Saturday, July 14, 2012

Kisah mereka..

Jauh perjalanan..

Sepanjang minggu ni sekolah aku adakan kem 1Murid1Sukan. Bertuah betul budak-budak ni sebab dorang dapat peluang untuk kenal sukan yang tak banyak sekolah ada. 3 sukan yang di fokuskan ragbi, memanah dan juga tenis. Tapi apa yang cuba aku ceritakan sebenarnya bukan tentang kem ni. Tapi apa yang berlaku selepas kem ni tamat tadi.

Bila dah settle semuanya , kebetulan ada sorang budak ni tak balik lagi katanya ayah belum datang. Budak ni anak murid aku, stay kt salah satu ladang kt area sekitar [ayahnya pengurus ladang] Jadi aku tumpangkan dia balik. Katanya jalan masuk ke ladang tu xdelah jauh sangat. Cuma jalan tanah merah je. So, aku tolong hantarkan alang-alang nak balik ke rumah.

Tapi sebenarnya rumah budak jauh nun kedalam. Lebih kurang amik masa 1jam ulang-alik. Dengan jalan tanah merah buatkan keta tak boleh bergerak laju. Sempat jugak aku bersembang tanyakan tentang life dia kat dalam.. Yerla, agak susah untuk dorang keluar dari ladang tu. Aku tanyakan tentang life budak-budak kat sana, apa yang dorang main waktu petang, macam mana nak ke sekolah tiap-tiap hari sebab aku rasa jarang untuk dorang keluar dari ladang itu melainkan untuk ke sekolah atau pun ke bandar. Selain dia, ada lagi anak-anak murid yang lain tinggal kat dalam ladang tu [sempat ditunjuk rumah-rumah dorang tadi]

Cuma terfikir sejenak...tentang kesulitan yang dialami dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan sudah tentu terhad. Bagi yang ada kemudahan kereta mungkin agak senang untuk bergerak. Tapi, bagi keluarga yang sederhana mungkin hadapi masalah untuk  ke mana-mana. Teringat zaman kecil aku di kampung, walaupun agak jauh dari bandar tapi masih mampu untuk nikmati kemudahan-kemudahan yang sepatutnya.

Salute pada mereka yang datang ke sekolah untuk belajar. Salute jugak pada ibu bapa yang sanggup berhabis wang ringgit untuk anak-anak supaya dapat apa yang berhak untuk mereka. Dan sudah tentu aku bersyukur dengan apa yang aku telah ada sepanjang hidup.. Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment