Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Di Tempat Baru...


Alhamdulillah, hari ini selesai sudah sesi pemindahan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru. Itu pun selepas hampir dua hari dua malam aku dengan "housemate' berhempas pulas mengangkat barang. Bukan xde orang nak tolong, tapi kebanyakan kawan-kawan semua ambil peluang balik kampung sambut ramadhan.Aku? ... bukan takde hati nak balik..Tapi ada kekangan-kekangan yang menghalang aku untuk pulang ke kampung.. huk huk huk.. Tapi yang pasti raya mesti aku balik.. [giler aku xblk raya...he he he]

Sebenarnya apa yang aku cuba "highlight" kan kali ini tentang suasana ramadhan yang baru, akan aku tempuhi untuk tahun ni.Esok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 ramadhan  1432 Hijrah. Kalau diikutkan xde beza sangat pon, aku pindah masih di taman yang sama, kedudukan bilik semua adalah sama. Malah kedudukan tv dan semua barang diruang tamu masih dikekalkan. he he he.. Cuma mud mungkin yang berlainan.

Apa -apa pon dimana kita berada yang penting Ramadhan ini harus disambut seolah-oleh ini adalah Ramadhan yang terkakhir buat kita... Wallahua'lam..


d^____^b

4 comments:

  1. Ye betul tu. Xkesh pn kta berpuasa kt mna,asalkan puasa . Dan kta mmg sntiasa sematkan dlm hati bhawasanya ramdhan ini adalah ramdhan terakhir buat kita. :). Salam ramadhan kareem ! Slmt bersahur dan berpuasa esok dan sterusnya ya . .

    ReplyDelete
  2. syukran jazilan... salam ramadhan kembali.. d^_^b

    ReplyDelete
  3. salam...

    Selamat menjalani ibadat puasa dengan sempurna.

    Selamat bersahur juga!!

    Salam Ramadhan dari alif..

    ReplyDelete