Sunday, April 22, 2012

Jom Sarap...

Bagi sesiapa yang berada di JB ,suka makan dan cuba nak cari sesuatu yang authentic.. aku rasa tak salah untuk anda berkunjung ke Kampung Melayu Majidee.Ianya terletak berdekatan dengan pusat bandaraya  menghala ke Jalan Kota Tinggi.

Tempat yang aku cuba suggest kan pada anda semua adalah untuk sajian sarapan pagi di mana ianya terletak di kawasan medan selera Kampung Melayu. Apa yang buatkan aku rasa tertarik adalah kuih muih yang kadang-kadang susah nak dijumpai di tempai laen seperti dangai, getas dan juga pulut serunding ada di sini. Makanan-makanan lain seperti laksa joho, roti canai, lontong kering dan  bubur lambok juga ada di jual di sini. Jadi, Cubalah!

Berderet sampai ke belakang orang menjual
gambar 2

Sunday, April 1, 2012

Ragam Manusia..Kategori sesama manusia

*GambarHiasan*

Pagi tadi aku sempat meneman kawan aku ke hospital. Katanya sakit kepala so xdapat nak g keje ari ni.. Atas rasa tanggungjawab dan semangat kejiranan [ntah ape2 aku nie] dengan rela hati aku ikot die.. he he he..

Sampai ja kt hospital, tercari-cari jugak kami kat mana unit pesakit luar, tu la first time aku jejak kaki kat dalam tu [lupe nak ckp..Hospital Kota Tinggi] Cari punya cari jumpa la jugak..Semua insiden bermula di kaunter pendaftaran...

Di kaunter aku perhatikan cara pak cik tu bagi aku kurang sesuai, muka member aku tak dipandang lansung. Hanya mulut yang terkumat kumit tanpa secalit senyuman bertanya beberapa butiran peribadi sambil mata tertumpu 100% pada skrin komputer. Yang kurang sedap di dengar bila dia plak yang membebel pada kawan aku bila kawan aku cakap sakit kepala..aik, ntah la..mungkin pak cik tu merangkap doktor penasihat separuh masa kot.. hu hu hu..

Insiden kedua berlaku waktu sedang menunggu di panggil doktor. Aku tak pasti la mungkin jururawat yang bertugas tu sakit kaki ke...ape ke..Tapi yang pasti dia memang tak berganjak langsung dari kerusi nya. Sistem nombor xberfungsi. Jadi, terpaksa la dipanggil secara menual. Yang kurang sedap nya cara jururwat tu panggil pesakit hanya dengan duduk di dalam, dipanggil nama pesakit bila pesakit yang siap dirawat oleh doktor membuka pintu. orang kelantan cakap.."ble ble bukak pintu jah pggil" Jadi, suara perempuan ni bukan lah kuat sangat. Terpaksa la pesakit pesakit kat luar ni fokus dan dengar betul2.. Tak salah kot kalau bangun dan keluar di depan pintu untuk panggil pesakit [hospital Sik wat mcm tu]

Tapi insiden yang ketiga ni buat aku terkedu untuk 3 1/2 saat. Bila seorang nurse yang agak berumur cuba memanggil nama seorang pesakit  dua kali dan tiba-tiba keluar dari mulut nya " Nak masuk ke tak nak nie?? agak kurang ajar kot. Sedangkan pesakit yang dipanggil dah bangun tapi mungkin kerana kurang sihat jadi pergerakan nya agak perlahan. [of course la tak sihat,sebb tu datang jumpe doktor] Hurm., aku ngn member hanya mampu gelengkan kepala..

Apa-apa pon yang berlaku, sebenarnya tak semua orang macam tu, ada jugak yang mampu memberi perkhidmatan yang sangat baik. Tapi bila ada segelintir yang macam ni la buatkan orang ramai bersangka buruk pada yang laen..tak ada niat untuk jatuhkan sesiapa hanya sekadar mahu berkongsi cerita...
d^_^b

Friday, March 30, 2012

Soal Makan..[Medan Selera Taman Mas Kulaijaya]

Antara tempat yang sering aku kunjungi bila teringin nak makan nasi ayam penyet di waktu tengah hari. Sedap jugak, terutama sambal nya..[bagi aku kesedapan ayam penyet terletak pada cara ayam tu digoreng dan juga sambalnya] Selain tu nasi goreng kampung dan juga nasi ayam goreng sambal pon boleh tahan sedap nya. Selalunya, waktu balik tempat kerja aku akan singgah sini, "if" belum makan ag.  d^_^b


Tuesday, March 27, 2012

Hidup Kehidupan...


