah untuk kita cuba ke arah kesempurnaan tersebut..."

Tuesday, July 12, 2011

Tanpa Ku Sedar...


Aku berjalan seorang diri tanpa sesiapa disisiku..
ku dengar bunyi burung berkicauan di tambah deruan air yang mengalir begitu tenang. 
Ku rasa lapang, ku rasa bagaikan berada di kayangan.
 Indah sungguh perasaan di hati seperti ku ingin terus berada di sini. 
Tapi ku tahu semuanya hanya ilusi dimana ianya akan hilang tanpa aku sedari. 
Jadi, masa yang ada ku guna sebaik mungkin. 
Walau pon ilusi yang hadir, ianya tetap indah..ianya tetap terisi. 

Gambar :
twosidesserenity.blogspot.com



Sunday, July 10, 2011

Jerebu Oh Jerebu





Hari nie terbangun lambat!! uwaaaaaaaa!!!!!  Sedar-sedar jer dah pukul 6.30 .apa lagi cepat-cepat la aku  melompat masuk bilik air.. he he he dalam 30minit siap r semua [lelaki simple-simple sudeh....tak perlu amek masa macam.......he he he ] 

Keluar jer rumah..mak aii... dah rasa cm duduk kat cameron highland plak..kabus tebal...oleh sebab keluar rumah pun dah lewat, jadi natijah nya terpaksa la aku ikut bontot lori... huk huk huk..akue kalau keluar lewat dari umah risiko nya itu la...nak potong byk plak kereta bertentangn nak ke kulai.. lagipun jerebu pon tebal tak berani aku nak amik risiko. Ikut jer lah kan..Orang cakap biar lambat asalkan selamat....


Mood :: Monday sick.. huk huk huk

d^__^b

sedikit info ::

Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarahpencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.


Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu

Saturday, July 9, 2011

Roti Oh Roti



Post aku sebelum ni kisah Laksa Johor ada aku sebutkan tentang tempat roti canai yang aku selalu pergi. Jadi, untuk kali ini tergerak hati [tergerak sikit jer..he he he] untuk aku selitkan sikit tentang kisah kedai tersebut. ..Hu hu hu..

Lokasi masih di Bandar Putra, tapi lupa plak aku nak usha nama jalan nya..he he he..tapi kalau dari trafic light depan IOI Mall Kulai, belok ke kiri. kedai nya  di sebelah kiri jugak. Eh, lupa plak.."Adwa Nasi Kandar"  nama kedai tu. Roti yang agak rangup dan juga kuah dal yang pekat bersama sambal  buatkan aku selalu lepak kat sini. Aku memang suka makan roti canai dengan kuah dal ditambah sambal berbanding dengan kari. Yerla, lain  orang lain citarasa kan.

Pagi tadi terasa nak ke Hutan Bandar Putra untuk cuci mata. he he he.. balik dari hutan bandar terus melencong ke Adwa Nasi Kandar. Orang kedah ckp pekena dulu roti canai sama teh tarik baru balik umah.. he he he

d^__^b

Bila Bosan..




Bila dah boring + tak tahu nak buat apa mula la cari sesuatu...huhuhu...pas makan kat bandar putra tadi [ngn faiz dan spptnya ngn hosmate aku tp xmuncul2..sabor jer la..heheh]  xtahu nak wat ape...nak blk cam awal lagi..[malam masih muda beb..heheh]

Masok jer kete terus pecut ke selatan...bajet nak ke skudai or ke Jb..tapi baru jer gerak dalam 200meter aku stop tepi..kebetulan si faiz tgh cakap dlm telefon. Bila pikir2 blk cm xsempat nak ke Jb..Tiba2 si faiz bagi cadangan pegi maen bowling..kebetulan mmg kami dh dkt ngn IOI Mall...Aku pon dah lama x baling bola bowling nie.. sorang tiga game..maen enjoy2 jer...longkang adalah perkara wajib..hahahaha....yang penting hati gumbira...

d^_^b

Sejenak Bersama KPM

Sebelum pegi lunch tadi aku dengan Housemate aku sempat menjengah sebentar ke IOI Mall Kulai untuk tgk apa yang ada sempena "Hari Bertemu Pelanggan KPM" untuk tahun 2011. Nampaknya xsia2 aku pegi sebab sebagai seorang kakitangan kerajaan yang memang terlibat secara lansaung dengan KPM, banyak info yang aku dapat contohnya tentang tabung pinjaman yang disediakan,kemudahan-kemudahan yang disediakan sekiranya berhasrat untuk menyambung pelajaran dan juga terdapat perkhidmatan seperti rawatan kuku dan juga urutan kaki yang dikendalikan oleh murid sek men vokasional indahpura...ape2 pon.layan... d^__^b




Sekitar Program....




