Tuesday, July 1, 2014

Undang - Undang Eskalator

Actually, benda ni dah berlaku since aku decide nak pergi kerja guna public transport. Tapi cuma pagi ini baru aku terperasan dan tanpa sedar aku pon sebenarnya  mengamalkan rules yang sama. Pada yang selalu menggunakan ERLtransit, komuter mahupun LRT, penggunaan tangga, eskalator dan juga lif adalah penghubung untuk kita bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

 Tapi perasan tak  bila kita menggunakan eskalator akan ada rules seperti di jalan raya .  Kalau di jalan raya kenderaan yang perlahan akan berada di bahagian kiri manakala bagi yg hendak memotong akan berada di bahagian kanan. Rules yang sama juga digunakan cuma bahagian kiri adalah untuk yang tidak mahu bergerak manakala bahagian kanan adalah untuk pengguna yang mahu terus bergerak semasa menggunakan eskalator ( betul ke x ek aku guna perkataan bergerak? Hu hu hu )

Pagi tadi baru aku terfikir dan terus buat throwback yang sebenarnya dah lama aku amal rules ni. Apa-apa pon bagi aku rules ini patut diteruskan sebab mungkin bagi yang mengejar masa macam aku, ianya sangat berharga. 2 3 minit lambat kadang-kadang boleh beri impak yang besar ( tertinggal komuter ka dan dah tentu masuk kerja pon lambat ) Keep it up guys!!

sekadar gambar hiasan

No comments:

Post a Comment