Thursday, August 18, 2011

Bazar..





Tiada apa yang hendak diceritakan.. hanya berkongsi bazar ramadhan yang selalu aku pergi. Terletak di Bandar Putra Kulai. Merupakan antara tempat yang agak popular bagi penduduk Kulaijaya selain di Bazar Temenggung dan di Bazar Stesen bus Kulai. Sudah tentu menjual pelbagai jenis juadah dari seluruh Malaysia termasuklah Kedah,Pulau Pinang, Kelantan,Terengganu,Negeri Sembilan dan juga Sarawak..

Antara Juadah yang sering aku beli sudah tentu nasi kerabu [setakat untuk melepaskan rindu ok lah] nasi ayam kukus dan juga nasi lemak yang popular di kulaijaya iaitu nasi lemak wak kentut [jangan tanya aku kenapa namanya macam tu tapi yang pasti memang best!!]


p/s : masih teringat bazar ramadhan di kota bharu..sangat meriah!




4 comments: