Saturday, February 4, 2012

Shopping Mall Berhantu..Benarkah??




Tiba-tiba entry kali  ni rasa  nak tukar angin plak. Sebelum ni asyik bercerita tentang makanan jer,tak salah kali ni aku cuba lari sikit dari topik kegemaran aku tu. hu hu hu..Bagi warga Johor terutamanya penduduk di sekitar Johor Bahru mesti pernah mendengar mengenai kisah mistik yang berlaku di sebuah bangunan pusat membeli belah yang terbengkalai iaitu "Kemayan City".

Bagi warga Kulaijaya, Senai mahu pun Skudai sekiranya kita mahu ke pusat bandar Johor Bahru sudah pasti kita akan melalui bangunan usang ini yang terletak di sebelah kiri jalan sebelum sampai ke kawasan Tampoi.  Bila di tanya pada orang ramai ada satu kisah aneh yang popular  menjadi buah mulut bagi penduduk tempatan. Sebelum tu biar aku cerita dulu serba sedikit mengenai bangunan ini.

Kemayan City merupakan satu kompleks membeli belah yang terbengkalai sewaktu berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1998. Walaupun kompleks ini ditinggalkan tetapi jalan ke kompleks ini menjadi pilihan kerana merupakan jalan alternatif bagi pengguna jalan raya untuk membuat u-turn ke Skudai mahupun Tampoi dan ianya akan menjadi semakin sibuk pada waktu petang. [aku penah wat u-turn kat situ...bangunannya agak seram bila tgk dari dekat hu hu hu] Oleh sebab projek ini terbengkalai ianya telah menjadi port bagi mat - mat gian untuk menjalan kerja mereka.

Bila aku tanya pada kawan-kawan dan google kt internet, kebanyakan nya mempunyai satu cerita yang sama. Iaitu dimana satu keluarga warga Singapura yang berasal dari Woodland singgah di pusat membeli belah ini sewaktu dalam perjalanan pulang ke Singapura dari menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Melaka. Sewaktu melalui pusat membeli belah ini gayanya seperti ada pembukaan besar besaran dibuat yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk singgah sebentar. Menyangkakan Kemayan City telah dipulihkan semula menyebabkan mereka mengambil keputusan tersebut.

Setelah selesai mereka singgah sebentar di Kampung Pasir berdekatan pusat membeli belah ini untuk melawat saudara sebelum pulang ke Woodland. Namun apabila mereka beriya-iya bercerita mengenai keseronokan membeli belah di sana timbul rasa aneh dan menyeramkan apabila diberitahu oleh saudara mereka itu bahawa Kemayan City tidak pernah dipulihkan malah manjadi semakin usang. Apabila diperiksa semua barangan yang dibeli disitu, ghaib begitu saja.

Cerita ini telah disebarkan dari mulut ke mulut tetapi benarkah ianya berlaku?? Wallahu'alam. Tapi Yang pasti di dunia ini masih ada makhluk Allah lain selain kita.



http://www.jft.com.my/v1/viewtopic.php?f=60&t=2775
http://iqbalhakimi.com/2011/08/16/pusat-membeli-belah-berhantu-di-johor-bahru/

No comments:

Post a Comment