Friday, August 5, 2011

Ku Mohon Kemaafan...


Waa..kalau tengok pada tajuk, dah macam lagu raya pulak kan.. he he he.. sebenarnya, tak ada kena mengena sangat pun dengan hari raya. Cuma sekadar rasa ingin meluahkan perasaan apa yang terdetik dalam hati.. hu hu hu..

Kisah kemaafan bermula apabila aku balik dari tempat kerja tadi. Waktu tengah memandu tiba-tiba teringat sesuatu benda yang aku janji untuk dibuat tapi aku lupa untuk laksanakannya. Terdetik di hati mungkin orang yang dijanjikan oleh aku untuk melakukan sesuatu tertunggu-tunggu. Ya tuhan, aku lupa..ya,aku pelupa..Bagi aku,itu adalah salah satu kelemahan yg besar ada dalam diri aku..PELUPA...hurm..

Jauh di dalam sudut hati ini, tiada niat untuk aku memungkiri janji. Hanya kerna sikap pelupa yang menghantui diri buatkan aku seperti seorang manusia yang tak bertanggungjawab mungkin.. Kisah petang tadi buatkan aku berfikir semula, insiden-insiden yang berkaitan dengan sikap mazmumah aku mengecewakan keluarga,kawan, teman, rakan sekerja dan juga sesiapa yang mungkin pernah berurusan dengan aku.Ampunkan aku ya ALLAH..

Arwah ayah pernah menegur tentang sikap pelupa aku. kelemahan aku bila disuruh untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa. Ia mungkin menjadi lebih parah pabila tekanan  wujud dalam menyelesaikan kerja tersebut...Sampai satu tahap,arwah ayah sengaja menguji aku dengan meminta aku melakukan sesuatu, belum sempat aku laksana arwah ayah sengaja meminta aku melakukan sesuatu yang lain dahulu. Dan ternyata, aku terlupa untuk melakukan yang pertama..


Ayah,maafkan abg...
Mak,maafkan abg..
akak,abg, adik-adik, maafkan abang li...
kawan,teman dan sesiapa sahaja,tolong maafkan aku..

Ingatkan aku selalu supaya aku tak kan pernah lupa untuk melakukan sesuatu.....

MAAFKAN AKU.....

[Alfatihah untuk arwah ayah,semoga rohnya dicucuri rahmat,buat pertama kali kami berpuasa dan akan menyambut lebaran tanpa ayah...rindu di hati, tuhan  sahaja yang tahu... hanya doa  menjadi pengiring..]

3 comments:

  1. aku pun selalu terlupa...kene makan kismis banyak2 nih...

    ReplyDelete
  2. pelupa tandanya dah tua.... hahaha..

    ReplyDelete
  3. eddy
    tu la..kena cr kismis gk pasni

    cik hest
    tua kah aku? tidakkkkkk!!!

    ReplyDelete