Tuesday, June 26, 2012

Kisah Unik Si Kidal


Tergerak hati untuk mencoret sesuatu bila aku ditegur dengan bebudak. Actually dah selalu bebudak tegur aku bila tengok aku menanda buku. Tapi yelah, nak cakap apa kan, senyum jer. Bagi aku kami golongan kidal ni sebenarnya bukan lah pelik. Aku lebih suka guna perkataan unik. Sedap bunyi nye kan? he he he..
So saja- saja nak berkongsi sikit tentang kami yang unik ini.

Kelebihan Orang Kidal
Tulisan Arab:
· Menulis dalam tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa.

Kreativiti:
· Individu kidal menggunakan otak sebelah kanan yang menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.

Kamera :
· Bentuk kamera DSLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kidal/kiri akan digunakan untuk memegang lensa dan menyokong berat kamera tersebut. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.



Peperangan :
· Sewaktu peperangan zaman lampau,apabila dua individu bertemu,mereka akan saling memegang tangan kanan antara satu sama lain. Ini akan menunjukkan mereka tidak membawa senjata. Individu kidal sahaja yang dapat mengambil kesempatan memegang pedang di belakangnya.



Kekurangan Orang Kidal
-Menulis didalam buku tebal (diari, buku laporan,dll ) akan menyukarkan individu kidal semasa menulis di bahagian kiri mukasurat kanan buku.Tulisan yang bermula dari kiri ke kanan juga merupakan salah satu faktor individu kidal menulis dengan gaya/cara yang unik sedikit.

-Penggunaan peralatan lain tangan kanan; Gunting, senjata api (machine gun, alatan memanah, dll ), komputer (tetikus), peralatan dapur, dan lain-lain.

-Kerusi meja (kerusi kuliah) ; Penggunaan meja kerusi meja di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka, individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan setiap ruang meja yang ada.(setuju sangat-sangat!)

Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:
* Pengurusan
* Kesihatan
* Pendidikan
* Kerjarumah/surirumah
* Pelajar



Sumber : 
 http://www.kirinselamaperak.com/infokelebihan-dan-kekurangan-orang-kidal-seperti-aku-kirin-selama-perak/

4 comments:

  1. yg penting masih lagi boleh menulis.. xkire betape susah caranya, mesti kene ade skill... hehe..

    ReplyDelete
  2. ♧‧:Ўùûü;)ppP‧::
    Practice make perfect ¨☺¨ нεнε ¨☺¨

    ReplyDelete
  3. Individu kidal dipercayai mempunyai kelemahan dalam aspek:

    * Kerjarumah/surirumah


    aiii jgn buat alasan malas kemas umah yer..abg kidal tp ok je kemas rumah hahahaa :P

    ReplyDelete
  4. just kurang ja...bukan xleh buat lansung.. he he he

    ReplyDelete