Wednesday, August 24, 2011

Dugaan....Petanda...



"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

aku rasa semua  orang sudah tentu penah dengar ungkapan ni kan. Setiap perkara yang berlaku atau terjadi sudah tentu ada hikmahnya...Tapi, benar kah apa yang berlaku pada aku sekarang akan ada hikmahnya???? Memang ku harap hikmah yang akan berlaku pada aku. Namun, jauh di sudut hati  terdetik...akan adakah hikmah itu??? Bukan niat itu menidakkan takdir, tiada sebab untuk menafikan hakikat..Tapi, hanya aku yang tahu kenapa bisa wujud persoalan sebegitu..

Dugaan kah itu??
Hurm... ya, mungkin ini dugaan. Dugaan pasti ada dalam apa juga keadaaan. Jadi kita sebagai manusia harus tempuhi dan juga harungi dugaan tersebut. Sekiranya itu memang benar dugaan bagi diriku, kan ku cuba untuk hadapinya dengan tenang dan penuh kesabaran. Dan ku harap dugaan itu akan lenyap bila tiba waktunya..

Petanda kah ia??
Petanda?hurm.....mungkin ini adalah juga satu petanda bagi aku supaya bertindak melakukan sesuatu. Ia sebenarnya adalah petunjuk untuk aku..Tapi, betul ke??? Aku tak pasti..Kalau benar ini adalah petanda, suka atau tidak aku perlu bertindak. Gembira atau duka aku harus lakukan.

Sedikit bingung dengan apa yang terjadi, tapi hidup harus diteruskan seperti biasa. . Harap segala yang baik akan terjadi pada diri......




Monday, August 22, 2011

Penangan "G-Shock"








Ari ni minggu terakhir kerja sebelum balik ke kampung. Jadi kebanyakan orang hanya jasad sahaja berada di tempat kerja tapi hati minda semestinya semua berada di kampung.. he he he.. Oleh sebab mood raya yang menebal setebal kek lapis serawak, maka kualiti kerja mungkin akan nipis..senipis kulit popia goreng..

Nak dijadikan cerita minggu ni adalah minggu peperiksaan..jadi,yabedabeduuuuuuuuu!!! tak perlu la aku nak kerahkan otak fikir apa yang nak di ajar ari nie..he he he he..


apa yang aku nak ceritakan kat sini sebenarnya tentang budak-budak aku . Hari ini ikot jadual biasa aku kena jaga kelas tahun 2 dan tahun 6. Oleh sebab tahun 6 akan duduki peperiksaan UPSR tak lama lagi jadi semua tahun 6 ditempatkan di dalam dewan sebagai persediaan awal bagi mereka. Sedang aku berkawad di dalam dewan, terperasan yang kebanyakan budak-budak tahun pakai jam "G-Shock" .

Macam-macam warna ada, merah putih hitam pink malah ungu pun ada. Mungkin trend budak-budak zaman sekarang. Sebenarnya aku sendiri pon ada niat nak beli jugak. Yerla bila tengok warna warni macam tu berkenan plak.. he he he.. Tapi sesuai ke? Waktu jenjalan kat Bazar Karat aku tengok jenis jam ni antara yang popular sekarang. Semua tempat ada jual. Jadi tak mustahil jam "G-Shock" yang "colourful" ni jadi trend budak- budak zaman sekarang..tak kisah yang penting pakai jam tu,tahu jugak nak tengok.jangan pakai jer pandai.. he he he


d^_^b

Thursday, August 18, 2011

Bazar..





Tiada apa yang hendak diceritakan.. hanya berkongsi bazar ramadhan yang selalu aku pergi. Terletak di Bandar Putra Kulai. Merupakan antara tempat yang agak popular bagi penduduk Kulaijaya selain di Bazar Temenggung dan di Bazar Stesen bus Kulai. Sudah tentu menjual pelbagai jenis juadah dari seluruh Malaysia termasuklah Kedah,Pulau Pinang, Kelantan,Terengganu,Negeri Sembilan dan juga Sarawak..

Antara Juadah yang sering aku beli sudah tentu nasi kerabu [setakat untuk melepaskan rindu ok lah] nasi ayam kukus dan juga nasi lemak yang popular di kulaijaya iaitu nasi lemak wak kentut [jangan tanya aku kenapa namanya macam tu tapi yang pasti memang best!!]


p/s : masih teringat bazar ramadhan di kota bharu..sangat meriah!




Sunday, August 14, 2011

Hanya Satu Baginya.

Rasa nya dah lama aku tulis...dan kalau tak silap tak pernah ag aku "publish" kat sini.. kat FB ada la...Saja ja..bosan2.....


Hanya Satu Lorong Dilaluinya untuk ke tempat itu...
Hanya Satu Cerun Diredahinya untuk ke kawasan itu..
Jadi,Pabila adanya halangan, pabila terjumpanya cabaran..
Keperitan, kesusahan sudah tentu dirasai...
 Kesimpulan dibuat....
Tempat itu sungguh teruk! tak patut pergi untuk kali kedua!! 

Namun, tahukah kenapa halangan itu terjadi???
kenapa cabaran itu muncul?? 
dan sedarkah ia masih ada jalan laen yang selamat untuk ke kawasan itu? Hurm...biar..biarkan...kalu itu bisa buat dia bahagia...
kalu itu bisa buat dia selesa...
namun,ingin sekali untuk buatkan dia sedar......
masih banyak lorong untuk ke tempt itu...
masih banyak cerun untuk ke tempat itu....
tidak perlu untuk menghakimi sesuatu tanpa mencuba segala kemungkinan yang ada..........
bagi nya..hanya satu lorong....
hanya satu cerun....
hanya satu baginya..

Friday, August 12, 2011

Bezanya Ramadhan Kali Ini...

Sekadar Hiasan

Erm..dah dekat seminggu jugak aku tak conteng apa-apa kat sini.. Adakah disebabkan bulan puasa buatkan idea dan keinginan aku berkurang? erm...mungkin ya mungkin tidak.. tak dapat dipastkan sebabnya. hu hu hu..Kali ini pun aku tak pasti apa yang nak dicontengkan di sini..Kalau tengok semua orang bercerita pasal ramadhan yang dorang lalui. Tak kurang jugak ada blogger dah mula bercerita pasal raya.. he he he.. yerla sedar  tak sedar dah masuk hari ke 12. Kejap masa berlalu..Hurm...Tahun ini apa perbezaan dengan tahun -tahun sebelumnya ek...Sama ke? Sebenarnya ada sedikit kelainan la....


1. Perkara utama yang aku rasa sangat berbeza, sudah tentu ramadhan kali ini tanpa Ayah..Hampir 7 bulan ayah pergi tinggalkan kami..Tapi aku rasa baru semalam ja aku aku jaga ayah, bangunkan ayah..suapkan makanan..Tahun ni tak ade lagi panggilan telefon dari ayah kejutkan aku untuk sahur. Cuma sekarang diganti oleh mak plak.. terima kasih mak..Terasa kehilangan tu ada tapi mungkin sebab aku masih di johor jadi rasa nya kurang.  Lain bila aku pulang ke kampung ujung bulan ni.. tiada lagi insan yang akan duduk  menunggu di atas kerusi pabila aku melangkah masuk ke rumah nanti .Diharap hati tabah untuk hadapi semuanya..

2. Perubahan yang kedua, tahun ni aku berteman..Dulu berberbuka dan bersahur seorang.. Tapi kali ini sudah berteman. Cuma jangan salah sangka.. hu hu hu aku masih lagi "single" dan sudah tentu "available"  d^_^b
Tahun ini aku sudah ada "housemate" Jadi sudah di kira berlainan dari tahun lepas kan..

