Tiba-tiba plak hari ni terasa nak bercerita pasal misi ni. Tapi ni bukan la misi menyelamat tapi maksud aku misi aka jururawat.. Yela, kalau orang-orang lama pakai. Misi ja kan,, tapi datang mana ek perkataan misi tu????? Xpa2 nanti kita buat post yang laen pasal dari mana datang nya perkataan misi tu..
Bila sebut misi, mesti banyak yang terbayangkan garang..apatah lagi misi dari hospital kerajaan.. Bila ada segelintir nya yang buat hal macam ni lah jadi nya.. So far, ,misi-misi yang aku kenal sangat baik dan bertanggung jawab.. Ramai jugak sedara dan kawan-kawan yang jadi misi. Sebelum ini, ak hanya jumpa misi-misi ni time pegi melawat orang sakit kat hospital ja..so skop kerja pon tak la tahu sangat. Cuma kadang-kadang kawan-kawan ni ada juga bercerita..
Tapi sekarang bila aku sendiri yang bekerja di hospital, aku dapat la tengok cara kerja misi-misi. Biasa la kan kerja shift.. Shift misi-misi ni kalau tak silap ada 3..pagi petang dan malam.. Maaf ya kalau tersilap..yang aku rasa sedikit tersentuh bila tengok misi-misi yang bekerja shift malam.. Masa balik dorang kalau tak silap seawal 7.30 pagi kot. So aku pulak sampai ke tempat keja dalam pukul 8. So bila parking kereta ja mesti aku akan terserempak dengan dorang yang tengah tido dalam keta. Yela, keja malam kan, susah skit la nak tido. Bila dah abis keja nak balik bahaya. Jadi terpaksa la tido dalam keta dulu. Tiap-tiap hari mesti jumpa.. Yang sedih tu kadang-kadang penah terjumpa juga misi yang sarat mengandung tido dalam keta.. Cuba bayangkan masa kerja yang macam tu memang tak sesuai untuk yang memgandung sebenarnya.. Sebab tu la aku cakap.. " wa respect u lebih misi! "
Tuesday, February 25, 2014
Sunday, February 23, 2014
Bukan aku tapi osmate..
Yup..betul, bukan aku...he he he bila cuti-cuti macam ni dan kebetulan semua ada kat umah ini lah kerja housemate aku.. Baking!!! Kali ni dia buat cupcake pulak.. Aku? Err...he he he tengok je lah..buat tak pandai, kalau makan ha... Yang tu serah pada aku... Hu hu hu kali ini dia buat chocolate cupcake lepas tu topng nya aku tak pasti.. He he cream cheese kalau tak silap.. Apa-apa pon layan je la...tapi yang penting bukan aku tapi osmate.. he he he Misi untuk menjadi gemuk berjalan lancar!
Friday, February 21, 2014
Diam lama sangat..
Assalammualaikum,
hurm.. tak pasti masih ada orang ke tidak ni.. he he he sebab lama sangat menghilang sampai rasanya orang dah tak kenal. Apa-apa pon alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan hidup. Masuk dalam beberapa bulan ni banyak perkara-perkara baru berlaku. Yang utama alhamdulillah aku dapat berpindah dari Kulaijaya ke Kuala Lumpur. walaupun masih jauh dari kedah tapi sekurang kurangnya sudah cut 4 jam kat situ. dan yang kedua nya aku bukan saja berpindah negeri tapi aku juga bertukar suasana mengajar. core business masih sama tapi tempat nya berbeza. Bermula 2 Januari 2014 alhamdulillah bermula kerjaya aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Program baru dimana Sekolah Dalam Hospital (SDH) diperkenalkan. Tapi tak la baru sangat sebab program ni dah bermula sejak tahun 2011 lagi. dengan guru seramai 9 orang bersama 2 orang pembantu murid kami menggerakkan sekolah dalam hospital di PPUM. sangat mencabar tetapi menarik bagi aku yang memang sudah lama teringin bekerja di hospital. Apa-apa pun, akan diceritakan di masa akan datang Insyaallah.. Salam kembali dari aku untuk semua.. Assalammualaikum.. d^__^b

Tuesday, July 23, 2013
Ramadhan ke 4 tahun..
Dah masuk separuh ramadhan rasanya, tp aku masih nak ucapkan ahlan wasahlan ya ramadhan.. Ramadhan sudah masuk ke fasa yg kedua.. Sgt cpt.. Sgt pantas.. Aku seperti biasa teruskan hidup di bumi tuhan kulaijaya dengan amanah yg diberi.. Masuk ke rumah bru untuk kali yg ke 4 kalau kira- kira dari bandar tenggara 4 tahun dulu. . Alhamdulillah, rumahnya selesa, agak besar tak perlu panjat tangga mcm rumah sebelum ni..
Kerja? Tugas dah diketahui sentiasa bertambah tapi alhamdulillah masih diberi kekuatan olehNya untuk memikul. Cuma kdg2 tergelincir untuk sekali dua..maapkan aku ya.. Secara jujurnya diberi amanah untuk membantu anak- anak adalah tugas yg sgt mencabar tapi disebalik tu ada kepuasan yg aku dapat disamping melayan karenah anak- anak yg sgt- sgt comel. Terbayar rasa lelah tiap kali dpt lihat kegembiraan anak-anak terpancar bila menjejak ke kelas dorg..
Haanya mampu berdoa kepada ALLAH untuk diberi kekuatan bagi meneruskan amanah yg xpenah hilang,,, amin..

