Tuesday, June 26, 2012
Kisah Unik Si Kidal
Tergerak hati untuk mencoret sesuatu bila aku ditegur dengan bebudak. Actually dah selalu bebudak tegur aku bila tengok aku menanda buku. Tapi yelah, nak cakap apa kan, senyum jer. Bagi aku kami golongan kidal ni sebenarnya bukan lah pelik. Aku lebih suka guna perkataan unik. Sedap bunyi nye kan? he he he..
So saja- saja nak berkongsi sikit tentang kami yang unik ini.
Kelebihan Orang Kidal
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.
Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
Kamera :
· Bentuk kamera DSLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.
Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.
Kekurangan Orang Kidal
-Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.
-Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.
-Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.(setuju sangat-sangat!)
Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar
Sumber :
http://www.kirinselamaperak.com/infokelebihan-dan-kekurangan-orang-kidal-seperti-aku-kirin-selama-perak/
Monday, June 25, 2012
Hati...
Kuat nya seseorang itu bila dia mampu mengawal dirinya..mampu membentuk hati untuk tidak melakukan sesuatu yang tidak perlu walau jauh di sudut hati dirinya ingin melakukan semua itu. Hidup tak pernah lari dari dugaan. Kecil kah, besar kah ianya pasti kan datang. Cepatkah,lambatkah ianya pasti kan serang.
Bila dugaan melanda hati mula terasa kalah, jadi lemah walau ia dulunya adalah juara. Pemenang yang sentiasa di puncak namun mula rebah bila dugaan datang tiba memusnahkan segala. Orang yang gagah bisa jadi lemah bila hati tidak mampu menanggung beban dalam diri. Jangan ingat fizikalnya nampak gah kerna belum tentu hati itu kuat seiring tubuhnya.
Apa yang pasti segumpal darah dalam hati ini perlu di ajar berdikari untuk menghadapi segala kemungkinan yang tiba. Ajar ia untuk terima segala sebelum bangun untuk teruskan langkah. Bila hati bisa terima ,waras kan datang membantu kita. Langkah akan jadi lebih selesa untuk terus maju ke depan dan hadapi ia dengan senang...AJAR HATI DEMI DIRI....
d^____^b
Sunday, April 22, 2012
Jom Sarap...
Bagi sesiapa yang berada di JB ,suka makan dan cuba nak cari sesuatu yang authentic.. aku rasa tak salah untuk anda berkunjung ke Kampung Melayu Majidee.Ianya terletak berdekatan dengan pusat bandaraya menghala ke Jalan Kota Tinggi.
Tempat yang aku cuba suggest kan pada anda semua adalah untuk sajian sarapan pagi di mana ianya terletak di kawasan medan selera Kampung Melayu. Apa yang buatkan aku rasa tertarik adalah kuih muih yang kadang-kadang susah nak dijumpai di tempai laen seperti dangai, getas dan juga pulut serunding ada di sini. Makanan-makanan lain seperti laksa joho, roti canai, lontong kering dan bubur lambok juga ada di jual di sini. Jadi, Cubalah!
Tempat yang aku cuba suggest kan pada anda semua adalah untuk sajian sarapan pagi di mana ianya terletak di kawasan medan selera Kampung Melayu. Apa yang buatkan aku rasa tertarik adalah kuih muih yang kadang-kadang susah nak dijumpai di tempai laen seperti dangai, getas dan juga pulut serunding ada di sini. Makanan-makanan lain seperti laksa joho, roti canai, lontong kering dan bubur lambok juga ada di jual di sini. Jadi, Cubalah!
![]() |
| Berderet sampai ke belakang orang menjual |
![]() |
| gambar 2 |
Wednesday, April 4, 2012
Sunday, April 1, 2012
Ragam Manusia..Kategori sesama manusia
*GambarHiasan*
Sampai ja kt hospital, tercari-cari jugak kami kat mana unit pesakit luar, tu la first time aku jejak kaki kat dalam tu [lupe nak ckp..Hospital Kota Tinggi] Cari punya cari jumpa la jugak..Semua insiden bermula di kaunter pendaftaran...