3. Sedikit juga perubahan pabila puasa kali ini banyak berbuka di rumah berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku rasa banyak aku berbuka di luar, bersama teman - teman di Johor Bahru.. Sampai bazar di Bandar Baru uda, Stadium Larkin malah hingga ke Kg Melayu Majidee aku redah demi mencari kepuasan dalam berbuka puasa. Mungkin kali ini adanya "housemate" rasanya lebih afdal aku berbuka di rumah.sempat juga masak di rumah sendiri. Cuma kadang kala ada juga berbuka di luar..

Apa pon beza nya ramadhan kali ini, harus aku tempuhi dengan penuh rendah diri..Semoga masih ada peluang untuk aku ketemu ramadhan yang akan datang..Insyaallah..

d^_^b


Sunday, August 7, 2011

Berjalan - jalan

 aku xtahu nama nya tapi yg pasti pantai ni depan asrama smk sri mersing.. hu hu

 nie pon sama gak...
 sekitar bandar mersing...

Sebenarnya dah lama aku tak buat aktiviti sebegini. Mungkin sebab kekangan masa dan  mungkin juga sebab bajet.. he he he almaklumla, kekadang bajet aku habis pada benda laen. Rasanya jalan- jalan di johor bahru pon aku dah kurang [dh lame giler aku xlepak kat angsana ngn JJ tebrau..hu hu hu]

tapi hujung minggu kali ni aku ade peluang ke jalan- jalan ke mersing. kebetulan sorang kawan yang tinggal di sana ada di Jb dan aku dengan muka tembok membuat rancangan untuk ke sana. he he he [sangat tidak malu.] Sebenarnya selama 2tahun aku di bumi Johor belum ada kesempatan untuk ke Mersing. Jadi, peluang yang ada aku amik untuk ke sana. Lagipon pantai jugak buatkan aku sedikit teruja.. he he he

Apa- apa pon terima kasih pada kawan dan "housemate" nya sebab sudi menumpang aku berteduh di sana
Ada masa kita jumpa lagi insyaallah...

d^_^b

Friday, August 5, 2011

Ku Mohon Kemaafan...


Waa..kalau tengok pada tajuk, dah macam lagu raya pulak kan.. he he he.. sebenarnya, tak ada kena mengena sangat pun dengan hari raya. Cuma sekadar rasa ingin meluahkan perasaan apa yang terdetik dalam hati.. hu hu hu..

Kisah kemaafan bermula apabila aku balik dari tempat kerja tadi. Waktu tengah memandu tiba-tiba teringat sesuatu benda yang aku janji untuk dibuat tapi aku lupa untuk laksanakannya. Terdetik di hati mungkin orang yang dijanjikan oleh aku untuk melakukan sesuatu tertunggu-tunggu. Ya tuhan, aku lupa..ya,aku pelupa..Bagi aku,itu adalah salah satu kelemahan yg besar ada dalam diri aku..PELUPA...hurm..

Jauh di dalam sudut hati ini, tiada niat untuk aku memungkiri janji. Hanya kerna sikap pelupa yang menghantui diri buatkan aku seperti seorang manusia yang tak bertanggungjawab mungkin.. Kisah petang tadi buatkan aku berfikir semula, insiden-insiden yang berkaitan dengan sikap mazmumah aku mengecewakan keluarga,kawan, teman, rakan sekerja dan juga sesiapa yang mungkin pernah berurusan dengan aku.Ampunkan aku ya ALLAH..

Arwah ayah pernah menegur tentang sikap pelupa aku. kelemahan aku bila disuruh untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa. Ia mungkin menjadi lebih parah pabila tekanan  wujud dalam menyelesaikan kerja tersebut...Sampai satu tahap,arwah ayah sengaja menguji aku dengan meminta aku melakukan sesuatu, belum sempat aku laksana arwah ayah sengaja meminta aku melakukan sesuatu yang lain dahulu. Dan ternyata, aku terlupa untuk melakukan yang pertama..