Monday, March 11, 2013
HandbagChanteq
Cantik ke handbag tu? Mesti lah cantik kalau tidak xde la namanye handbagchanteq kan... he he he.. Kali ini saja aku nak perkenalkan pada anda semua my new page... Handbagchanteq... he he he.
Apa yang ada sebenarnya?? Dalam page ni, kami menyediakan koleksi-koleksi beg tangan yang terkini dan menarik. Apa yang penting harga nya yang berpatutan. Sesuai untuk dibuat koleksi. Iyelah, kadang-kadang mesti ada yang pening untuk cari sesuatu kelainan bila ke tempat kerja. dan ramai yang sudah tahu beg tangan adalah salah satu aksesori yang boleh diperagakan. Tak lah nampak bosan kan.
Harga yang berpatutan membolehkan anda bergaya dengan pelbagai koleksi yang menarik tanpa perlu mengeluarkan modal yang tinggi. Jadi tak akan ada lagi masalah untuk anda bergaya, cantik dan berasa yakin dalam menghadapi hari-hari yang mendatang.
Di Handbagchanteq terdapat koleksi Missthea, Fashion, Canio (untuk lelaki) dan Dinnerbag. Setiap koleksi akan di tambah dari semasa ke semasa untuk memberi peluang kepada membuat pilihan. Pada masa akan datang lagi akan ditambah dengan koleksi-koleksi menarik yang lain. Jadi, jangan segan silu untuk LIKE page ini dan bertanya apa-apa soalan mengenainya. Saya akan cuba menjawab soalan-soalan anda.. Anda boleh search Handbagchanteq untuk melihat koleksi-koleksi yang ada... thanks alot ya.. d^_^b
Boleh jugak disini
http://www.facebook.com/pages/Handbagchanteq/358617447586346

![]() | |
| Canio |
![]() | |
| Dinner Bag |
![]() |
| Missthea |
![]() |
| Fashion |
Monday, January 14, 2013
Sempat BerLEGO
Weekend yang agak memenatkan tapi BEST bila aku dapat peluang berjimba di Legoland. Mula-mula seram sejuk jugak sebab kalau anda nak tahu aku ni fobia dengan tempat-tempat permainan macam ni. Almaklumla, putera lilin (rase cam xde kaitan..) Tapi atas desakan dan dorongan kawan-kawan aku follow jugak dorang.
Bila dah masuk layan jugak sebenarnya. Bagi aku tempat ni sesuai untuk kanak-kanak sebab banyak benda dorang boleh belaja kat sini. Antaranya ada Boating School, Driving School dan banyak lagi la..(aku bukan duta dorang kot.. he he) Roller Coster pulak aku rasa bagi peminat-peminat tegar ianya biasa ja. Tapi bagi aku yang fobia ni dah kira okay dah. Kiranya sakit jugak tekak aku ni..(3kali jugak naik nya)
Apa-apa pon memang layan la.....
Thursday, January 10, 2013
Kids, they are so innocent!
Anda jangan fikir bila tajuknya omputeh, aku akan tulis omputeh. Kalau anda memang fikir macam tu, maaf anda tersasar.. hu hu hu aku masih belum ada 'confident' dalam diri untuk buat semua tu.. he he. Apa pun berbalik pada tajuk tadi, adakah anda rasa apa yang aku rasa?adakah anda fikir benda yang aku fikir?
Semua berdasarkan pengalaman diri aku sendiri bila berdepan dengan anak-anak kecil. Antara insiden-insiden yang pernah aku alami adalah bila aku bertanyakan sesuatu soalan dan mintak mereka mengangkat tangan..."Sapa yang dah hantar buku MT1 sila angkat tangan"..mereka akan angkat, tapi mereka tak angkat turunkan tangan selagi aku suruh turunkan tangan..Sama jugak kalau anda minta mereka untuk berdiri bila menjawab soalan, mereka tak angkat duduk selagi anda suruh mereka duduk.
Pernah juga berlaku satu insiden dalam bilik tayang bila aku beri arahan kepada sekumpulan kanak-kanak.. waktu mereka sedang beratur..aku cakap 'eh,boleh tak kamu duduk belakang skit' Dengan 'slumber' mereka bergerak ke belakang dan DUDUK! padahal maksud sebenar aku,aku nak mereka berbaris dibelakang sikit. dan bila aku suruh mereka berdiri semula, ada mulut-mulut berbunyi... 'eh,cikgu ni kejap suh duduk kejap suh diri,yang mana satu..' he he he
Dan lagi satu, kita kena tahu bila berurusan dengan kanak-kanak kita perlu kotakan janji kita. Mereka akan tuntut selagi kita tak buat apa yang kita janji.
Yang pentingnya bila berurusan dengan kanak-kanak kita perlu pastikan apa sahaja yang kita mahu mereka buat disampaikan secara jelas dan satu persatu. Jangan kita cuba beri arahan yang banyak dalam satu masa kerana anda pasti akan kecewa dengan respon yang diberi. Mereka akan kecewa anda kadangkala tapi mereka sentiasa buatkan anda tersenyum dengan telatah-telatah yang tak dijangka.
Love them because they are so innocent!! d^_^b
Subscribe to:
Posts (Atom)