Rasanya tak ada satu kerja pun dalam dunia ni yang senang. Boleh kita katakan setiap pekerjaan mesti ada waktu stress nya. Macam jugak kerja aku yang memerlukan aku mengadap muka-muka comel [ lebeh kurang 50orang] setiap hari. Dan sudah pasti kerja aku bukan saja hanya mengadap muka-muka comel ni tetapi perlu menyumbang,berkongsi malah mendidik mereka ke arah yang positif. [InsyaALLAH amin]
Tapi, yerla bila waktu bekerja sudah pasti aku tak lari dari tekanan-tekanan sama ada dari si comel sendiri ataupun dari kerja-kerja yang lain. Sebenarnya, menghadapi kerenah anak-anak merupakan salah satu cabaran yang besar dalam kerjaya aku di mana terpaksa melayan pelbagai tindakan, respon mahupon kenakalan dorang yang kadang kala menggugat kesabaran aku. [xperlu kot aku bgtau ape denda yang aku buat pada dorang.. he he he]
Namun aku rasa sedikit terubat bila waktu aku bersama anak- anak diselit dengan sesi merehatkan minda. Tahun ni alhamdulillah kebetulan diberi subjek pendidikan seni visual dan juga muzik. Masa yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk merehatkan fizikal dan mental aku dengan baik. Aktiviti - aktiviti seperti mewarna, melukis mahupun menyanyi sedikit sebanyak memberi aku dan juga anak-anak masa untuk berehat. Malah ia juga telah memberi aku peluang untuk mencuba sesuatu yang bagi aku agak baru disebabkan sebelum ini tiada peluang untuk aku mencubanya.
Apa yang penting, tugas yang diberikan harap aku dapat laksanakan dengan baik... d^__^b
p/s : aku dapat peluang melukis,buat burung,buat bunga,menyanyi,maen rekoder,capan,pop-up
menganyam dan macam macam lagi la!
Monday, March 5, 2012
Thursday, March 1, 2012
Teacher Oh Teacher... [Dari teman untuk sahabat]
Ini originally bukan dari aku. Tapi sebenarnya dari seorang teman yang sudi mencoret sesuatu untuk aku. Tak pasti tuan empunya badan masih ingat atau tidak. Tapi tiap kali aku baca pasti ianya buat aku tersenyum sendiri. Pada yang berkenaan, terima kasih tidak terhingga. Kita kawan sampai bila-bila InsyaALLAH... d^_^b
oh teacher / sir.. (teacher for women sir for man)
gud moning gud afternoon gud evening gud night
how are u im fine tankiu
u stand up I sit down
oh teacher / sir..
everyday we go to school
but u go by car I go by bus
why teacher / sir?
Why u go by car u not go by bus???
U know not? not fair lah
Oh teacher / sir..
When u come in kelas
I say “stand up kelas.. gud moning teacher / sir”
Becoz I ketua darjah
If I not say like dat u angry
U know not? At my mother and father pun I not say dat
Oh teacher / sir..
When u talk2 in the kelas
U think I understand?
i understand but small2 not all
oh teacher / sir..
1 day I want be teacher / sir like u
Becoz I want rotan and cubit2 your son and dogter
Becoz u rotan and cubit I
U think I not sakit ey??
so becareful send ur son and dogter to school!! Kah3
p/s Mohon untuk diabaikan perkataan-perkataan yg diguna. Ia hanyalah sekadar hiburan..
Wednesday, February 29, 2012
Thursday
Today is Thursday and this Thursday will be the busiest day for me. I feel so tired for both physical and mental. I still thinking about what I am going to do along this day until tonight. Oh God, just give me strength to face it all.
Monday, February 27, 2012
Pe'el Manusia..
Cuba kita dongakkan kepala, lihat sekeliling kita, pasti ramai orang bukan.... Bila ramai orang di sekeliling kita sudah tentu banyak pulak karenah-karenahnya. Kadang-kadang timbul rasa pelik dengan perangai manusia ..Ada yang boleh diterima, ada yang tidak. Ada yang sedap dipandang, ada yang tidak dan ada juga yang selesa dilayan, dan ada yang tidak.
