Monday, February 27, 2012

Pe'el Manusia..


Cuba kita dongakkan kepala, lihat sekeliling kita, pasti ramai orang bukan.... Bila ramai orang di sekeliling kita sudah tentu banyak pulak karenah-karenahnya. Kadang-kadang timbul rasa pelik dengan perangai manusia ..Ada yang boleh diterima, ada yang tidak. Ada yang sedap dipandang, ada yang tidak dan ada juga yang selesa dilayan, dan ada yang tidak.

Sebenarnya, ia adalah lumrah dunia. Manusia dijadikan tuhan dengan seribu satu cerita. Setiap orang ada kisah, ada jalan hidupnya. Malah, kita sebagai manusia tiada yang sempurna. Rentetan dari situlah timbul pelbagai kisah mengenai pe'el- pe'el manusia yang buatkan kita berfikir dan bercakap sendiri "eh, kenapa la dia buat macam tu, tak fikir dulu ke?"

Namun, itu hanya datang dari mulut orang yang melihat. Kerna sudah pasti pada orang yang memikul beban mereka ada cerita tersendiri. Apa yang boleh dikata, cuba lah..cubalah untuk berfikir sebelum kita berbuat apa-apa....

2 comments:

  1. banyak udang, banyak garam,
    banyak orang, banyak ragam..

    ambil mana yang menyenangkan (:

    ReplyDelete