Wednesday, July 20, 2011
Sate Kajang tapi di Kulai.
jom makan sate kajang!!!! tapi, jauh la..macam mana ek...huk huk huk..warga kulaijaya sekelian tak perlu berduka, kita masih boleh merasai kesedapan sate kajang haji samuri di sini sebenarnya... he he he
terletak di taman muhibbah terdapat satu cafe [alamak aku lupa namanya] yang menyediakan pelbagai masakan panas, nasi lemak, asam pedas,roti canai dan tak dilupakan SATE KAJANG jugak..kalau dari bandar kulai aku suka ikut jalan indahpura. Akan lalu sekolah Sk indahpura 2 [klu xsilap..aku confuse 1 dan 2] boleh jugak ikut jalan nak ke senai...sebelum sampai saleng belok ke kanan...
sebenarnya,aku bukan la hantu sate sangat..selalunya "housemate" aku yang suka order sate.. aku tumpang2 jer. he he he bukan kedekut tapi entah la...bukan "favourite" kot.. he he he tapi post nie untuk sapa sapa yang suka la...korang boleh cuba kat sini. sekali lagi di ulang kedainya terletak di taman muhibbah kulaijaya..enjoy....
d^__^b
Monday, July 18, 2011
A - N - D - A
mood : Buang tebiat a.k.a merapoo meraban
d^___^b
Tahukah Kita??? [Bohong]
selalu orang tulis "tahukan anda?" tapi kali ni aku pulak tulis "tahukah kita?" sebab aku sendiri pon baru tahu secara terperinci. he he he betul ke tidak fakta ini,wallahu'alam tapi kalau nak cuba tak salahkan.
menurut apa yang terbaca [secara tak sengaja la.. hu hu hu] dalam satu laman web ni, salah satu cara kita nak pastikan seseorang tu berbohong atau tidak kita boleh amati dan perhatikan anak mata nya..[Erm,menarik kan. moh kita teruskan lagi.........]
sekiranya sedang menjawab soalan dan bebola matanya terus bergerak ke kiri, ada kemungkinan jawapannya adalah jujur..tetapi sekiranya bergerak ke kanan kemungkinan seseorang itu berbohong. [Tapi kenapa ekk???? apa kaitan pergerakkan mata dengan berbohong???]
Ini kerana secara saintifiknya kita tahu otak kiri berfungsi sebagai "auditory memory" manakala otak kanan pula untuk kreativiti. Maka bila bebola matanya bergerak ke kiri bermaksud seseorang itu sedang berusaha untuk mengingat kembali apa yang berlaku manakala bila bebola matanya bergerak ke kanan seseorang itu sedang menyusun atau menggambarkan sesuatu jawapan yang lain. Dalam erti kata lain otak kanan sedang ligat mereka cerita laen.. huhuhu...
Bagi aku kemungkinan betul cuma tahap kesahihannya aku tak pasti. Hanya sebagai info. tapi kalau yang dah "expert" dalam bab-bab tipu menipu ni susah jugak kita nak kenal pasti kann.. he he he.. apa-apa pon cuba elakkan dari melakukan aktiviti tipu menipu ni ek..
p/s :: tipu sunat..ada ke????
Sumber :
http://kumpulan.info/tahukah-anda.html
Saturday, July 16, 2011
Ceramah Lor...
2 3 hari yang lepas masa tengah sibukkan diri dalam perpustakaan [ sibuk ke? ke aku ja yang buat-buat sibuk... ha ha ha] tiba-tiba datang abg shukor [PAR sekolah aku] tercegat depan pintu sambil bawa satu buku panjang kulit keras [sah! aku kena g kusus!] ha ha ha ...selalunya abg shukor kalau dia bawak buku tu maknanya mesti ada kursus yang kena pergi.. ha ha ha.. memang betul la..aku kena pergi dengar ceramah bahasa inggeris kat UTM.
