Saturday, February 4, 2012
Shopping Mall Berhantu..Benarkah??
Tiba-tiba entry kali ni rasa nak tukar angin plak. Sebelum ni asyik bercerita tentang makanan jer,tak salah kali ni aku cuba lari sikit dari topik kegemaran aku tu. hu hu hu..Bagi warga Johor terutamanya penduduk di sekitar Johor Bahru mesti pernah mendengar mengenai kisah mistik yang berlaku di sebuah bangunan pusat membeli belah yang terbengkalai iaitu "Kemayan City".
Bagi warga Kulaijaya, Senai mahu pun Skudai sekiranya kita mahu ke pusat bandar Johor Bahru sudah pasti kita akan melalui bangunan usang ini yang terletak di sebelah kiri jalan sebelum sampai ke kawasan Tampoi. Bila di tanya pada orang ramai ada satu kisah aneh yang popular menjadi buah mulut bagi penduduk tempatan. Sebelum tu biar aku cerita dulu serba sedikit mengenai bangunan ini.
Kemayan City merupakan satu kompleks membeli belah yang terbengkalai sewaktu berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1998. Walaupun kompleks ini ditinggalkan tetapi jalan ke kompleks ini menjadi pilihan kerana merupakan jalan alternatif bagi pengguna jalan raya untuk membuat u-turn ke Skudai mahupun Tampoi dan ianya akan menjadi semakin sibuk pada waktu petang. [aku penah wat u-turn kat situ...bangunannya agak seram bila tgk dari dekat hu hu hu] Oleh sebab projek ini terbengkalai ianya telah menjadi port bagi mat - mat gian untuk menjalan kerja mereka.
Bila aku tanya pada kawan-kawan dan google kt internet, kebanyakan nya mempunyai satu cerita yang sama. Iaitu dimana satu keluarga warga Singapura yang berasal dari Woodland singgah di pusat membeli belah ini sewaktu dalam perjalanan pulang ke Singapura dari menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka di Melaka. Sewaktu melalui pusat membeli belah ini gayanya seperti ada pembukaan besar besaran dibuat yang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk singgah sebentar. Menyangkakan Kemayan City telah dipulihkan semula menyebabkan mereka mengambil keputusan tersebut.
Setelah selesai mereka singgah sebentar di Kampung Pasir berdekatan pusat membeli belah ini untuk melawat saudara sebelum pulang ke Woodland. Namun apabila mereka beriya-iya bercerita mengenai keseronokan membeli belah di sana timbul rasa aneh dan menyeramkan apabila diberitahu oleh saudara mereka itu bahawa Kemayan City tidak pernah dipulihkan malah manjadi semakin usang. Apabila diperiksa semua barangan yang dibeli disitu, ghaib begitu saja.
Cerita ini telah disebarkan dari mulut ke mulut tetapi benarkah ianya berlaku?? Wallahu'alam. Tapi Yang pasti di dunia ini masih ada makhluk Allah lain selain kita.
http://www.jft.com.my/v1/viewtopic.php?f=60&t=2775
http://iqbalhakimi.com/2011/08/16/pusat-membeli-belah-berhantu-di-johor-bahru/
Monday, January 30, 2012
Mengidam,,tak kan orang lelaki tak boleh?
yummy2... he he he
Selalu nya kalau sebut mengidam ni kita selalu terbayang kaum wanita terutama ibu-ibu yang mengandung. Selalu nya la kan..ada yang mengidam yang pelik-pelik..nak kan buah waktuu bukan musim nya la..nak makan mee goreng kt restoren india la [that was my mum], macam-macam sebenarnya.
Tapi cerita aku pulak bermula dalam 3 4 hari yang lepas. Ntah tak tahu kenapa dengan mulut ni. Asyik teringin nak makan benda-benda masam ja. Cuma belum ada kesempatan untuk pergi cari. Semalam ada terjumpa waktu pergi beli barang dekat Tesco dengan housemate. Tapi buah nya tak mengiurkan. Dalam kotak fikiran ni asyik terbayang buah mangga potong yang kt IOI Mall tu. Jadi, balik kerja tadi dengan penuh rasa semangat [gigih tahap gaban!] terus memecut ke Bandar Kulaijaya semata-mata nak ke IOI Mall. he he he
Sampai ja di dalam, ambil bekas terus masukkan apa yang aku suka.... mangga [mempelam@pauh], jambu dan juga kedondong [tempat aku pggil ambra]. Siap beli terus balik. Bila masuk je dalam kereta teruk makan! Belum sempat sampai umah dah nak habis..betul-betul mengidam ni..he he he.... Jadi mengidam ni...tak kan orang lelaki tak boleh??????
d^____^b
masuk je dalam kete terus makan!
Belum sampai rumah dah tinggal ni ja.. hu hu hu
Saturday, January 28, 2012
Aku Kempunan Dengan Kek Itu..
Aiyoo..aku kempunan! ha ha ha..terserlah "ketidakpandaian" aku menggunakan microwave. hu hu hu . Niat nak makan, tapi kek tu hanya mampu di lihat................dari jauh. [keras +hangit+pahit!] Mula cerita nya semalam, sebelum keluar makan teringat kek yang ada dalam peti sejuk tu [ Walnut Brownies, ade orang kasi] Punya la excited nak makan sampai siap wat nescafe panas [3in1 jer..senang..pow osmate punya] Tapi tu la,kalau orang cakap takda rezeki, memang takda la kan. Jadi, waktu kat dapur tu aku keluarkan kek dari peti sejuk dan masukkan dalam microwave. [ kes nya sebab dah keras kek tu dalam peti ais semalam] Pastu dengan tanpa segan silu nya aku tekan reheat dan balik ke ruang tamu mengadap TV.
