Wednesday, January 2, 2013
Bila Buku Baru Dibuka
Setiap sudut laman sosial buat masa ni penuh dengan ucapan-ucapan tahun baru. Mula dengan azam baru dan ramai jugak yang menyambung azam tahun lepas. 2012 punya banyak kisah diungkap, suka duka sakit perit. Tapi semua itu buatkan kita belajar tentang dunia yang tak pernah sunyi dengan pelbagai cerita. Jadi, buku 2012 sudah ditutup.. Buku baru telah dibuka dengan coretan yang lain.. Selamat Datang.... d^_^b
Sunday, November 4, 2012
Aktviti Hujung Minggu
Wah..sudah berkurun dan berabad diri tak menjengah ke blog ni. Kalau umah yang lama ditinggalkan,Bil air dengan api rasanya dah kena potong..labah- labah tu,jangan cakap la.. Rasanya dah jadi komuniti lelabah dah.. hu hu hu.. tapi yerla apa kan daya diri aku yang sentiasa sibuk. (konon-konon la)
Cukup la kot cerita pasal comeback ni. Sekarang aku nak bercerita sikit aktiviti yang aku buat hujung minggu baru-baru ni ( 2 3 hari lepas la) Hari sabtu yang lalu aku bersama 5orang lagi kawan berjaya melakukan aktivivi camping di Tanjang Balau. Walaupun pada mulanya hujan,alhamdulillah pada malamnya cuaca beransur baik. Petang tu dah terasa macam nak give up pon ada. Yerla, kalau dah hujan macam mana nak bakar ayam kan. Tapi, dengan adanya kawan-kawan yang punya otak geliga masalah tu dapat kami selesai kan.. he he he
Kebetulan pada waktu yang sama, di Tanjung Balau ada pulak Konsert yang dianjurkan oleh Muzium Nelayan Tanjung Balau..Jadi,takdelah sunyi sangat kawasan kat situ ( ade Ella,Amuk,Taukeh,Angah dengan Azli Senario) aktiviti petang dipenuhi aktviti mendirikan khemah di dalam hujan. Kemudian malam pulak akvitivti bakar ayam (ade udang sotong jugak) dan unggun api. Keesokkan paginya pulak ..MANDI!!!!! walaupun aku ni bukan la penggemar mandi laut tapi sekali sekala ok jugak la. hu hu hu..
Tengah hari ahad tu kami dah balik. Tapi akvivti hujung minggu aku tak abis setakat tu saja. Petang nya pulak ada jamuan makan di DAMAI SEAFOOD VILLAGE kat Kg Sg Danga Pesisir Perling Johor Bahru. Tempat yang cantik dan menarik, makanan yang sedap dan rakan-rakan sekerja yang sporting. Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa untuk berkumpul.
Hujung minggu yang penat tapi berbaloi!!!! d^_^b
Cukup la kot cerita pasal comeback ni. Sekarang aku nak bercerita sikit aktiviti yang aku buat hujung minggu baru-baru ni ( 2 3 hari lepas la) Hari sabtu yang lalu aku bersama 5orang lagi kawan berjaya melakukan aktivivi camping di Tanjang Balau. Walaupun pada mulanya hujan,alhamdulillah pada malamnya cuaca beransur baik. Petang tu dah terasa macam nak give up pon ada. Yerla, kalau dah hujan macam mana nak bakar ayam kan. Tapi, dengan adanya kawan-kawan yang punya otak geliga masalah tu dapat kami selesai kan.. he he he
Kebetulan pada waktu yang sama, di Tanjung Balau ada pulak Konsert yang dianjurkan oleh Muzium Nelayan Tanjung Balau..Jadi,takdelah sunyi sangat kawasan kat situ ( ade Ella,Amuk,Taukeh,Angah dengan Azli Senario) aktiviti petang dipenuhi aktviti mendirikan khemah di dalam hujan. Kemudian malam pulak akvitivti bakar ayam (ade udang sotong jugak) dan unggun api. Keesokkan paginya pulak ..MANDI!!!!! walaupun aku ni bukan la penggemar mandi laut tapi sekali sekala ok jugak la. hu hu hu..