Di kaunter aku perhatikan cara pak cik tu bagi aku kurang sesuai, muka member aku tak dipandang lansung. Hanya mulut yang terkumat kumit tanpa secalit senyuman bertanya beberapa butiran peribadi sambil mata tertumpu 100% pada skrin komputer. Yang kurang sedap di dengar bila dia plak yang membebel pada kawan aku bila kawan aku cakap sakit kepala..aik, ntah la..mungkin pak cik tu merangkap doktor penasihat separuh masa kot.. hu hu hu..
Insiden kedua berlaku waktu sedang menunggu di panggil doktor. Aku tak pasti la mungkin jururawat yang bertugas tu sakit kaki ke...ape ke..Tapi yang pasti dia memang tak berganjak langsung dari kerusi nya. Sistem nombor xberfungsi. Jadi, terpaksa la dipanggil secara menual. Yang kurang sedap nya cara jururwat tu panggil pesakit hanya dengan duduk di dalam, dipanggil nama pesakit bila pesakit yang siap dirawat oleh doktor membuka pintu. orang kelantan cakap.."ble ble bukak pintu jah pggil" Jadi, suara perempuan ni bukan lah kuat sangat. Terpaksa la pesakit pesakit kat luar ni fokus dan dengar betul2.. Tak salah kot kalau bangun dan keluar di depan pintu untuk panggil pesakit [hospital Sik wat mcm tu]
Tapi insiden yang ketiga ni buat aku terkedu untuk 3 1/2 saat. Bila seorang nurse yang agak berumur cuba memanggil nama seorang pesakit dua kali dan tiba-tiba keluar dari mulut nya " Nak masuk ke tak nak nie?? agak kurang ajar kot. Sedangkan pesakit yang dipanggil dah bangun tapi mungkin kerana kurang sihat jadi pergerakan nya agak perlahan. [of course la tak sihat,sebb tu datang jumpe doktor] Hurm., aku ngn member hanya mampu gelengkan kepala..
Apa-apa pon yang berlaku, sebenarnya tak semua orang macam tu, ada jugak yang mampu memberi perkhidmatan yang sangat baik. Tapi bila ada segelintir yang macam ni la buatkan orang ramai bersangka buruk pada yang laen..tak ada niat untuk jatuhkan sesiapa hanya sekadar mahu berkongsi cerita...
d^_^b
Friday, March 30, 2012
Soal Makan..[Medan Selera Taman Mas Kulaijaya]
Antara tempat yang sering aku kunjungi bila teringin nak makan nasi ayam penyet di waktu tengah hari. Sedap jugak, terutama sambal nya..[bagi aku kesedapan ayam penyet terletak pada cara ayam tu digoreng dan juga sambalnya] Selain tu nasi goreng kampung dan juga nasi ayam goreng sambal pon boleh tahan sedap nya. Selalunya, waktu balik tempat kerja aku akan singgah sini, "if" belum makan ag. d^_^b
Tuesday, March 27, 2012
Hidup Kehidupan...
Hidup tak pernah lari dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Hidup juga kadang kala indah bagai mimpi yang tak akan berhenti. Bagi kita sebagai manusia, kehidupan sudah tentu bukan saja mengajar malah membentuk sahsiah, jati diri mahupun sikap kita sendiri..
Bila hidup itu indah, semuanya dalam keaadan yang ceria, sikap yang positif dengan hati yang tenang. Namun bila badai melanda,dugaan tiba..Manusia yang pada mulanya berfikiran rasional mampu berubah menjadi satu sisi gelap yang laen, yang mungkin mampu menghuru hara kan keadaan..
Kehidupan itu bukan sahaja jauh, luas malah kadang kala tidak terduga dek akal fikiran yang waras
Jadi, bersedialah...hadapi ia..berfikir rasional...dan bertindak...
d^_^b
Subscribe to:
Posts (Atom)