Selang 3 minit lebih kurang microwave tu berbunyi [teeett...teeett] tanda dah siap. Tapi, bila aku masuk ja dapur dan bukak microwave tu...nah engkau, dah rasa macam duduk di kaki gunung berapi Merapi kt Indonesia,asap berkepul-kepul. Dalam hati waktu tu.."aiseymen,kempunan la aku malam ni nak makan kek" Housemate dah mula bising sebab bau hangit dah merebak satu rumah [aku rasa satu blok F pon bau.. hu hu hu]
Oleh sebab teringin dan nescafe panas dah menunggu kat depan ruang tamu, aku keluarkan jugak kek tu konon-konon boleh makan lagi , tapi........hurm... Takpa lah, lepas ni aku pergi Secret Recipe aku beli tiga! Makan puas-puas!
d^____^b
*Kek tu sebenarnya sempena harijadi aku minggu lepas ..[24 Januari]
*Bila tanya member aku, kek tu sepatutnya dipanaskan hanya dalam 10saat ja
* Tapi tengah malam semalam dapat makan Chocolate Indulgence Cake..TQ guys!
Friday, November 25, 2011
Kembali Lagi...
Asyik tenggelam timbul ja aku ni hu hu hu.. entah lah, tak ada niat untuk berhenti dari mencoret apa-apa di sini cuma kekangan-kekangan yang berlaku buatkan aku terpaksa berehat seketika daripadanya [tapi aku rasa takde siapa yang peduli kot..he he he] Lantak lah! tak pernah kisah dengan apa orang cakap yang penting aku bahagia dengan kehidupan aku..
Rasa nya sudah lebih 60hari [2 bulan daa..] aku tak menconteng apa-apa di sini. Apa yang berlaku pada aku dalam tempoh waktu tu ek?? Erm.. kerja semakin banyak..tanggungjawab makin berat tapi aku "enjoy" dengan tanggungjawab yang diberi walaupun tekanan tu sangat-sangat terasa. Namun hasil nya alhamdulillah tidak begitu mengecewakan. Terima kasih pada yang sentiasa bersama aku.
Dalam 2 bulan nie jugak berlaku sesuatu yang sedikit sebanyak merubah hidup aku, mencorak kehidupan aku menjadi sedikit beda. Aku? terima semua ini dengan hati terbuka. Jadi apa jua cabaran, apa jua halangan tempuhi aku dengan rela............. d^_^b
Rasa nya sudah lebih 60hari [2 bulan daa..] aku tak menconteng apa-apa di sini. Apa yang berlaku pada aku dalam tempoh waktu tu ek?? Erm.. kerja semakin banyak..tanggungjawab makin berat tapi aku "enjoy" dengan tanggungjawab yang diberi walaupun tekanan tu sangat-sangat terasa. Namun hasil nya alhamdulillah tidak begitu mengecewakan. Terima kasih pada yang sentiasa bersama aku.
Dalam 2 bulan nie jugak berlaku sesuatu yang sedikit sebanyak merubah hidup aku, mencorak kehidupan aku menjadi sedikit beda. Aku? terima semua ini dengan hati terbuka. Jadi apa jua cabaran, apa jua halangan tempuhi aku dengan rela............. d^_^b
Sunday, September 11, 2011
Apan dan Senyuman
-Apan-
Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Apan masih seperti dulu, meneruskan hidup yang penuh dengan kejutan. Yaya masih lagi menjadi kucing pilihan kucing-kucing yang laen. Namun Apan dan Yaya masih lagi berkawan seperti dulu.. Walau apa terjadi hidup mesti diteruskan, dan Apan masih mampu meneruskan hidupnya. Jalani rutin harian seperti biasa.
Namun, mungkin sudah takdir Apan untuk di uji sekali lagi. Kisah nya mungkin tiada beza ketika bersama Yaya. Namun sudah tentu situasi, kronologi dan juga insiden yang terjadi berlainan dengan sebelum nya.. Tapi, seperti biasa Apan masih lagi mampu untuk tersenyum..ya, masih lagi mampu.....
Apan,teruskan dengan senyuman, jangan cepat untuk mengalah..tiada salah untuk terus tersenyum.. kerna senyum untuk bisa mengubat diri kamoo...Sampai bila??tak perlu ditanya soalan itu.. teruskan saja...
teruskan dengan SENYUMan...
d^_____^b
Tuesday, September 6, 2011
Doa Buat Dhiaiz..
Petang tadi lepas habis kerja, aku dan beberapa rakan sekerja yang laen berkesempatan ke Hospital Sultan Ismail [HSI] johor bahru melawat salah seorang murid sekolah aku di timpa kecelakaan. Agak kritikal pada mula nya tapi alhamdulillah hari sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa. Dhiaiz Rifqi bin sallehin murid tahun dua aku [2cerdik] dikejarkan ke hospital sabtu lalu akibat luka teruk tertusuk kaca di bawah dagu yang menyebabkan kehilangan banyak darah.
Seorang murid yang aktif lincah dan bijak di dalam kelas. Harap beliau tabah untuk hadapi dugaan ini. Doa yang terbaek untuk beliau. Buat keluarga nya, harap tabah hadapi dugaan ini...Insyaallah semua yang baik akan berlaku....Ameen....
Monday, September 5, 2011
Selamat Hari Raya Ke 8!!
Seminggu kat kampung, seminggu jugak aku tingglkan dunia siber nie.. Biar la orang nak cakap aku dah terlambat ke apa ke..Tapi Aku tetap nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua yang sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ni...hu hu hu..
apa-apa kerja tetap kerja..chaiyok chaiyok!!
Subscribe to:
Posts (Atom)












