Sunday, July 31, 2011

Sahur Pertama

"housemate" sedang memesan "Big Mac"

lengang.. he he he

akak McD.. selamat bersahur ye kak...d^__^b


Nampaknya ramadhan kali nie lain sikit daripada tahun lepas. Kalau tahun lepas kebarangkalian aku bangun sahur adalah sangat sangat rendah tapi mungkin tahun ni agak berlainan. Sebabnya kali ni aku dah ada "housemate" dan dia memang jenis senang bangun pagi [xmcm aku tidoq mati..tp bukan xbgn terus la ek.. bgn jugak cume lambt skit..he he he]

Macam sahur pertama ni memang dari semalam "housemate" aku dah rancang nak bersahur kat McD. Aku nie ikut jer la [even aku nie bukan la penggemar "fastfood" yg "hardcore"] So, dalam pukul 4.45 pagi bergerak la kami ke Mcd Kulaijaya. Agak tergesa - gesa jugak aku tadi..Sebenarnya dalam kotak fikiran aku, aku akan terpaksa beratur panjang bila di Mcd nanti. Tapi bila sampai ja...Eh, aku ngan kimi jer ["housemate" aku] rupanya sahur kat McD kali ni. he he he..[mungkin kul 2 3 pagi tadi org len dah sahur..]

Apa-apa dengan "Spicy Chicken Mcduluxe" + milo panas maka sempurna la bagi sahur pertama aku.. Alhamdulillah....[ esok aku xjamin ag..kalau housemate aku kejut kan aku..bgn la.. he he he]

d^__^b

Saturday, July 30, 2011

Ramadhan Di Tempat Baru...


Alhamdulillah, hari ini selesai sudah sesi pemindahan barang-barang dari rumah lama ke rumah baru. Itu pun selepas hampir dua hari dua malam aku dengan "housemate' berhempas pulas mengangkat barang. Bukan xde orang nak tolong, tapi kebanyakan kawan-kawan semua ambil peluang balik kampung sambut ramadhan.Aku? ... bukan takde hati nak balik..Tapi ada kekangan-kekangan yang menghalang aku untuk pulang ke kampung.. huk huk huk.. Tapi yang pasti raya mesti aku balik.. [giler aku xblk raya...he he he]

Sebenarnya apa yang aku cuba "highlight" kan kali ini tentang suasana ramadhan yang baru, akan aku tempuhi untuk tahun ni.Esok 1 Ogos 2011 bersamaan 1 ramadhan  1432 Hijrah. Kalau diikutkan xde beza sangat pon, aku pindah masih di taman yang sama, kedudukan bilik semua adalah sama. Malah kedudukan tv dan semua barang diruang tamu masih dikekalkan. he he he.. Cuma mud mungkin yang berlainan.

Apa -apa pon dimana kita berada yang penting Ramadhan ini harus disambut seolah-oleh ini adalah Ramadhan yang terkakhir buat kita... Wallahua'lam..


d^____^b

Tuesday, July 26, 2011

Aku Suka..Korang Suka?

Tiada apa yang menarik, hanya sekadar berkongsi kegemaran. Aku  suka makan. Makan makanan yang berasaskan Ayam..  "Lets Check it out!!"

[Sup Ayam]
Kalau di Kulaijaya bila aku teringin nak makan sup ayam Gearbox Corner dekat dengan Flet Temenggung Indahpura menjadi pilihan.


[Nasi Ayam Penyet]
Taman Universiti menjadi sasaran.. ha ha..tapi di ZZ Sup tulang JB [berdekatan Hospital KPJ Abdul Samad] boleh tahan sedapnya. Kalau malas Foodcourt Tesco Kulai pon Ok wat.. he he he

[Nasi Ayam]
Sudah Tentu Nasi Ayam D'Kulai, kawasan medan selera berdekatan lampu isyarat nak ke SMK Sultan Ibrahim dan rumah pangsa Kulai. "You guys should try it".. [owner orang felda bukit besar]

[Nasi Ayam Hainan]
"Healthy food" jarang makan tapi penah cuba di satu kafe dekat dengan Old Town White Coffee Kulaijaya.

[Nasi Goreng Ayam]
Kalau di Johor Bahru aku rasa nasi goreng ayam dekat dengan Medan Selera Kg Melayu Majidee sedap. 




P/s : Penah satu tahap, bagi aku  menunggu waktu sarapan,makan tengah hari dan makan malam adalah saat yang paling aku suka ha ha ha.. Gila betui!!


d^O^b

Sumber-Sumber :-
sweet-vanila-fiera.blogspot.com
trihatmaningsih.wordpress.com
dibawrotethis.blogspot.com
kukumalusworld.blogspot.com
potretkasih.com

Thursday, July 21, 2011

Bila Ayam Dipenyet..

restoran yang aku tak tahu nama nya.. he he he


Terlalu "excited"  , aku makan dulu sebelum amek gambar.. ha ha ha

Oleh sebab dah lama aku tak makan nasi ayam penyet, semalam aku, "housemate" aku si Kimi dan Faiz merempit [dengan aku punya "honey boney"]  ke Taman Universiti ,Skudai. Mesti ada yang terpikir kenapa la aku nie nak makan nasi ayam penyet sampai ke Skudai, tak kan la Kulaifornia a.k.a Kulaijaya tak wujud nasi ayam penyet?

 Sebenarnya ada, cuma kalau kat taman U tu bagi aku antara tempat yang sedap dan murah.. he he he kalau kat tempat laen harga nya RM7.00 tapi kalau kat kawasan Taman U RM5.00. Mungkin sebab situ adalah kawasan pelajar UTM jadi harga nya lebih murah dari tempat lain. Banyak jugak kedai-kedai di kawasan situ yang buat potongan 10% bagi pelajar-pelajar UTM.. Menarik kan...

Ada banyak tempat yang bagi aku sedap untuk di cuba. Tapi selalunya aku dengan kawan-kawan akan pergi satu kedai berdekatan Jusco Taman U.  Kat situ ada Restoran Pinang,restoran Bibik dan satu lagi aku tak pasti nama kedainya sebab tak ada papan tanda nya.. [Bersebelahan dengan Nona Manis karaoke] Tapi kedai yang tak da nama ni la yang selalu aku pergi. Sebabayam nya lebih lembut dan juga sambal nya yang kurang pedas. Kalau di Pinang dan juga Bibik ayam nya lebih garing dan sambal nya lebih pedas. Jadi ikut la citarasa masing-masing.

p/s Restoran Pinang,Bibik dan yang tak da nama tu memang menu nya nasi ayam penyet, pecel lele dan juga bakso.. Kedai nya tak da jual masakan panas yang lain.. kalau tak silap aku la he he he

d^__^b

Alamak, ujian!!


otak bila dah lama tak guna jadi macam ni la.. he he he rasanya dekat dua tahun jugak aku tinggal kan arena menjawab soalan ni. Selalu jaga budak-budak aku sekali petang tadi aku pulak yang kena ambik ujian he he he

Aku ni bila dah masuk dalam mud ujian secara automatik mata ni susah betul nak bukak. Buat pulak duduk dalam "air-con", lagi la teringat bantal busuk aku kat rumah. hu hu hu  Sebenarnya tadi macam biasa la hari kamis [2x sebulan] aku akan ada bengkel bahasa Inggeris kat PKG Sg. Sayong [Pusat Kegiatan Guru] entah macam mana petang ni dorang cakap nak buat ujian pulak. Katanya ujian kali ni nak uji tahap bahasa Inggeris. Aku ni dah  mula gelabah,yerla bahasa inggeris tunggang langgang,buat pulak dorang nak uji "grammar" , adooyai.....


Masa 45 minit, 15 minit pertama aku dah mula di awang awangan. Ini penyakit aku dari zaman sekolah lagi. Bila "exam"  @ ujian ja mula la mengantuk he he he. Tambah-tambah subjek yang kena banyak baca. Kalau macam maths tu ok la.. kira-kira kan.. he he he

Bila dah semua siap dan masa pun tamat terus jawapan disemak. sepeti yang telah disangka lagi dijangka, aku dapat cukup-cukup makan ja. ha ha ha  [Cek malu!!] Tapi masih buat muka tebal.. hua hua hua [ada aku kesah???]

Selamat la bengkel kali ni hanya dibuat ujian sahaja. Jadi, lepas ujian balik!!!!


p/s : sempat bergambar dengan Peter sebab minggu ni minggu terakhir, dia akan balik semula ke Marang. I'll miss you..eceh! ha ha ha

Wednesday, July 20, 2011

Sate Kajang tapi di Kulai.


jom makan sate kajang!!!! tapi, jauh la..macam mana ek...huk huk huk..warga kulaijaya sekelian tak perlu berduka, kita masih boleh merasai kesedapan sate kajang haji samuri di sini sebenarnya... he he he

terletak di taman muhibbah terdapat satu cafe [alamak aku lupa namanya] yang menyediakan pelbagai masakan panas, nasi lemak, asam pedas,roti canai dan tak dilupakan SATE KAJANG jugak..kalau dari bandar kulai aku suka ikut jalan indahpura. Akan lalu sekolah Sk indahpura 2 [klu xsilap..aku confuse 1 dan 2] boleh jugak ikut jalan nak ke senai...sebelum sampai saleng belok ke kanan...

sebenarnya,aku bukan la hantu sate sangat..selalunya "housemate" aku yang suka order sate.. aku tumpang2 jer. he he he bukan kedekut tapi entah la...bukan "favourite" kot.. he he he tapi post nie untuk sapa sapa yang suka la...korang boleh cuba kat sini. sekali lagi di ulang kedainya terletak di taman muhibbah kulaijaya..enjoy....

d^__^b

Monday, July 18, 2011

A - N - D - A


Aku tersenyum kerana melihat dia yang menjadi dirinya,walaupun tampak biasa tetapi tetap istimewa...

Nyaman rasa dihati apabila teringat di kotak fikiran,terbayang di mata nan redup, terpacul di mulut yang   satu..

Difikir aku apakah yang terjadi pada qalbi? mungkin ia terpaut pada sang pelangi yang cantik menyinar di kala hujan berhenti

Apa pun yang terjadi  pada kehidupan, tak perlu ditukar tak usah di ubah, kerna ANDA tetap sama serupa pada mata..




mood : Buang tebiat  a.k.a merapoo meraban   

d^___^b