Monday, August 22, 2011

Penangan "G-Shock"








Ari ni minggu terakhir kerja sebelum balik ke kampung. Jadi kebanyakan orang hanya jasad sahaja berada di tempat kerja tapi hati minda semestinya semua berada di kampung.. he he he.. Oleh sebab mood raya yang menebal setebal kek lapis serawak, maka kualiti kerja mungkin akan nipis..senipis kulit popia goreng..

Nak dijadikan cerita minggu ni adalah minggu peperiksaan..jadi,yabedabeduuuuuuuuu!!! tak perlu la aku nak kerahkan otak fikir apa yang nak di ajar ari nie..he he he he..


apa yang aku nak ceritakan kat sini sebenarnya tentang budak-budak aku . Hari ini ikot jadual biasa aku kena jaga kelas tahun 2 dan tahun 6. Oleh sebab tahun 6 akan duduki peperiksaan UPSR tak lama lagi jadi semua tahun 6 ditempatkan di dalam dewan sebagai persediaan awal bagi mereka. Sedang aku berkawad di dalam dewan, terperasan yang kebanyakan budak-budak tahun pakai jam "G-Shock" .

Macam-macam warna ada, merah putih hitam pink malah ungu pun ada. Mungkin trend budak-budak zaman sekarang. Sebenarnya aku sendiri pon ada niat nak beli jugak. Yerla bila tengok warna warni macam tu berkenan plak.. he he he.. Tapi sesuai ke? Waktu jenjalan kat Bazar Karat aku tengok jenis jam ni antara yang popular sekarang. Semua tempat ada jual. Jadi tak mustahil jam "G-Shock" yang "colourful" ni jadi trend budak- budak zaman sekarang..tak kisah yang penting pakai jam tu,tahu jugak nak tengok.jangan pakai jer pandai.. he he he


d^_^b

5 comments:

  1. haáh...kat sek pun same...sume budak duk belek jam jer...xfocus la bljr

    ReplyDelete
  2. mcam2 budak skrg nie kan... he he he

    ReplyDelete
  3. sempat lg cikgu dok amik gmbr student erk.. hihi.. kampung katne?

    ReplyDelete
  4. sempat ja.. ha ha ha.. kg kt kedah.. he he he

    ReplyDelete
  5. Sempat Lagi Ambil Gambar..Hahaha, Kesian Budak2 Tu..

    ReplyDelete