Monday, February 27, 2012

Pe'el Manusia..


Cuba kita dongakkan kepala, lihat sekeliling kita, pasti ramai orang bukan.... Bila ramai orang di sekeliling kita sudah tentu banyak pulak karenah-karenahnya. Kadang-kadang timbul rasa pelik dengan perangai manusia ..Ada yang boleh diterima, ada yang tidak. Ada yang sedap dipandang, ada yang tidak dan ada juga yang selesa dilayan, dan ada yang tidak.

Sebenarnya, ia adalah lumrah dunia. Manusia dijadikan tuhan dengan seribu satu cerita. Setiap orang ada kisah, ada jalan hidupnya. Malah, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. Rentetan dari situlah timbul pelbagai kisah mengenai pe'el- pe'el manusia yang buatkan kita berfikir dan bercakap sendiri "eh, kenapa la dia buat macam tu, tak fikir dulu ke?"

Namun, itu hanya datang dari mulut orang yang melihat. Kerna sudah pasti pada orang yang memikul beban mereka ada cerita tersendiri. Apa yang boleh dikata, cuba lah..cubalah untuk berfikir sebelum kita berbuat apa-apa....

Saturday, February 25, 2012

Hari Sabtu







Rasa puas sebab Sabtu kali ini aku ada peluang untuk habiskan masa kat rumah. Dapat kemas bilik yang dah tak macam bilik . Basuh baju yang berlonggok bak gunung jerai dan bersihkan habuk dalam rumah yang aku tengok dah macam hiasan di setiap penjuru rumah...hu hu hu

Kira misi aku untuk hari ni tercapai..alhamdulillah, tapi sampai bila bertahan? tunggu......... he he he he


p/s untuk esok ada jugak misinya...harap tercapai..chaiyok untuk diri sendiri!

Thursday, February 23, 2012

Mengidam Lagi..

aku bedal sensorang jer ni..hi hi hi

Kes ngidam mengidam ni terjadi waktu aku dengan sorang member mengisi perut di Medan Selera Kampung Melayu Majidee. Dalam minggu lepas la, ntah macam mana ter order yong tau foo. Sebenarnya aku memang jarang gila makan benda alah ni. Kalau di Kedah, bila sebut yong tau foo kuah nya pekat. Tapi bila kat sini kuah nya jenis bersup dan bersambal. Kira lain sikit la. Bila cuba rupa-rupa nya sedap jugak ek.. he he he.. 

Lepas balik dari Kampung Melayu tu terbayang - bayang plak kat dalam kotak fikiran ni. Tapi tu la, oleh sebab aku ni antara pekerja yang rajin [rasa macam menipu plak...kah kah kah] sampai tak sempat nak mencari yong tau foo kat Kulai ni. Memang 2 3 hari ini asyik bermain kat fikiran ni.

Semalam, dah kira sampai ke kemuncak pengidaman aku [maaf cikgu BM,aku rasa cam xde jer perkataan tu] terpaksa la aku ajak member aku si Faiz tu pegi ke Wak Kentut [Nasi Lemak Wak Kentut,the best Nasi Lemak  ever in Johore!] 

Korang jangan pelik plak, mengidam yong tau foo tapi pergi cari nasi lemak. Sebenarnya kat Wak Kentut ni ada satu gerai yong tau foo. Yang mengidam nya aku ja, member aku tak. Jadi aku boleh makan yong tau foo member aku boleh makan nasi lemak. Adil kan? hu hu hu

Apa-apa pun alhamdulillah apa yang dihajati tercapai semalam..Amiin..Syukur-syukur..
[tapi yong tau foo kt Kg Melayu Majidee sedap ag kot...kena pegi lagi nih!]

Monday, February 20, 2012

Layang-Layang ku Terbang Tinggi




Sejak bila pulak aku main layang-layang ni.. ha ha ha..tak delah, sebenarnya hujung minggu hari tu sempat aku dengan sorang member mengukur jalan sampai ke Pasir Gudang. Sebenarnya memang kami dah plan nak mengukur jalan untuk sampai ke sini. Ini dah tahun ke 3 aku di Johor dan ini kali pertama aku sampai ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang. Tapi mungkin takde rejeki kot, petang sabtu hari tu hujan. Jadi,tak banyak lah layang-layang yang dinaikkan. Cuma orang yang datang tu jer yang ramai. huk huk huk

Untuk Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini, ianya merupakan kali ke 17 berlansung sejak tahun 1995. Ia juga merupakan menganjuran festival layang-layang terbaik di dunia. Hampir 25 buah negera yang mengambil bahagian termasuklah USA,Jepun,India dan juga negara jiran kita iaitu Thailand. Disini kita bukan saja dapat melihat pelbagai jenis layang-layang malah kita  dapat merasa pengalaman sendiri bagaimana untuk menghasilkan layang-layang kerana di festival ini  terdapat bengkel-bengkel mengajar para pengunjung untuk membuatnya.

Bila ada festival-festival sebegini sudah tentu ia tidak lari dengan penjualan makanan. Disini terdapat pelbagai pilihan makanan sama ada makanan-makanan ringan,makanan segera[fastfood] dan juga makanan tradisional. jadi,tak perlu risau untuk ke tempat lain untuk makan sekiranya anda semua datang ke sini. TAPI, waktu anda semua baca post ni, festival ni dah pon tamat. Tahun depan la ek... :-p          

 [Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ke 17 bermula 15Februari 2012 hingga 19Februari 2012]



Sumber :
http://www.kitefestpasirgudang.com/

Tuesday, February 14, 2012

Lebih Masa..

