Thursday, July 21, 2011

Alamak, ujian!!


otak bila dah lama tak guna jadi macam ni la.. he he he rasanya dekat dua tahun jugak aku tinggal kan arena menjawab soalan ni. Selalu jaga budak-budak aku sekali petang tadi aku pulak yang kena ambik ujian he he he

Aku ni bila dah masuk dalam mud ujian secara automatik mata ni susah betul nak bukak. Buat pulak duduk dalam "air-con", lagi la teringat bantal busuk aku kat rumah. hu hu hu  Sebenarnya tadi macam biasa la hari kamis [2x sebulan] aku akan ada bengkel bahasa Inggeris kat PKG Sg. Sayong [Pusat Kegiatan Guru] entah macam mana petang ni dorang cakap nak buat ujian pulak. Katanya ujian kali ni nak uji tahap bahasa Inggeris. Aku ni dah  mula gelabah,yerla bahasa inggeris tunggang langgang,buat pulak dorang nak uji "grammar" , adooyai.....


Masa 45 minit, 15 minit pertama aku dah mula di awang awangan. Ini penyakit aku dari zaman sekolah lagi. Bila "exam"  @ ujian ja mula la mengantuk he he he. Tambah-tambah subjek yang kena banyak baca. Kalau macam maths tu ok la.. kira-kira kan.. he he he

Bila dah semua siap dan masa pun tamat terus jawapan disemak. sepeti yang telah disangka lagi dijangka, aku dapat cukup-cukup makan ja. ha ha ha  [Cek malu!!] Tapi masih buat muka tebal.. hua hua hua [ada aku kesah???]

Selamat la bengkel kali ni hanya dibuat ujian sahaja. Jadi, lepas ujian balik!!!!


p/s : sempat bergambar dengan Peter sebab minggu ni minggu terakhir, dia akan balik semula ke Marang. I'll miss you..eceh! ha ha ha

No comments:

Post a Comment