Sunday, June 19, 2011

Pasar Karat





Penah dengar tak? ada jugak yang panggil bazar Jb. tapi tempat nya tetap sama..heheheh...sebenarnya ni antara tempat aku cuci mata ( tengok brang-barang ok) di malam minggu. nak cakap selalu tu tak la sangat tapi boleh dikatakan kerap jugak la. Pasar Karat terletak di Jalan Segget Johor Bahru [tak jauh dari City Square JB]

mesti ada yang tertanya tanya kenapa namanya pasar karat? ada jual barang barang yang berkarat ke? jawapannya memang ada pon..heheh..kalau kat sini selain baju-baju, kaca mata dan juga kasut, ada juga barang-barang lama seperti duit-duit lama,barangan besi macam seterika, kipas, dan juga barang-barang perhiasan yg klasik yang lain. Pada yang suka barang-barang bundle pon byk gak. Bagi yang minat lagu -lagu dari piring hitam pada zaman 50an,60an dan juga 70an pon ada kat sini [aku ada beli gak..best wooo..he3]

Bagi yang sukakan hiburan santai, ada satu sudut  di mana MPJB sediakan hiburan halwa telinga dengan ada nya karaoke santai @ karaoke suka-suka. Sapa yang teringin nak cuba suara boleh la..huhuhu pada setiap hujung mggu pulak kadang-kadang di saji kan dengan persembahan lagu-lagu 60an,zapin dan juga lagu-lagu klasik yang lain.

Pada yang suka makan [macam aku] korang tak perlu risau. kat kawasan pasar karat terdapat deretan- kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman seperti  masakan bergoreng,sup, nasi ayam penyet,char koew teow dan juga nasi ayam. Jadi tak perlu untuk pergi jauh kalau korang jalan-jalan kat sini.

Jadi, pada sesapa yang ada kesempatan ke Johor Bahru singgah-singgah lah kat sini.. [aku tak dapat apa-apa  bayaran tau..heheheh]

No comments:

Post a Comment