Borang-borang rasmi...susun jangan tak susun!

Gara-gara nak memastikan Sukan Zon Tenggara esok berjalan lancar, aku kamarul dan arniza sanggup mengorbankan  masa tidur petang kami yang sangat-sangat berharga untuk berkampung di dalam makmal sehingga lewat petang. Diharap semua yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar..Insyaallah..Ameeen...

d^_^b

p/s : waktu aku nak balik [dalam 6.20 petang] kamarul masih lagi mengadap komputer di makmal dalam misi menyiapkan kerja..cayalah!

Monday, February 13, 2012

Tak Perlu Macam Tu Kot..


Tadi petang time tengah layan Spongebob Squarepant tiba-tiba terasa nak keluarkan peluh. Jadi lepas jer siap solat semua, aku terus meluncur laju ke Hutan Bandar Putra. [tiba-tiba tingat waktu main luncur ais ari tu..teruk sangat!]

Sebenarnya, itu bukan benda yang aku nak ceritakan. Kisah yang aku rasa tak perlu berlaku ni terjadi sewaktu aku balik dari Hutan Bandar. Time aku balik tu sempat aku singgah di IOI Mall untuk beli sedikit barangan keperluan.[bukan buah berangan,tapi barangan keperluan ok] Sewaktu aku membayar kat kaunter sempat la memasang telinga kat kaunter sebelah..

 Cashier          : Cik,ada "member card"
Pelanggan       : takde..
Cashier          : Nak buat "member card" tak?Kalau buat boleh dapat diskaun untuk pelembab ni. Cuma perlu bayar rm12 ringgit jer..
Then, aku tengok pelanggan tu bercakap sesuatu pada seorang lelaki,buah hati dia kot..tak kisah la..
Pelanggan       : Erm, tak payah la kot..

Oleh sebab pelanggan tu cakap macam tu, cashier tu pon teruskan pengiraan dia. Tapi yang tak sedap di dengar, dengan slumber cashier tu cakap pada kawan dia.. "orang nak bagi diskaun pun tak nak" ...Terkejut aku kat sebelah.Aku pon boleh dengar, apatah lagi pelanggan kat depan tu.ish..ish..ish..Tak perlu macam tu kot. Dah pelanggan tu tak nak,biar jer lah. Kenapa la perlu sampai tahap macam tu cakapnya. Agak kurang ajar bagi aku. Susah kalau ada orang macam ni.....Hurm.....


P/s : Tapi tak semua orang macam tu. Contoh, pekerja SHELL kat Taman Mas, Kulaijaya. Aku rasa semua pekerjanya sangat menghormati pelanggan..Dari jauh dah lemparkan senyuman,cakap dengan lemah lembut dan diakhiri dengan ucapan terima kasih dan datang lagi..

Bukan hari aku

kertas yang dikeluarkan..

Penyelamat... he he he

Uwaaaaaaaaa..... rasa nak nangis la plak. hari..huk huk huk [saje nak over2 skit.. he he he] hari ini, isnin 13 februari 2012 merupakan hari yg kurang baik bagi aku. Tapi ini tak bermaksud hari ni adalah hari s**l bagi aku.[Ya Allah tak perlu aku pikir sampai tahap macam tu,nauzubillah!] Cuma rasa macam hari ini hari yang tidak memihak pada aku.

Bermula dengan suasana "monday blues" di mana kelas yang boleh dikatakan agak padat dan sibuk beserta dengan satu dua majlis. Apa yang membuatkan terjadinya hari ini bukan hari aku sewaktu aku cuba menyiapkan kerja-kerja bagi AJK 3K[kebersihan,keselamatan,kesihatan]. Niat di hati nak habiskan "meng laminate" bahan untuk ditampal di setiap bilik. Kebetulan mesin laminate baru saja dapat hari ni.

Sedang asyik "meng laminate" tiba-tiba kertas yang aku masukkan tak keluar-keluar. Masa tu aku dah mula cuak.."hai,tak kan la rosak plak...adus.." Rasa nya aku dah ikut semua harapan, [suhu dibukak mengikut ketebalan plastik laminate, tunggu sehingga lampu hijau menyala sebelum digunakan] Tapi yerla, benda dah nak jadi, mungkin ter "over" panas nya kertas yang dimasukkan terlekat di dalam.

Rasa bersalah tentu timbul sebab aku orang yang pertama menggunakan mesin tersebut dan ianya menjadi lebih dramatik ceritanya bila mesin tersebut baru beberapa jam dikeluarkan dari kotak..hu hu hu

Nasib ada 2 orang budak praktikal yang mahir [almaklum la..budak D&T a.k.a kemahiran hidup] yang menolong aku untuk keluarkan kertas yang terlekat tu. Nak dijadikan cerita kebetulan waktu kejadian bos tiba-tiba muncul.. tapi nasib la dia cakap suruh hantar ke pejabat sekiranya masih tak boleh guna sebab mesin "under warranty"...Hope so...... huk huk huk