Friday, July 8, 2011

Misi Terlaksana [ Laksa Johor]




Akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak bersarapan dengan laksa johor..heheheh..tak tahu kenapa semalam terasa nak makan laksa johor..sebenarnya di johor sendiri tak banyak kedai-kedai makan menyediakan menu laksa johor. aku tak pasti kenapa mcm ni. Tapi kalau tak salah aku kebanyakan orang-orang johor sendiri hanya buat di rumah saja. kalau untuk di jual tu mgkin sebab bahan-bahan yang perlu disediakan  agak banyak dan "comlicated" membuatkan banyak pengusaha kedai makan mengambil langkah dengan tidak menyediakan menu tersebut..[laksa penang banyak..mgkin sbb simple jer kot]


aku sendiri pon sebenarnya baru beberapa kali dapat  makan laksa di johor di tanah johor ni sendiri..hehehhe...adakah sebab laksa johor ni terlalu eksklusif buatkan kita susah nak cari di tanah johor  ataupun orang johor sendiri mungkin kurang gemarkan nya buatkan xramai pengusaha kedai menyediakannya? [hanya persoalan bukaannya kenyataan..jadi harap tak ada yang akan amik hati dengan apa yang aku katakan]


Berbalik pada cerita aku tadi..oleh sebab semalam aku memang dah plan nak makan laksa johor pagi ni,dalam pukul 9 lebeh bertolak aku ke bandar putra untuk ke Yusry Cafe [one of my friend had introduced this place to me] Aku sebenarnya ada plan B. kalau cafe ni tak bukak aku nak pegi makan roti canai kt satu kedai nasi kandar area2 situ jugak [nanti aku citerkan apa yang best pada roti canai kat situ ek...heheheh]
agak ramai ramai bila aku sampai tadi tapi still ada tempat untuk duduk.lega rasa..hehehheh even harga nya agak mahal tapi bagi aku berbaloi la..


Apa-apa pun misi aku untuk hari ini terlaksana..mission complete!!!    d^___^b

Just For You


waaaa....xsangka ek...aku penah tulis benda alah nie dolu2....tadi sajer jer aku selongkar balik external hard disk aku time kolej dulu...selongkar punya selongkar  terjumpa lah benda2 nie..heheh...ada banyak jugak tapi nie antara nya la...aku mmang xdak bakat tuk suma2 nie...tapi yerla..org ckp pengalaman hidup memberi kita inspirasi untuk melakukan sesuatu..pengalaman hidup tu tak semestinya dari kisah hidup kita sendiri...tapi mungkin dari kawan-kawan dan juga kenalan...


Hanya Untuk Kamu...............

Sayangku hanya untuk kamu..
Rinduku hanya untuk kamu…
Cinta dan kasihku juga hanya untuk kamu..
Mungkin aku tidak sesempurna temanmu dulu..
Tapi hatiku, jiwaku hanya untuk kamu..

Hanya kamu..hanya kamu yang ku tahu..
Tiada sesiapa lagi selain dirimu...
Tiap detikku disini hanyalah mengingati kamu..
Walaupun ketahu kekadang diriku merimaskanmu..
Tapi apakan daya..difikiranku hanya ada  kamu..

Aku insan lemah...
Insan yang penuh dengan kekurangan..
Insan yang cuba mencari kasih sesama insan..
Dan disudut hatimu kujumpa sayang..
Tapi adakah kau juga sama berperasaan..

Diriku hanya untuk kamu...
Jiwaku hanya untuk kamu...
Hatiku hanya untuk kamu..
                                                    Walau apa pun terjadi........                                                    
Segala galanya hanya untuk kamu..