Ayah,maafkan abg...
Mak,maafkan abg..
akak,abg, adik-adik, maafkan abang li...
kawan,teman dan sesiapa sahaja,tolong maafkan aku..

Ingatkan aku selalu supaya aku tak kan pernah lupa untuk melakukan sesuatu.....

MAAFKAN AKU.....

[Alfatihah untuk arwah ayah,semoga rohnya dicucuri rahmat,buat pertama kali kami berpuasa dan akan menyambut lebaran tanpa ayah...rindu di hati, tuhan  sahaja yang tahu... hanya doa  menjadi pengiring..]

Thursday, August 4, 2011

Singgah Sahur..

 nasi putih + telur hancur + appalam a.k.a papadom

Jom singgah sahur! he he he..nak singgah kat mana?singgah kat dapur rumah aku jer.. he he he.. Bila bulan puasa ni mesti semua orang akan bercakap pasal berbuka,sahur,teraweh,tadarus dan macam-macam lagi yang sama waktu dengannya kan. Termasuk aku yang tak berkecuali. Tapi untuk kali ni saja aku nak cerita sikit pasal bersahur aku tadi.

Oleh sebab semalam aku tak terjaga untuk sahur [sedar2 dah kul  5.40 pagi he he he] kali ni aku dah bersedia [ape ag,pesan "housemate" suh kejutkan aku yg mmg sejak azali susah bgn pagi nie..adeh! he he he] ,Jadi bangun jer tadi [cam aku ckp td la.."housemate" aku yang kejutkan..] terus ke dapur. Oleh sebab semalam awal-awal aku dh masak nasi,pagi ni just goreng telur jer ngan Appalam [papadom la.. he he he] Telur tu pon wat telur hancur. Kalau kat kampung dulu mak aku selalu buat..sedappp.. kita tumis cili padi dengan belacan yg di tumbuk lumat [ala,cm nak wat smbal belacan tu..] pastu baru masukkan telur dan kacau  sampai masak.[selagi tak masak jangan stop! ha ha ha]

Alhamdulillah, dapat juga aku bersahur dengan sempurna dan meneruskan ibadah puasa untuk hari tyang ke lima..Terima kasih tuhan..

d^_^b

Wednesday, August 3, 2011

Qalbi....


"hati tiba rasa gundah..sesak..berombak...
mungkin menyedari sesuatu yang dirasakan tidak enak. 
tak pasti apa patut dirasakan..adakah perlu dirasakan sebegini?? 
Atau hanya biarkan ia berlalu tanpa perlu di fikir akal?? 
Namun hati kecil asyik meronta untuk terus di mainkan di minda..
tak mampu untuk mengatakan tidak..tak bisa untuk menyatakan usah..
Mungkin harus aku biarkan ia berlalu..Ia hanya mainan perasaan yang akan hilang bila tiba masa nya..
Hurm, itu harapan ku, biarkan ia hilang di makan dek cerita,biarkan ia pergi di bawa arus masa...
Yang pasti, aku mesti sentiasa bersedia kerana kadangkala dunia ini kejam untuk di ambil kira.."

Tuesday, August 2, 2011

Soal Jawab Merapu

Bila bosan takde keja [jap,aku rasa banyak..tapi aku jer yang buat-buat tak nampak] mula la merapu. Selongkar punya selongkar jumpa benda alah ni. Cuba la jawab sekali lagi ek.


