Friday, August 12, 2011

Bezanya Ramadhan Kali Ini...

Sekadar Hiasan

Erm..dah dekat seminggu jugak aku tak conteng apa-apa kat sini.. Adakah disebabkan bulan puasa buatkan idea dan keinginan aku berkurang? erm...mungkin ya mungkin tidak.. tak dapat dipastkan sebabnya. hu hu hu..Kali ini pun aku tak pasti apa yang nak dicontengkan di sini..Kalau tengok semua orang bercerita pasal ramadhan yang dorang lalui. Tak kurang jugak ada blogger dah mula bercerita pasal raya.. he he he.. yerla sedar  tak sedar dah masuk hari ke 12. Kejap masa berlalu..Hurm...Tahun ini apa perbezaan dengan tahun -tahun sebelumnya ek...Sama ke? Sebenarnya ada sedikit kelainan la....


1. Perkara utama yang aku rasa sangat berbeza, sudah tentu ramadhan kali ini tanpa Ayah..Hampir 7 bulan ayah pergi tinggalkan kami..Tapi aku rasa baru semalam ja aku aku jaga ayah, bangunkan ayah..suapkan makanan..Tahun ni tak ade lagi panggilan telefon dari ayah kejutkan aku untuk sahur. Cuma sekarang diganti oleh mak plak.. terima kasih mak..Terasa kehilangan tu ada tapi mungkin sebab aku masih di johor jadi rasa nya kurang.  Lain bila aku pulang ke kampung ujung bulan ni.. tiada lagi insan yang akan duduk  menunggu di atas kerusi pabila aku melangkah masuk ke rumah nanti .Diharap hati tabah untuk hadapi semuanya..

2. Perubahan yang kedua, tahun ni aku berteman..Dulu berberbuka dan bersahur seorang.. Tapi kali ini sudah berteman. Cuma jangan salah sangka.. hu hu hu aku masih lagi "single" dan sudah tentu "available"  d^_^b
Tahun ini aku sudah ada "housemate" Jadi sudah di kira berlainan dari tahun lepas kan..

3. Sedikit juga perubahan pabila puasa kali ini banyak berbuka di rumah berbanding tahun lepas. Tahun lepas aku rasa banyak aku berbuka di luar, bersama teman - teman di Johor Bahru.. Sampai bazar di Bandar Baru uda, Stadium Larkin malah hingga ke Kg Melayu Majidee aku redah demi mencari kepuasan dalam berbuka puasa. Mungkin kali ini adanya "housemate" rasanya lebih afdal aku berbuka di rumah.sempat juga masak di rumah sendiri. Cuma kadang kala ada juga berbuka di luar..

Apa pon beza nya ramadhan kali ini, harus aku tempuhi dengan penuh rendah diri..Semoga masih ada peluang untuk aku ketemu ramadhan yang akan datang..Insyaallah..

d^_^b


No comments:

Post a Comment