Monday, June 20, 2011

Uwaaa....tak suka..



Agak kurang menyenangkan ari ni..huhuhu..mesti korang tertanya-tanya kan [yeke...ke korang wat tak tahu ja,,,he3...] Pagi ni aku bangun mcm biasa..mula nya tak de lah rasa lain pon. cuma aku mula rasa tak sedap hati bila time rehat. aku memang dh kenal diri aku ni kalau bab makan ni memang cepat. kira selalunya tak akan ada masalah,lancar ja..tapi pagi ini aku rasa lain.Perlahan ja aku nak abiskan makanan aku. itu dah satu. bila nak naik tangga plak hari ni aku rasa cepat plak letih...termengah-mengah..dah macam warga emas dah aku ..bila nak balik keja aku dah mula rasa lain. Apa yang aku makan dan rasa nak terkeluar balik..,Alamak, ni yang tak best nie.


 Balik Pada keja singgah tesco jap. Tingin nak makan nasi ayam penyet tapi tekak tak boleh terima la plak...sikit ja aku makan..dalam hati ya ALLAH, rugi nya... tapi nak buat macam mana perut aku tak boleh terima..huk3....sedih sangat.... :-(


Sampai Ja umah wat apa yang patut pastu terus tido!!! bangun nie masih terasa berat lagi kepala aku ni tapi kurang sikit la dari tadi..perut pun sama,..  hope esok ok lah sebab kena pegi kursus..adus! malas nya!!!!!! 




[tadi sempat google jumpa la artikel ni...]





APAKAH ITU KEMBUNG?
Kembung disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan di dalam perut dan usus. Selalunya ia terjadi akibat menelan udara masuk. Kembung juga terjadi kesan dari tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tanpa bau) semasa memecahkan karbohidrat dan protein.
(sebahagian kecilnya mengeluarkan bau busuk yang dipanggil kentut) Biasanya angin ini dikeluarkan semula melalui mulut dengan bersendawa. Tetapi sebahagian darinya akan masuk semula ke dalam usus semasa berlakunya kembung.

APAKAH PENYEBABNYA?
  • Kembung lazimnya disebabkan oleh:
  • Makan yang tergesa-gesa
  • Menelan angin
  • Gangguan sistem penghadaman
  • Makan terlalu banyak
Sesetengah gangguan seperti penyakit peptik ulser melibatkan pengeluaran air liur yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kemasukan angin. Kembung yang berlebihan mungkin merupakan gejala dari:
  1. Penyakit Crohn
  2. Diverticulitis
  3. Sesetengah jangkitan bakteria dan protozoa di dalam sistem penghadaman
  4. Penyakit dalam usus
  5. Alahan terhadap laktosa
  6. Pembiakan bakteria di dalam usus. (disebabkan oleh sesetengah antibiotik)
GEJALA/TANDA-TANDA
  1. Perut sebu atau kembung
  2. Kentut

PENCEGAHAN
Di samping mengubah diet, anda boleh memperkuatkan otot dubur (anal sphincter) untuk menolong mengurangkan kembung. Untuk ini anda boleh melakukan senaman Kegel. “Baring melentang, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di
sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang
boleh – sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan
ulangi proses ini. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk
(semasa memandu) atau semasa buang air kecil.


Rujukan : 

Laman Web


[thanks for the info]

No comments:

Post a Comment