01. Nama ::: mohd adli abu hanipah
002. Umur ::: 25 tahun (muda ag, bagi aku)
003. Famili anda memanggil anda sebagai::: Abg li, Deli, Paklee
004. Rakan-rakan memanggil anda:: adli,lee,ali,leman 
005. Nombor kegemaran::: 4
006. Adakah anda seorang pesimis atau optimis:: it depends
007. Orang paling anda cintai?:: Allah..Family..Kwn2...dan..jeng3.. ha ha ha
008. Adakah anda dalam perhubungan?:: single lagi ma…(single ke?Ops! ha ha ha ..yela)
009. Pukul berapa sekarang:: 11.50 pagi
010. Apakah perasaan anda sekarang?:: mengantuk + teringat + sikit lapar
011. Perkara terakhir anda lakukan sebelum
menghadap komputer?:: buat kad raya.. [bisnes beb.. ha ha ha]
012. Orang terakhir membuat anda menangis?:: Erm..Arwah Ayah..hurm...
013. Orang terakhir membuat anda tersenyum?:: Erm..he he he..anda
014. Mereka yang anda percayai?:: famili..kwn2 dan org yg bleh dipercyai
015. Mereka yang memberi anda nasihat?:: Semua yang sayangkan aku..
016. Buku terakhir anda baca?:: ROJAK by Amir Muhammad [tapi belum habis..]
017. Warna baju anda sekarang?:: Merah + putih [ hari rabu kan..PBSM..]
018. Tempat kegemaran?:: Bulan ni sudah tentu bazar ramadhan.. ha ha ha
019. Andra and the backbone atau Akma AF3?:: Andra and the backbone..
020. Adakah sesiapa mengacau anda?:: erm...xde kot..
021. Rambut pendek atau panjang?:: pendek lor…
022. Orang terakhir anda SMS & apakah SMS itu
berbunyi :: rizz "x,alhamdulillah..redup jer"
023. Exist or ACAB?:: Exist
024. Perasaan anda?:: Ntah la..susah nak cakap.. he he he
025. Perkara yang tak mahu anda kehilangan:: things that I have tapi kalau dah takdir redha je la
026. Orang terakhir memberi komen kepada anda:: eliz..[dalam FB..he he ]
027. Pukul berapa anda tidur semalam?:: dkt kul 12.30 tgh malam..
028. Orang paling pelik anda pernah temui?:: erm...sape ek...ntah la..
029. Pilih: Angel atau Baby?:: ? (xpehe)
030. Orang terakhir memberi anda SMS?:: Rizz
031. Orang terakhir yang berada dalam fikiran
anda?:: anda la.. he3....

Monday, August 1, 2011

Pagi dan Ikan

Hening pagi...

makan jangan tak makan...

makan jer keje nyer..

lagi-lagi makan.. ish3..

Erm.. apa pulak kaitan waktu pagi dengan ikan ni ek? tak kan pagi2 dah pegi pasar cari ikan?bukan2... he he he.. sebenarnya, pagi ini aku bosan [still cuti lor.. he he..] oleh sebab tak tahu nak buat apa, aku ambil keputusan drastik [yeke?..adeh..] untuk pergi ke taman..[mane ag kalau bukan Hutan Bandar Putra] tapi jangan ingat aku nak g joging plak [aiyoo..buang tebiat tu namanya..] 

Aku pun tak tahu kenapa hari ini rasa nak menabur budi pada ikan-ikan kat sana dengan menabur roti.. he he he. Mungkin sebab mud ramadhan buatkan aku rasa nak beramal plak.. hu hu hu [eh,ikhlas ke tak aku ni???ish3....] 

Bila dah fikir panjang-panjang aku capai roti kat atas meja terus pegi ke Hutan Bandar Putra. [untuk ikan ok,bukan untuk aku..sebelum tu stop Caltex jap,bukan isi minyak beli metro je..he he he] sampai jer kat taman tu, aku mulakan aktiviti amal aku tu. Hurm,best plak tengok ikan-ikan yang banyak ni, tenang pun ade..sekali sekala memang patut aku wat. Dah kira macam terapi jugak la kan..

Sekejap jer aku kat situ, tak boleh lama-lama. Dah mula panas [hitam plak I nanti..Ops!.. he he he]

d^__^b