Monday, February 20, 2012

Layang-Layang ku Terbang Tinggi




Sejak bila pulak aku main layang-layang ni.. ha ha ha..tak delah, sebenarnya hujung minggu hari tu sempat aku dengan sorang member mengukur jalan sampai ke Pasir Gudang. Sebenarnya memang kami dah plan nak mengukur jalan untuk sampai ke sini. Ini dah tahun ke 3 aku di Johor dan ini kali pertama aku sampai ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang. Tapi mungkin takde rejeki kot, petang sabtu hari tu hujan. Jadi,tak banyak lah layang-layang yang dinaikkan. Cuma orang yang datang tu jer yang ramai. huk huk huk

Untuk Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini, ianya merupakan kali ke 17 berlansung sejak tahun 1995. Ia juga merupakan menganjuran festival layang-layang terbaik di dunia. Hampir 25 buah negera yang mengambil bahagian termasuklah USA,Jepun,India dan juga negara jiran kita iaitu Thailand. Disini kita bukan saja dapat melihat pelbagai jenis layang-layang malah kita  dapat merasa pengalaman sendiri bagaimana untuk menghasilkan layang-layang kerana di festival ini  terdapat bengkel-bengkel mengajar para pengunjung untuk membuatnya.

Bila ada festival-festival sebegini sudah tentu ia tidak lari dengan penjualan makanan. Disini terdapat pelbagai pilihan makanan sama ada makanan-makanan ringan,makanan segera[fastfood] dan juga makanan tradisional. jadi,tak perlu risau untuk ke tempat lain untuk makan sekiranya anda semua datang ke sini. TAPI, waktu anda semua baca post ni, festival ni dah pon tamat. Tahun depan la ek... :-p          

 [Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ke 17 bermula 15Februari 2012 hingga 19Februari 2012]



Sumber :
http://www.kitefestpasirgudang.com/

No comments:

Post a Comment