Friday, November 25, 2011

Kembali Lagi...

Asyik tenggelam timbul ja aku ni hu hu hu.. entah lah, tak ada niat untuk berhenti dari mencoret apa-apa di sini cuma kekangan-kekangan yang berlaku buatkan aku terpaksa berehat seketika daripadanya [tapi aku rasa takde siapa yang peduli kot..he he he] Lantak lah! tak pernah kisah dengan apa orang cakap yang penting aku bahagia dengan kehidupan aku..

Rasa nya sudah lebih 60hari [2 bulan daa..] aku  tak menconteng apa-apa di sini. Apa yang berlaku pada aku dalam tempoh waktu tu ek?? Erm.. kerja semakin banyak..tanggungjawab makin berat tapi aku "enjoy" dengan tanggungjawab yang diberi walaupun tekanan tu sangat-sangat terasa. Namun hasil nya alhamdulillah tidak begitu mengecewakan. Terima kasih pada yang sentiasa bersama aku.

Dalam 2 bulan nie jugak berlaku sesuatu yang sedikit  sebanyak merubah hidup aku, mencorak kehidupan aku menjadi sedikit beda. Aku? terima semua ini dengan hati terbuka. Jadi apa jua cabaran, apa jua halangan tempuhi aku dengan rela.............  d^_^b

Sunday, September 11, 2011

Apan dan Senyuman

-Apan-

Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan. Apan masih seperti dulu, meneruskan hidup yang penuh dengan kejutan. Yaya masih lagi menjadi kucing pilihan kucing-kucing yang laen. Namun Apan dan Yaya masih lagi berkawan seperti dulu.. Walau apa terjadi hidup mesti diteruskan, dan Apan masih mampu meneruskan hidupnya. Jalani rutin harian seperti biasa.

Namun, mungkin sudah takdir Apan untuk di uji sekali lagi. Kisah nya mungkin tiada beza ketika bersama Yaya. Namun sudah tentu situasi, kronologi dan juga insiden yang terjadi  berlainan dengan sebelum nya.. Tapi, seperti biasa Apan masih lagi mampu untuk tersenyum..ya, masih lagi mampu.....

Apan,teruskan dengan senyuman, jangan cepat untuk mengalah..tiada salah untuk terus tersenyum.. kerna senyum untuk bisa mengubat diri kamoo...Sampai bila??tak perlu ditanya soalan itu.. teruskan saja...
teruskan dengan SENYUMan...

d^_____^b

Tuesday, September 6, 2011

Doa Buat Dhiaiz..






Petang tadi lepas habis kerja, aku dan beberapa rakan sekerja yang laen berkesempatan ke Hospital Sultan Ismail [HSI] johor bahru melawat salah seorang murid sekolah aku di timpa kecelakaan. Agak kritikal pada mula nya tapi alhamdulillah hari sudah dipindahkan dari unit rawatan rapi ke wad biasa. Dhiaiz Rifqi bin sallehin murid tahun dua aku [2cerdik] dikejarkan ke hospital sabtu lalu  akibat luka teruk tertusuk kaca di bawah dagu yang menyebabkan kehilangan banyak darah.
 
Seorang murid yang aktif lincah dan bijak di dalam kelas. Harap beliau tabah untuk hadapi dugaan ini. Doa yang terbaek untuk beliau. Buat keluarga nya, harap tabah hadapi dugaan ini...Insyaallah semua yang baik akan berlaku....Ameen....

Monday, September 5, 2011

Selamat Hari Raya Ke 8!!


Seminggu kat kampung, seminggu jugak aku tingglkan dunia siber nie.. Biar la orang nak cakap aku dah terlambat ke apa ke..Tapi Aku tetap nak ucap SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua yang sudi menjengah blog aku yang tak seberapa ni...hu hu hu..

apa-apa kerja tetap kerja..chaiyok chaiyok!!

Wednesday, August 24, 2011

Dugaan....Petanda...



