Thursday, January 10, 2013
Kids, they are so innocent!
Anda jangan fikir bila tajuknya omputeh, aku akan tulis omputeh. Kalau anda memang fikir macam tu, maaf anda tersasar.. hu hu hu aku masih belum ada 'confident' dalam diri untuk buat semua tu.. he he. Apa pun berbalik pada tajuk tadi, adakah anda rasa apa yang aku rasa?adakah anda fikir benda yang aku fikir?
Semua berdasarkan pengalaman diri aku sendiri bila berdepan dengan anak-anak kecil. Antara insiden-insiden yang pernah aku alami adalah bila aku bertanyakan sesuatu soalan dan mintak mereka mengangkat tangan..."Sapa yang dah hantar buku MT1 sila angkat tangan"..mereka akan angkat, tapi mereka tak angkat turunkan tangan selagi aku suruh turunkan tangan..Sama jugak kalau anda minta mereka untuk berdiri bila menjawab soalan, mereka tak angkat duduk selagi anda suruh mereka duduk.
Pernah juga berlaku satu insiden dalam bilik tayang bila aku beri arahan kepada sekumpulan kanak-kanak.. waktu mereka sedang beratur..aku cakap 'eh,boleh tak kamu duduk belakang skit' Dengan 'slumber' mereka bergerak ke belakang dan DUDUK! padahal maksud sebenar aku,aku nak mereka berbaris dibelakang sikit. dan bila aku suruh mereka berdiri semula, ada mulut-mulut berbunyi... 'eh,cikgu ni kejap suh duduk kejap suh diri,yang mana satu..' he he he
Dan lagi satu, kita kena tahu bila berurusan dengan kanak-kanak kita perlu kotakan janji kita. Mereka akan tuntut selagi kita tak buat apa yang kita janji.
Yang pentingnya bila berurusan dengan kanak-kanak kita perlu pastikan apa sahaja yang kita mahu mereka buat disampaikan secara jelas dan satu persatu. Jangan kita cuba beri arahan yang banyak dalam satu masa kerana anda pasti akan kecewa dengan respon yang diberi. Mereka akan kecewa anda kadangkala tapi mereka sentiasa buatkan anda tersenyum dengan telatah-telatah yang tak dijangka.
Love them because they are so innocent!! d^_^b
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment