Tuesday, July 1, 2014

Momentum tak boleh diubah..



Apa pulak tiba-tiba tulis pasal momentum ni? Tak kan la nak bercerita pasal hukum fizik kat sini.. ( seyes aku tak padai fizik since dari sek men lagi.. maafkan saya cikgu baiyah...hu hu hu ) maaf la ya, cek tak pandai

Momentum yang cuba aku maksudkan kat sini adalah rutin aku setiap hari. Lebih tepat lagi rutin aku pergi dan balik kerja. Semua orang sudah pasti tahu hari ini sudah masuk Ramadhan ke 4. Jangan ingat bila masuk bulan ramadhan, rutin kita berubah kepada perlahan. 

Dalam bulan ramadhan ni aku masih menggunakan public transport untuk ke tempat kerja. Masih lagi berkejar-kejar dari satu stesen ke satu stesen. Jadi, momentum yg aku guna dalam tetap sama, tidak boleh kurang. Tidak boleh diubah. Jika diubah alamat terlambat la aku. Tambahan pula waktu kerja di bulan Ramadhan diawalkan satu jam ( 9pagi-4petang dianjakkan menjadi 8pagi-3petang) dan komuter mahupon ERL bukan nya berpuasa bukan.. He he he

Jadi, kekalkan momentum tak perlu diubah walau dalam apa situasi pon.. Chaiyok!!! d^___^b 

No comments:

Post a Comment