Monday, February 20, 2012
Layang-Layang ku Terbang Tinggi
Sejak bila pulak aku main layang-layang ni.. ha ha ha..tak delah, sebenarnya hujung minggu hari tu sempat aku dengan sorang member mengukur jalan sampai ke Pasir Gudang. Sebenarnya memang kami dah plan nak mengukur jalan untuk sampai ke sini. Ini dah tahun ke 3 aku di Johor dan ini kali pertama aku sampai ke Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang. Tapi mungkin takde rejeki kot, petang sabtu hari tu hujan. Jadi,tak banyak lah layang-layang yang dinaikkan. Cuma orang yang datang tu jer yang ramai. huk huk huk
Untuk Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini, ianya merupakan kali ke 17 berlansung sejak tahun 1995. Ia juga merupakan menganjuran festival layang-layang terbaik di dunia. Hampir 25 buah negera yang mengambil bahagian termasuklah USA,Jepun,India dan juga negara jiran kita iaitu Thailand. Disini kita bukan saja dapat melihat pelbagai jenis layang-layang malah kita dapat merasa pengalaman sendiri bagaimana untuk menghasilkan layang-layang kerana di festival ini terdapat bengkel-bengkel mengajar para pengunjung untuk membuatnya.
Bila ada festival-festival sebegini sudah tentu ia tidak lari dengan penjualan makanan. Disini terdapat pelbagai pilihan makanan sama ada makanan-makanan ringan,makanan segera[fastfood] dan juga makanan tradisional. jadi,tak perlu risau untuk ke tempat lain untuk makan sekiranya anda semua datang ke sini. TAPI, waktu anda semua baca post ni, festival ni dah pon tamat. Tahun depan la ek... :-p
[Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ke 17 bermula 15Februari 2012 hingga 19Februari 2012]
Sumber :
http://www.kitefestpasirgudang.com/
Tuesday, February 14, 2012
Lebih Masa..
Borang-borang rasmi...susun jangan tak susun!
Gara-gara nak memastikan Sukan Zon Tenggara esok berjalan lancar, aku kamarul dan arniza sanggup mengorbankan masa tidur petang kami yang sangat-sangat berharga untuk berkampung di dalam makmal sehingga lewat petang. Diharap semua yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar..Insyaallah..Ameeen...
d^_^b
p/s : waktu aku nak balik [dalam 6.20 petang] kamarul masih lagi mengadap komputer di makmal dalam misi menyiapkan kerja..cayalah!
Monday, February 13, 2012
Tak Perlu Macam Tu Kot..
Tadi petang time tengah layan Spongebob Squarepant tiba-tiba terasa nak keluarkan peluh. Jadi lepas jer siap solat semua, aku terus meluncur laju ke Hutan Bandar Putra. [tiba-tiba tingat waktu main luncur ais ari tu..teruk sangat!]
Sebenarnya, itu bukan benda yang aku nak ceritakan. Kisah yang aku rasa tak perlu berlaku ni terjadi sewaktu aku balik dari Hutan Bandar. Time aku balik tu sempat aku singgah di IOI Mall untuk beli sedikit barangan keperluan.[bukan buah berangan,tapi barangan keperluan ok] Sewaktu aku membayar kat kaunter sempat la memasang telinga kat kaunter sebelah..
Cashier : Cik,ada "member card"
Pelanggan : takde..
Cashier : Nak buat "member card" tak?Kalau buat boleh dapat diskaun untuk pelembab ni. Cuma perlu bayar rm12 ringgit jer..
Then, aku tengok pelanggan tu bercakap sesuatu pada seorang lelaki,buah hati dia kot..tak kisah la..
Pelanggan : Erm, tak payah la kot..
Oleh sebab pelanggan tu cakap macam tu, cashier tu pon teruskan pengiraan dia. Tapi yang tak sedap di dengar, dengan slumber cashier tu cakap pada kawan dia.. "orang nak bagi diskaun pun tak nak" ...Terkejut aku kat sebelah.Aku pon boleh dengar, apatah lagi pelanggan kat depan tu.ish..ish..ish..Tak perlu macam tu kot. Dah pelanggan tu tak nak,biar jer lah. Kenapa la perlu sampai tahap macam tu cakapnya. Agak kurang ajar bagi aku. Susah kalau ada orang macam ni.....Hurm.....
P/s : Tapi tak semua orang macam tu. Contoh, pekerja SHELL kat Taman Mas, Kulaijaya. Aku rasa semua pekerjanya sangat menghormati pelanggan..Dari jauh dah lemparkan senyuman,cakap dengan lemah lembut dan diakhiri dengan ucapan terima kasih dan datang lagi..
Bukan hari aku
kertas yang dikeluarkan..
Penyelamat... he he he
Uwaaaaaaaaa..... rasa nak nangis la plak. hari..huk huk huk [saje nak over2 skit.. he he he] hari ini, isnin 13 februari 2012 merupakan hari yg kurang baik bagi aku. Tapi ini tak bermaksud hari ni adalah hari s**l bagi aku.[Ya Allah tak perlu aku pikir sampai tahap macam tu,nauzubillah!] Cuma rasa macam hari ini hari yang tidak memihak pada aku.
Bermula dengan suasana "monday blues" di mana kelas yang boleh dikatakan agak padat dan sibuk beserta dengan satu dua majlis. Apa yang membuatkan terjadinya hari ini bukan hari aku sewaktu aku cuba menyiapkan kerja-kerja bagi AJK 3K[kebersihan,keselamatan,kesihatan]. Niat di hati nak habiskan "meng laminate" bahan untuk ditampal di setiap bilik. Kebetulan mesin laminate baru saja dapat hari ni.
