Friday, February 21, 2014

Diam lama sangat..

Assalammualaikum,
hurm.. tak pasti masih ada orang ke tidak ni.. he he he sebab lama sangat menghilang sampai rasanya orang dah tak kenal. Apa-apa  pon alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan hidup. Masuk dalam beberapa bulan ni banyak perkara-perkara baru berlaku. Yang utama alhamdulillah aku dapat berpindah dari Kulaijaya ke Kuala Lumpur. walaupun masih jauh dari kedah tapi sekurang kurangnya sudah cut 4 jam kat situ. dan yang kedua nya aku bukan saja berpindah negeri tapi aku juga bertukar suasana mengajar. core business masih sama tapi tempat nya berbeza. Bermula 2 Januari 2014 alhamdulillah bermula kerjaya aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).




Program baru dimana Sekolah Dalam Hospital (SDH) diperkenalkan. Tapi tak la baru sangat sebab program ni dah bermula sejak tahun 2011 lagi. dengan guru seramai 9 orang bersama 2 orang pembantu murid kami menggerakkan sekolah dalam hospital di PPUM. sangat mencabar tetapi menarik bagi aku yang memang sudah lama teringin bekerja di hospital. Apa-apa pun, akan diceritakan di masa akan datang Insyaallah.. Salam kembali dari aku untuk semua.. Assalammualaikum.. d^__^b

1 comment:

  1. saya dalam dilema utk buat permohonan SDH ni... agak2 ape yg mencabar mengajar kat sane... GB mcm tak setuju

    ReplyDelete