Sebenarnya ceramah kali ni khas untuk cikgu-cikgu yang mengajar tahap dua...aku ni pulak ngaja tahap 1. Kursus yang aku pergi sebelum nie pon [ada lagi 1fasa (semua 3 fasa)] untuk tahap dua juga.. [hai..tak kan tahun depan kena mengajar tahap dua kot..adei... huk huk huk]
Jadi semalam, aku dengan beberapa kawan yang laen [kebetulan kawan-kawan aku dari sekolah lain pun kena pergi..muka-muka sama jer yang pergi kursus.. he he he] merempit ke UTM.. daftar pukul 8 pagi dan selesai semua dalam pukul 1 tengah hari..
aku rasa tak sia-sia aku datang ceramah nie. banyak input yang aku dapat walaupun aku tak mengajar tahap dua tapi sekurang-kurangnya input yang aku dapat boleh aku "apply" untuk diri aku sendiri.. he he he [cikgu sendiri pon masih belajar kan...] Apa-apa pon mommy deeba mmg best
d^_^b
Friday, July 15, 2011
Sabar itu perlu..
Ini adalah antara sifat paling penting yang perlu ada dalam diri kita. Tanpa sifat sabar susah untuk kita teruskan hidup. Susah untuk kita berjaya dan sukar untuk kita memperoleh sesuatu yang diidamkan. Tambahan pulak bagi sesiapa yang kerjanya perlu berurusan dengan orang lain sudah tentu akan menghadapi situasi-situasi yang memerlukan sifat sabar yang sangat tinggi.
Bagi aku sendiri, orang yang sabar itu adalah orang yang dapat mengawal em0sinya dalam apa jua situasi yang berlaku sebelum bertindak.Dia tak akan cepat melatah dan cuba mengawal keadaan supaya segala keputusan yang diambil dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Orang yang sabar selalunya hanya akan bertindak sewajarnya apabila perlu.
Cuma kita sebagai manusia kadang-kadang tak mampu untuk menjadi yang terbaik. kadang kala tersasar dari landasan hinggakan kita tidak sabar dalam sesuatu perkara menyebabkan kita bertindak secara melulu. Tindakan yang melulu mungkin memberi natijah yang tidak baek namun itu tak bermakna kita perlu berputus asa. Apa yang penting cuma belajar dari pengalaman yang lalu supaya kita lebih bersabar dan tidak mengulang kesilapan yang sama.
"Kita adalah manusia...manusia tiada yang sempurna..tapi xsalah untuk kita cuba ke arah kesempurnaan tersebut..."
Tuesday, July 12, 2011
Tanpa Ku Sedar...
Aku berjalan seorang diri tanpa sesiapa disisiku..
ku dengar bunyi burung berkicauan di tambah deruan air yang mengalir begitu tenang.
Ku rasa lapang, ku rasa bagaikan berada di kayangan.
Indah sungguh perasaan di hati seperti ku ingin terus berada di sini.
Tapi ku tahu semuanya hanya ilusi dimana ianya akan hilang tanpa aku sedari.
Jadi, masa yang ada ku guna sebaik mungkin.
Walau pon ilusi yang hadir, ianya tetap indah..ianya tetap terisi.
Gambar :
twosidesserenity.blogspot.com
Sunday, July 10, 2011
Jerebu Oh Jerebu
Hari nie terbangun lambat!! uwaaaaaaaa!!!!! Sedar-sedar jer dah pukul 6.30 .apa lagi cepat-cepat la aku melompat masuk bilik air.. he he he dalam 30minit siap r semua [lelaki simple-simple sudeh....tak perlu amek masa macam.......he he he ]
Keluar jer rumah..mak aii... dah rasa cm duduk kat cameron highland plak..kabus tebal...oleh sebab keluar rumah pun dah lewat, jadi natijah nya terpaksa la aku ikut bontot lori... huk huk huk..akue kalau keluar lewat dari umah risiko nya itu la...nak potong byk plak kereta bertentangn nak ke kulai.. lagipun jerebu pon tebal tak berani aku nak amik risiko. Ikut jer lah kan..Orang cakap biar lambat asalkan selamat....
Mood :: Monday sick.. huk huk huk
d^__^b
sedikit info ::
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarahpencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.
Sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerebu
Subscribe to:
Posts (Atom)