Hidup tak pernah lari dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Hidup juga kadang kala indah bagai mimpi yang tak akan berhenti. Bagi kita sebagai manusia, kehidupan sudah tentu  bukan saja mengajar malah membentuk sahsiah, jati diri mahupun sikap kita sendiri..

Bila hidup itu indah, semuanya dalam keaadan yang ceria, sikap yang positif dengan hati yang tenang. Namun bila badai melanda,dugaan tiba..Manusia yang pada mulanya berfikiran rasional mampu berubah menjadi satu sisi gelap yang laen, yang mungkin mampu menghuru hara kan keadaan..

Kehidupan itu  bukan sahaja jauh, luas malah kadang kala tidak terduga dek akal fikiran  yang waras

Jadi, bersedialah...hadapi ia..berfikir rasional...dan bertindak...
d^_^b

Monday, March 5, 2012

Terapi Diri..

Rasanya tak ada satu kerja pun dalam dunia ni yang senang. Boleh kita katakan setiap pekerjaan mesti ada waktu stress nya. Macam jugak kerja aku yang memerlukan aku mengadap muka-muka comel [ lebeh kurang 50orang] setiap hari. Dan sudah pasti kerja aku bukan saja hanya mengadap muka-muka comel ni tetapi perlu menyumbang,berkongsi malah mendidik mereka ke arah yang positif. [InsyaALLAH amin]

Tapi, yerla bila waktu bekerja sudah pasti aku tak lari dari tekanan-tekanan sama ada dari si comel  sendiri ataupun dari kerja-kerja yang lain. Sebenarnya, menghadapi kerenah anak-anak merupakan salah satu cabaran yang besar dalam kerjaya aku di mana terpaksa melayan pelbagai tindakan, respon mahupon kenakalan dorang yang kadang kala menggugat kesabaran aku. [xperlu kot aku bgtau ape denda yang aku buat pada dorang.. he he he]

Namun aku rasa sedikit terubat bila waktu aku bersama anak- anak diselit dengan sesi merehatkan minda. Tahun ni alhamdulillah kebetulan diberi subjek pendidikan seni visual dan juga muzik. Masa yang ada aku gunakan sepenuhnya untuk merehatkan fizikal dan mental aku dengan baik. Aktiviti - aktiviti seperti mewarna, melukis mahupun menyanyi  sedikit sebanyak  memberi aku dan juga anak-anak masa untuk berehat. Malah ia juga telah memberi aku peluang untuk mencuba sesuatu yang bagi aku agak baru disebabkan sebelum ini tiada peluang untuk aku mencubanya.

Apa yang penting, tugas yang diberikan harap aku dapat laksanakan dengan baik...   d^__^b

p/s : aku dapat peluang melukis,buat burung,buat bunga,menyanyi,maen rekoder,capan,pop-up
        menganyam dan macam macam lagi la!




Thursday, March 1, 2012

Teacher Oh Teacher... [Dari teman untuk sahabat]

Ini originally bukan dari aku. Tapi sebenarnya dari seorang teman yang sudi mencoret sesuatu untuk aku. Tak pasti tuan empunya badan masih ingat atau tidak. Tapi tiap kali aku baca pasti ianya buat aku tersenyum sendiri. Pada yang berkenaan, terima kasih tidak terhingga. Kita kawan sampai bila-bila InsyaALLAH... d^_^b

oh teacher / sir.. (teacher for women sir for man)
gud moning gud afternoon gud evening gud night
how are u im fine tankiu
u stand up I sit down


oh teacher / sir..
everyday we go to school
but u go by car I go by bus
why teacher / sir?
Why u go by car u not go by bus???
U know not? not fair lah


Oh teacher / sir..
When u come in kelas
I say “stand up kelas.. gud moning teacher / sir”
Becoz I ketua darjah
If I not say like dat u angry
U know not? At my mother and father pun I not say dat


Oh teacher / sir..
When u talk2 in the kelas
U think I understand?
i understand but small2 not all


oh teacher / sir..
1 day I want be teacher / sir like u
Becoz I want rotan and cubit2 your son and dogter
Becoz u rotan and cubit I
U think I not sakit ey??
so becareful send ur son and dogter to school!! Kah3

 p/s Mohon untuk diabaikan perkataan-perkataan yg diguna. Ia hanyalah sekadar hiburan..