"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"

aku rasa semua  orang sudah tentu penah dengar ungkapan ni kan. Setiap perkara yang berlaku atau terjadi sudah tentu ada hikmahnya...Tapi, benar kah apa yang berlaku pada aku sekarang akan ada hikmahnya???? Memang ku harap hikmah yang akan berlaku pada aku. Namun, jauh di sudut hati  terdetik...akan adakah hikmah itu??? Bukan niat itu menidakkan takdir, tiada sebab untuk menafikan hakikat..Tapi, hanya aku yang tahu kenapa bisa wujud persoalan sebegitu..

Dugaan kah itu??
Hurm... ya, mungkin ini dugaan. Dugaan pasti ada dalam apa juga keadaaan. Jadi kita sebagai manusia harus tempuhi dan juga harungi dugaan tersebut. Sekiranya itu memang benar dugaan bagi diriku, kan ku cuba untuk hadapinya dengan tenang dan penuh kesabaran. Dan ku harap dugaan itu akan lenyap bila tiba waktunya..

Petanda kah ia??
Petanda?hurm.....mungkin ini adalah juga satu petanda bagi aku supaya bertindak melakukan sesuatu. Ia sebenarnya adalah petunjuk untuk aku..Tapi, betul ke??? Aku tak pasti..Kalau benar ini adalah petanda, suka atau tidak aku perlu bertindak. Gembira atau duka aku harus lakukan.

Sedikit bingung dengan apa yang terjadi, tapi hidup harus diteruskan seperti biasa. . Harap segala yang baik akan terjadi pada diri......




Monday, August 22, 2011

Penangan "G-Shock"








Ari ni minggu terakhir kerja sebelum balik ke kampung. Jadi kebanyakan orang hanya jasad sahaja berada di tempat kerja tapi hati minda semestinya semua berada di kampung.. he he he.. Oleh sebab mood raya yang menebal setebal kek lapis serawak, maka kualiti kerja mungkin akan nipis..senipis kulit popia goreng..

Nak dijadikan cerita minggu ni adalah minggu peperiksaan..jadi,yabedabeduuuuuuuuu!!! tak perlu la aku nak kerahkan otak fikir apa yang nak di ajar ari nie..he he he he..


apa yang aku nak ceritakan kat sini sebenarnya tentang budak-budak aku . Hari ini ikot jadual biasa aku kena jaga kelas tahun 2 dan tahun 6. Oleh sebab tahun 6 akan duduki peperiksaan UPSR tak lama lagi jadi semua tahun 6 ditempatkan di dalam dewan sebagai persediaan awal bagi mereka. Sedang aku berkawad di dalam dewan, terperasan yang kebanyakan budak-budak tahun pakai jam "G-Shock" .

Macam-macam warna ada, merah putih hitam pink malah ungu pun ada. Mungkin trend budak-budak zaman sekarang. Sebenarnya aku sendiri pon ada niat nak beli jugak. Yerla bila tengok warna warni macam tu berkenan plak.. he he he.. Tapi sesuai ke? Waktu jenjalan kat Bazar Karat aku tengok jenis jam ni antara yang popular sekarang. Semua tempat ada jual. Jadi tak mustahil jam "G-Shock" yang "colourful" ni jadi trend budak- budak zaman sekarang..tak kisah yang penting pakai jam tu,tahu jugak nak tengok.jangan pakai jer pandai.. he he he


d^_^b

Thursday, August 18, 2011

Bazar..





Tiada apa yang hendak diceritakan.. hanya berkongsi bazar ramadhan yang selalu aku pergi. Terletak di Bandar Putra Kulai. Merupakan antara tempat yang agak popular bagi penduduk Kulaijaya selain di Bazar Temenggung dan di Bazar Stesen bus Kulai. Sudah tentu menjual pelbagai jenis juadah dari seluruh Malaysia termasuklah Kedah,Pulau Pinang, Kelantan,Terengganu,Negeri Sembilan dan juga Sarawak..

Antara Juadah yang sering aku beli sudah tentu nasi kerabu [setakat untuk melepaskan rindu ok lah] nasi ayam kukus dan juga nasi lemak yang popular di kulaijaya iaitu nasi lemak wak kentut [jangan tanya aku kenapa namanya macam tu tapi yang pasti memang best!!]


p/s : masih teringat bazar ramadhan di kota bharu..sangat meriah!