Tengah hari ahad tu kami dah balik. Tapi akvivti hujung minggu aku tak abis setakat tu saja. Petang nya pulak ada jamuan makan di DAMAI SEAFOOD VILLAGE kat Kg Sg Danga Pesisir Perling Johor Bahru. Tempat yang cantik dan menarik, makanan yang sedap dan rakan-rakan sekerja yang sporting. Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa untuk berkumpul.
Hujung minggu yang penat tapi berbaloi!!!! d^_^b
![]() | |
| relax2 lepas makan.. |
![]() |
| Hidupkan api dikala hujan *IkhtiarHidup* |
![]() |
| menu pilihan |
![]() |
| Pagi di Balau.. |
![]() |
| Damai Seafood Village |
Tuesday, July 24, 2012
Datang Menjenguk Lagi..
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berjumpa Ramadhan untuk ke sekian kalinya. Tahun ke 3 Ramadhan disambut aku di Kulaijaya. Cuma lainnya kali ni, aku sempat untuk menyambut permulaan Ramadhan dengan keluarga tersayang di kampung. Sempat aku mohon cuti rehat khas (CRK) ari tu he he he..
Untuk tahun ni jugak masuk tahun ke dua kami sambut Ramadhan tanpa En Abu Hanipah Bin Ayub a.k.a ayah aku. Kejap rasa masa berlalu..Apa pon yang terjadi, hidup harus kami teruskan dengan kenangan bersama ayah xpenah aku lupa..sampai bila-bila Insyaallah... d^_^b
Hanya mendoakan segala yang baik berlaku pada diri, keluarga, malah rakan-rakan. Kesihatan yang baik jugak untuk mak..dan yang lain-lain..Moga diberi kekuatan untuk meneruskan Ramadhan yang sudah tentu penuh dengan keistimewaan dari Nya.. Insyaallah...
Saturday, July 14, 2012
Kisah mereka..
![]() | |
| Jauh perjalanan.. |
Sepanjang minggu ni sekolah aku adakan kem 1Murid1Sukan. Bertuah betul budak-budak ni sebab dorang dapat peluang untuk kenal sukan yang tak banyak sekolah ada. 3 sukan yang di fokuskan ragbi, memanah dan juga tenis. Tapi apa yang cuba aku ceritakan sebenarnya bukan tentang kem ni. Tapi apa yang berlaku selepas kem ni tamat tadi.
Bila dah settle semuanya , kebetulan ada sorang budak ni tak balik lagi katanya ayah belum datang. Budak ni anak murid aku, stay kt salah satu ladang kt area sekitar [ayahnya pengurus ladang] Jadi aku tumpangkan dia balik. Katanya jalan masuk ke ladang tu xdelah jauh sangat. Cuma jalan tanah merah je. So, aku tolong hantarkan alang-alang nak balik ke rumah.
Tapi sebenarnya rumah budak jauh nun kedalam. Lebih kurang amik masa 1jam ulang-alik. Dengan jalan tanah merah buatkan keta tak boleh bergerak laju. Sempat jugak aku bersembang tanyakan tentang life dia kat dalam.. Yerla, agak susah untuk dorang keluar dari ladang tu. Aku tanyakan tentang life budak-budak kat sana, apa yang dorang main waktu petang, macam mana nak ke sekolah tiap-tiap hari sebab aku rasa jarang untuk dorang keluar dari ladang itu melainkan untuk ke sekolah atau pun ke bandar. Selain dia, ada lagi anak-anak murid yang lain tinggal kat dalam ladang tu [sempat ditunjuk rumah-rumah dorang tadi]
Cuma terfikir sejenak...tentang kesulitan yang dialami dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan sudah tentu terhad. Bagi yang ada kemudahan kereta mungkin agak senang untuk bergerak. Tapi, bagi keluarga yang sederhana mungkin hadapi masalah untuk ke mana-mana. Teringat zaman kecil aku di kampung, walaupun agak jauh dari bandar tapi masih mampu untuk nikmati kemudahan-kemudahan yang sepatutnya.
