Monday, March 5, 2012

Terapi Diri..

Rasanya tak ada satu kerja pun dalam dunia ni yang senang. Boleh kita katakan setiap pekerjaan mesti ada waktu stress nya. Macam jugak kerja aku yang memerlukan aku mengadap muka-muka comel [ lebeh kurang 50orang] setiap hari. Dan sudah pasti kerja aku bukan saja hanya mengadap muka-muka comel ni tetapi perlu menyumbang,berkongsi malah mendidik mereka ke arah yang positif. [InsyaALLAH amin]

Tapi, yerla bila waktu bekerja sudah pasti aku tak lari dari tekanan-tekanan sama ada dari si comel  sendiri ataupun dari kerja-kerja yang lain. Sebenarnya, menghadapi kerenah anak-anak merupakan salah satu cabaran yang besar dalam kerjaya aku di mana terpaksa melayan pelbagai tindakan, respon mahupon kenakalan dorang yang kadang kala menggugat kesabaran aku. [xperlu kot aku bgtau ape denda yang aku buat pada dorang.. he he he]

Namun aku rasa sedikit terubat bila waktu aku bersama anak- anak diselit dengan sesi merehatkan minda. Tahun ni alhamdulillah kebetulan diberi subjek pendidikan seni visual dan juga muzik. Masa yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk merehatkan fizikal dan mental aku dengan baik. Aktiviti - aktiviti seperti mewarna, melukis mahupun menyanyi  sedikit sebanyak  memberi aku dan juga anak-anak masa untuk berehat. Malah ia juga telah memberi aku peluang untuk mencuba sesuatu yang bagi aku agak baru disebabkan sebelum ini tiada peluang untuk aku mencubanya.

Apa yang penting, tugas yang diberikan harap aku dapat laksanakan dengan baik...   d^__^b

p/s : aku dapat peluang melukis,buat burung,buat bunga,menyanyi,maen rekoder,capan,pop-up
        menganyam dan macam macam lagi la!




No comments:

Post a Comment