* Dipercayai benda alah ini di hasilkan pada 27 Februari 2008 pada jam 3.58 petang..

Wednesday, July 6, 2011

Ter "transformers"


mesti korang tertanya-tanya kenapa ada perkataan "ter" [hope korang tertanya-tanya la ek..heeh]aku  ckp "ter" sebab kes aku g tgk wayang secara tak sengaja..takde plan pon...huhuhu... citer nyer cmnie,smlam kuar makan ngn hosmate aku [kat A&E Corner] pas makan tu [TQ pada kak nur yang "sponsor" makan smalam..heheheh]  housemate aku tanya..

"mu ade keje ke mlam ni?" ty kimi..
"malam  nie xdak kot..awat?" jawab aku...
"tgk wayang jom?" ty kimi lagi...
"erm...bleh gak.jom r" jwb aku..huhuhu

Jadi, lepas sudah makan terus kami ke U mall skudai [skudai ckup la..malas dh nak g Jb tkot xsempat] sampai kt U mall tgk ada crita transformers tuk pukul 10.45 ...Dalam pukul 1lebih jugak la abis...

Pendapat aku ::

Jalan cerita pada satu jam pertama kurang aksi nya..tapi banyak tertumpu pada kisah-kisah sebelum dtang nya jahat..[sampai satu tahap hosmate aku ajak kuar pggung katanya bosan..hhee..xde nye aku nak keluar rm11 beb!! mahal tu..hahah] pas pada tu baru nampk aksi2 yang menarik a.k.a best..housemate aku cakap criter kali nie xbyk sgt aksi berbanding yg sebelum nie..aku hanya mampu cakap.."oooo..yeke..." [sbb sebelum nie aku bukan layan pon transformers..hik3] bagi aku citer nyer ditekankan jugak elemen-elemen kasih sayang persahabatan dan juga janji..apa-apa pon aku enjoy...heheheh

Monday, July 4, 2011

Tawaf.....



wah..korang jangan fikir aku nak pergi umrah ke haji..insyaallah..aku akan pergi suatu hari nanti..doa2kan la ek..heheh..sebelum nak pegi tawaf kat mekah nampaknya aku ada buat latihan dulu kat malaysia nie ..huhuhuhu..tadi lepas balik kerja aku terus ke bandar kulai..niat di hati nak pergi Maybank [ nak bank in duit insuran aku] Ingtkan bila dah pukul 3 lebih tak de la ramai orang sangat. Yerla waktu rehat dah abis kan. tapi kau tengok makin ramai lagi ada lah..huhuhu..oleh sebab "due date" nya esok aku gagahi jugak cari parking..

Pusingan Pertama
penuh....takde parking....

Pusingan kedua
Masih penuh....takde parking jugak..

Pusingan Ketiga
Tetap penuh...confirm takde!!

[cukup 3pusingan dah ler...malu aku kat mamak sebelah bank tu asyik nampak aku pusing depan kedai die..heheh]
Last2 terpaksa la aku parking tempat yang agak jauh [bertentangan dengan Kulai Centre Point] xpe...exercise  sikit [konon la..heheh] xkisah la yang penting urusan aku dapat disempurnakan dengan baik..alhamdulillah...
d^___^b

Saturday, July 2, 2011

Lepas Satu Ada Satu



Lega rasanya bila satu benda dah setel..sebenarnya xdak apa-apa sangat. Cuma hari tu Mr. Peter Amstrong masuk kelas aku. Dah dekat 2mggu dia nak masuk kelas aku cuma tu la aku ja yang agak sibuk sikit [mengalahkan perdana menteri sibuknya..hehheheh] During the activity I asked my pupils to guest the picture of the animals. Thank God when Peter enjoyed my class. [Omputeh suma benda dia puji..ops!..heheheh]

Dah Satu benda lepas..ada lagi satu yang sedang menunggu..huhuhuhu..kena prepare untuk present minggu depan. Minggu depan kena Kursus lagi kat Kelapa Sawit. So, cuti hujung minggu nampaknya tak bercuti sangat la..huk3... Tinggal lagi la budak-budak aku ni..sori ek...