Salute pada mereka yang datang ke sekolah untuk belajar. Salute jugak pada ibu bapa yang sanggup berhabis wang ringgit untuk anak-anak supaya dapat apa yang berhak untuk mereka. Dan sudah tentu aku bersyukur dengan apa yang aku telah ada sepanjang hidup.. Alhamdulillah....
Friday, July 6, 2012
Lori Hantu..Apakah?
Apa tu lori hantu? kenapa lori tu dipanggil lori hantu? adakah lori tu milik hantu? ataupun hantu yang bawak lori tu? Bagi yang tak tahu maksud sebenar lori hantu mungkin soalan-soalan di atas tu bermain di fikiran kita..
Sebenarnya lori hantu bermaksud lori yang tidak mempunyai cukai jalan yang sah dan hanya boleh digunakan di tapak pembinaan. Lori ini selalunya tak sempurna seperti lori lain. Contohnya mungkin lori tu xde pintu ataupun cermin depan. Kiranya macam open air la... he he he. Bila dah xde cukai jalan dah tentu la xbleh guna kat jalan raya biasa. Kalau kita perasan lori atau treler yang lebih besar akan bawak lori-lori ni..
Teringat zaman-zaman muda remaja...waktu kecik-kecik bila belakang rumah aku tengah busy siapkan bangunan sekolah menengah. Sanggup ramai-ramai pergi kat tapak pembinaan tu semata-mata nak tengok lori hantu. Waktu tu mati-mati aku dengan kawan-kawan ingat lori tu memang berhantu. Kalau kami bernasib baik abang lori tu bagi kami naik lorinya waktu dia buat keja. Seram seh sebab ingat lori tu berhantu tapi layan kot. he he he
Tuesday, June 26, 2012
Kisah Unik Si Kidal
Tergerak hati untuk mencoret sesuatu bila aku ditegur dengan bebudak. Actually dah selalu bebudak tegur aku bila tengok aku menanda buku. Tapi yelah, nak cakap apa kan, senyum jer. Bagi aku kami golongan kidal ni sebenarnya bukan lah pelik. Aku lebih suka guna perkataan unik. Sedap bunyi nye kan? he he he..
So saja- saja nak berkongsi sikit tentang kami yang unik ini.
Kelebihan Orang Kidal
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera DSLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
Kekurangan Orang Kidal
-Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
-Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
-Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.(setuju sangat-sangat!)
Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
Sumber :
http://www.kirinselamaperak.com/infokelebihan-dan-kekurangan-orang-kidal-seperti-aku-kirin-selama-perak/
Monday, June 25, 2012
Hati...
Kuat nya seseorang itu bila dia mampu mengawal dirinya..mampu membentuk hati untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak perlu walau jauh di sudut hati dirinya ingin melakukan semua itu. Hidup tak pernah lari dari dugaan. Kecil kah, besar kah ianya pasti kan datang. Cepatkah,lambatkah ianya pasti kan serang.
Bila dugaan melanda hati mula terasa kalah, jadi lemah walau ia dulunya adalah juara. Pemenang yang sentiasa di puncak namun mula rebah bila dugaan datang tiba memusnahkan segala. Orang yang gagah bisa jadi lemah bila hati tidak mampu menanggung beban dalam diri. Jangan ingat fizikalnya nampak gah kerna belum tentu hati itu kuat seiring tubuhnya.
Apa yang pasti segumpal darah dalam hati ini perlu di ajar berdikari untuk menghadapi segala kemungkinan yang tiba. Ajar ia untuk terima segala sebelum bangun untuk teruskan langkah. Bila hati bisa terima ,waras kan datang membantu kita. Langkah akan jadi lebih selesa untuk terus maju ke depan dan hadapi ia dengan senang...AJAR HATI DEMI DIRI....
d^____^b
Subscribe to:
Posts (Atom)









