Wah..sudah berkurun dan berabad diri tak menjengah ke blog ni. Kalau umah yang lama ditinggalkan,Bil air dengan api rasanya dah kena potong..labah- labah tu,jangan cakap la.. Rasanya dah jadi komuniti lelabah dah.. hu hu hu.. tapi yerla apa kan daya diri aku yang sentiasa sibuk.
(konon-konon la)
Cukup la kot cerita pasal
comeback ni. Sekarang aku nak bercerita sikit aktiviti yang aku buat hujung minggu baru-baru ni
( 2 3 hari lepas la) Hari sabtu yang lalu aku bersama 5orang lagi kawan berjaya melakukan aktivivi
camping di
Tanjang Balau. Walaupun pada mulanya hujan,alhamdulillah pada malamnya cuaca beransur baik. Petang tu dah terasa macam nak
give up pon ada. Yerla, kalau dah hujan macam mana nak bakar ayam kan. Tapi, dengan adanya kawan-kawan yang punya otak geliga masalah tu dapat kami selesai kan.. he he he
Kebetulan pada waktu yang sama, di Tanjung Balau ada pulak Konsert yang dianjurkan oleh Muzium Nelayan Tanjung Balau..Jadi,takdelah sunyi sangat kawasan kat situ
( ade Ella,Amuk,Taukeh,Angah dengan Azli Senario) aktiviti petang dipenuhi aktviti mendirikan khemah di dalam hujan. Kemudian malam pulak akvitivti bakar ayam
(ade udang sotong jugak) dan unggun api. Keesokkan paginya pulak ..MANDI!!!!! walaupun aku ni bukan la penggemar mandi laut tapi sekali sekala ok jugak la. hu hu hu..
Tengah hari ahad tu kami dah balik. Tapi akvivti hujung minggu aku tak abis setakat tu saja. Petang nya pulak ada jamuan makan di
DAMAI SEAFOOD VILLAGE kat Kg Sg Danga Pesisir Perling Johor Bahru. Tempat yang cantik dan menarik, makanan yang sedap dan rakan-rakan sekerja yang sporting. Terima kasih pada semua yang sudi meluangkan masa untuk berkumpul.
Hujung minggu yang penat tapi berbaloi!!!! d^_^b
|
relax2 lepas makan.. |
|
|
Hidupkan api dikala hujan *IkhtiarHidup* |
|
menu pilihan |
|
Pagi di Balau.. |
|
Damai Seafood Village |
assalamualaikum cikgu...
ReplyDeletelama tak ziarah menziarah kita...
igt kite lagik tak nih?
pape pun aktiviti tu memang osem..!
Rasa macam lama dah tak datang :D
ReplyDelete