Sebenarnya, ia adalah lumrah dunia. Manusia dijadikan tuhan dengan seribu satu cerita. Setiap orang ada kisah, ada jalan hidupnya. Malah, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. Rentetan dari situlah timbul pelbagai kisah mengenai pe'el- pe'el manusia yang buatkan kita berfikir dan bercakap sendiri "eh, kenapa la dia buat macam tu, tak fikir dulu ke?"
Namun, itu hanya datang dari mulut orang yang melihat. Kerna sudah pasti pada orang yang memikul beban mereka ada cerita tersendiri. Apa yang boleh dikata, cuba lah..cubalah untuk berfikir sebelum kita berbuat apa-apa....
Saturday, February 25, 2012
Hari Sabtu
Rasa puas sebab Sabtu kali ini aku ada peluang untuk habiskan masa kat rumah. Dapat kemas bilik yang dah tak macam bilik . Basuh baju yang berlonggok bak gunung jerai dan bersihkan habuk dalam rumah yang aku tengok dah macam hiasan di setiap penjuru rumah...hu hu hu
Kira misi aku untuk hari ni tercapai..alhamdulillah, tapi sampai bila bertahan? tunggu......... he he he he
p/s untuk esok ada jugak misinya...harap tercapai..chaiyok untuk diri sendiri!
Thursday, February 23, 2012
Mengidam Lagi..
aku bedal sensorang jer ni..hi hi hi
Lepas balik dari Kampung Melayu tu terbayang - bayang plak kat dalam kotak fikiran ni. Tapi tu la, oleh sebab aku ni antara pekerja yang rajin [rasa macam menipu plak...kah kah kah] sampai tak sempat nak mencari yong tau foo kat Kulai ni. Memang 2 3 hari ini asyik bermain kat fikiran ni.
Semalam, dah kira sampai ke kemuncak pengidaman aku [maaf cikgu BM,aku rasa cam xde jer perkataan tu] terpaksa la aku ajak member aku si Faiz tu pegi ke Wak Kentut [Nasi Lemak Wak Kentut,the best Nasi Lemak ever in Johore!]
Korang jangan pelik plak, mengidam yong tau foo tapi pergi cari nasi lemak. Sebenarnya kat Wak Kentut ni ada satu gerai yong tau foo. Yang mengidam nya aku ja, member aku tak. Jadi aku boleh makan yong tau foo member aku boleh makan nasi lemak. Adil kan? hu hu hu
Apa-apa pun alhamdulillah apa yang dihajati tercapai semalam..Amiin..Syukur-syukur..
[tapi yong tau foo kt Kg Melayu Majidee sedap ag kot...kena pegi lagi nih!]
Monday, February 20, 2012
Layang-Layang ku Terbang Tinggi
Sejak bila pulak aku main layang-layang ni.. ha ha ha..tak delah, sebenarnya hujung minggu hari tu sempat aku dengan sorang member mengukur jalan sampai ke Pasir Gudang. Sebenarnya memang kami dah plan nak mengukur jalan untuk sampai ke sini. Ini dah tahun ke 3 aku di Johor dan ini kali pertama aku sampai ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang. Tapi mungkin takde rejeki kot, petang sabtu hari tu hujan. Jadi,tak banyak lah layang-layang yang dinaikkan. Cuma orang yang datang tu jer yang ramai. huk huk huk
Untuk Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini, ianya merupakan kali ke 17 berlansung sejak tahun 1995. Ia juga merupakan menganjuran festival layang-layang terbaik di dunia. Hampir 25 buah negera yang mengambil bahagian termasuklah USA,Jepun,India dan juga negara jiran kita iaitu Thailand. Disini kita bukan saja dapat melihat pelbagai jenis layang-layang malah kita dapat merasa pengalaman sendiri bagaimana untuk menghasilkan layang-layang kerana di festival ini terdapat bengkel-bengkel mengajar para pengunjung untuk membuatnya.
Bila ada festival-festival sebegini sudah tentu ia tidak lari dengan penjualan makanan. Disini terdapat pelbagai pilihan makanan sama ada makanan-makanan ringan,makanan segera[fastfood] dan juga makanan tradisional. jadi,tak perlu risau untuk ke tempat lain untuk makan sekiranya anda semua datang ke sini. TAPI, waktu anda semua baca post ni, festival ni dah pon tamat. Tahun depan la ek... :-p
[Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ke 17 bermula 15Februari 2012 hingga 19Februari 2012]
Sumber :
http://www.kitefestpasirgudang.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)










