Friday, June 24, 2011

Guru kah?


Isu yang agak sensitif untuk dibincangkan. Tapi antara tajuk-tajuk yang sering di ketengah kan oleh media dalam surat khabar mahupun televisyen. Sejauh mana ia nya benar??? wallahu'alam.. he3...

Tapi kalau korang ada baca surat khabar metro hari ni muka surat 2 dengan tajuk "Guru naik angin murid dalam kelas buat bising" telah diberi perhatian dengan latar belakang yg bewarna untuk menarik minat pembaca untuk membaca.

 Apa yang aku paham tadi, guru tersebut dikatakan berang dengan tindakan murid-murid tahun empat tersebut yang membuat bising dengan menampar 14 orang..diulangi,14 orang [bukan 4orang ok..14org] sebagai denda. Disedapkan lagi cerita apabila diwujudkan nama bagi penampar tersebut sebgai "penampar jepun" [memang orang jepun nie "terror" bab tampar menampar nie ek..he3..kalu tak takkan popular kan..] Tindakan guru tersebut sudah tentu mengundang ketidak puasan [cikgu Bm,ada tak ek berkataan nie?he3..] di Kalangan ibu bapa. Ibu bapa  juga membuat kenyataan bahawa mereka tidak kisah sekiranya anak-anak mereka dipukul dengan ROTAN di tangan atau di kaki daripada di hadiahkan dengan "penampar jepun" tersebut. [I like this statement...] Difahamkan juga ada murid mengalami sedikit kecederaaan di pipi akibat terkena cincin guru tersebut..

Pendapat aku :

sebagai ibu bapa semestinya kita tidak suka apabila anak kita di pukul atau di apa-apa kan oleh orang lain tanpa sebab yang munasabah. Tak kan hanya disebabkan kesalahan membuat bising guru tersebut perlu mengambil tindakan yang drastik dengan menghadiahkan mereka dengan "penampar jepun" [pandai plak guru tersebut blaja ek..kena pegi amek kursus ke jepun ke...heheheheh] apa salah nya sekiranya murid-murid tersebut di beri amaran sahaja. Mereka hanyalah anak kecik [ umur difahamkan masih dibawah 10 tahun] yang tidak tahu apa-apa. Lebih parah ag [cam melampau pulak guna perkataan ni] apabila guru tersebut memakai cincin yang sudah pasti akan mengundang bahaya. Itu antara pendapat ibu bapa ..

TAPI ...

Tahukah korang, apa plak alasan dan juga pandangan guru mengenai isu ini?terutama guru yang disebut dalam isu ini. Penah korang terpikir kenapa guru tersebut boleh bertindak demikian. Kadang-kadang orang terlupa untuk mendengar pendapat dan pandangan dari satu lagi pihak hanya terus membuat konklusi yang mungkin nampak berat sebelah. Pasti korang akan fikir hanya sebab aku adalah salah sorang dari mereka buatkan aku keluarkan kenyataan macam ni..Tapi sebab aku salah sorang dari mereka buatkan aku BERANI kuarkan kenyataan mcm ni.

Ya, mungkin tindakan guru tersebut menampar 14org murid adalah satu tindakan yang mengikut perasaan dan boleh dikatakan tindakan yang kurang bijak. Tapi pernah kah kita terpikir tahap macam mana murid-murid tersebut bising? berapa kali guru tersebut sudah memberi amaran kepada mereka?dan apa reaksi murid-murid pada guru tersebut? bagi ibu bapa yang tidak tahu..kadang2 anak mereka berkelakuan berbeza di skolah berbanding di rumah..mungkin depan ibu bapa nampak sopan tapi belum tentu depan guru-guru dorang akan berkelakuan sama..Ada budak yang berani melawan guru pada tahap yang melampau.kadang-kadang hingga menguji kesabaran dan mencabar kewibawaan guru itu sendiri. Jadi sebagai manusia biasa sudah tentu tidak dapat lari dari membuat kesalahan. Namun diakui memang ada segelintir guru yang memang berkelakuan tidak baik dengan membuat tindakan yang menusabah tapi diingatkan hanya segelintir..

Tapi apa jua masalah berlaku...apa jua isu yang timbul elok kiranya kita lihat dari semua sudut..kita kaji dari banyak pihak..kita selami dari setiap aspek.semoga keputusan yang diambil betul-betul telus dan tidak berat sebelah......



No comments:

Post a Comment