Sedang asyik "meng laminate" tiba-tiba kertas yang aku masukkan tak keluar-keluar. Masa tu aku dah mula cuak.."hai,tak kan la rosak plak...adus.." Rasa nya aku dah ikut semua harapan, [suhu dibukak mengikut ketebalan plastik laminate, tunggu sehingga lampu hijau menyala sebelum digunakan] Tapi yerla, benda dah nak jadi, mungkin ter "over" panas nya kertas yang dimasukkan terlekat di dalam.
Rasa bersalah tentu timbul sebab aku orang yang pertama menggunakan mesin tersebut dan ianya menjadi lebih dramatik ceritanya bila mesin tersebut baru beberapa jam dikeluarkan dari kotak..hu hu hu
Nasib ada 2 orang budak praktikal yang mahir [almaklum la..budak D&T a.k.a kemahiran hidup] yang menolong aku untuk keluarkan kertas yang terlekat tu. Nak dijadikan cerita kebetulan waktu kejadian bos tiba-tiba muncul.. tapi nasib la dia cakap suruh hantar ke pejabat sekiranya masih tak boleh guna sebab mesin "under warranty"...Hope so...... huk huk huk
Friday, February 10, 2012
Nasib Badan...
Bermonolog sendiri..
Ramai pulak orang nak berurusan kt TM Point ari ni. Ingat kan tak ramai. Nasib badan..tunggu je lah.. Nak buat macam mana kan. Dah cakap, lain kali bayar guna online je..Padan muka aku.. he he he
p/s : Bleh plak jumpa Debra time nak balik.. hu hu hu. Dia nak daftar tmnet tapi system offline,so minggu depan la Debra ek.. he he he
Thursday, February 9, 2012
Kita dan ibu Baca dan renungkan ……..
Selagi ibu kita diberi kesempatan oleh Allah swt bersama-sama kita janganlah kita menyusahkan lagi hidup ibu kerana selama ini kita telah banyak menyusahkan ibu.
Kita dan ibu ketika berusia setahun, ibu suapkan makanan dan mandikan kita. Cara kita ucapkan terima kasih kepadanya hanyalah dengan menangis sepanjang malam.
Apabila berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain, kita ucapkan terima kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila dipanggil.
Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh rasa kasih sayang, kita ucapkan terima kasih dengan menumpahkan makanan ke lantai.
Ketika berusia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensel warna, kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding.
Berusia 5 tahun, ibu membelikan sepasang pakaian baru, kita ucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak kotor.
Setelah berusia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menjerit : "tak nak! Tak nak!"
apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola. Cara mengucapkan terima kasih ialah kita pecahkan cermin tingkap jiran.
Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan aiskrim, kita ucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu.
Ketika berusia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan ponteng kelas.
Berusia 10 tahun ibu menghabiskan masa sehari suntuk menemankan kita ke mana saja, kita ucapkan terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengannya.
Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah, kita ucapkan terima kasih dengan menonton televisyen.
Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan memberitahu bahawa pakaian itu tidak sesuai zaman sekarang.
Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan tidak menulis sepucuk surat pun.
Berusia 15 tahun, ibu pulang daripada kerja dan rindukan pelukan dan ciuman, kita ucapkan terima kasih dengan mengunci pintu bilik.
Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita diterima masuk ke ipta, kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan bersuka ria bersama kawan-kawan.
Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian, menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama, kita hanya ucapkan selamat jalan pada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.
Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istemewa, kita kata, "?Itu bukan urusan ibu."
Setelah berusia 21 tahun, ibu cuba memberikan pandangan mengenai kerjaya, kita kata, "Saya tak mahu jadi seperti ibu."
Apabila berusia 22-23 tahun, ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita. Di belakang ibu kita katakan pada kawan-kawan?. "Perabot pilihan ibu aku tak cantik, tak berkenan akuuu!"
Menjelang usia 24 tahun, ibu bertemu dengan bakal menantunya dan bertanyakan mengenai rancangan masa depan, kita menjeling dan merungut, "Ibuuu, tooooolonglahhh?."
Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita. Ibu menangis dan memberitahu betapa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepadanya dengan berpindah jauh.
Pada usia 30 tahun, ibu menelefon memberi nasihat dan petua mengenai penjagaan bayi, kita dengan megah berkata, "?Itu dulu, sekarang zaman moden."
Ketika berusia 40 tahun, ibu menelefon mengingatkan mengenai kenduri-kendara di kampung, kita berkata, "Kami sibuk, tak ada masa nak datang."
Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita menjaganya, kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibu bapa yang menjadi beban kepada anak-anak.
Dan kemudian suatu hari, kita mendapat berita ibu meninggal! Khabar itu bagaikan petir! Dalam lelehan air mata, barulah segala perbuatan kita terhadap ibu menerpa satu persatu. Jika ibu masih ada, sayangi dia. Jika telah meninggal, ingatlah kasih dan sayangnya. Sayangilah ibu kerana kita semua hanya ada seorang ibu kandung.
P/s : bukan dari aku....hanya ada dalam simpanan..
Tuesday, February 7, 2012
Ku sanggup menunggu...
menunggu mu dengan duduk disitu..
tanpa rasa jemu, aku hanya membatu..
biar panas, biar hujan aku tetap menunggu,
tidak berganjak walaupun seinchi satu
Bagiku sekali datang padamu kita harus ketemu.
Tidak mungkin aku akan pulang sebegitu.
Pulang tanpa bertemu dengan mu..
kerna pada waktu itu,
Hanya kau ku perlu ...........
p/s : Brader!!!! cepat la makan! bila nak bukak kedai nie..saya nak gunting rambut!
Subscribe to:
Posts (Atom)









