Monday, February 13, 2012

Bukan hari aku

kertas yang dikeluarkan..

Penyelamat... he he he

Uwaaaaaaaaa..... rasa nak nangis la plak. hari..huk huk huk [saje nak over2 skit.. he he he] hari ini, isnin 13 februari 2012 merupakan hari yg kurang baik bagi aku. Tapi ini tak bermaksud hari ni adalah hari s**l bagi aku.[Ya Allah tak perlu aku pikir sampai tahap macam tu,nauzubillah!] Cuma rasa macam hari ini hari yang tidak memihak pada aku.

Bermula dengan suasana "monday blues" di mana kelas yang boleh dikatakan agak padat dan sibuk beserta dengan satu dua majlis. Apa yang membuatkan terjadinya hari ini bukan hari aku sewaktu aku cuba menyiapkan kerja-kerja bagi AJK 3K[kebersihan,keselamatan,kesihatan]. Niat di hati nak habiskan "meng laminate" bahan untuk ditampal di setiap bilik. Kebetulan mesin laminate baru saja dapat hari ni.

Sedang asyik "meng laminate" tiba-tiba kertas yang aku masukkan tak keluar-keluar. Masa tu aku dah mula cuak.."hai,tak kan la rosak plak...adus.." Rasa nya aku dah ikut semua harapan, [suhu dibukak mengikut ketebalan plastik laminate, tunggu sehingga lampu hijau menyala sebelum digunakan] Tapi yerla, benda dah nak jadi, mungkin ter "over" panas nya kertas yang dimasukkan terlekat di dalam.

Rasa bersalah tentu timbul sebab aku orang yang pertama menggunakan mesin tersebut dan ianya menjadi lebih dramatik ceritanya bila mesin tersebut baru beberapa jam dikeluarkan dari kotak..hu hu hu

Nasib ada 2 orang budak praktikal yang mahir [almaklum la..budak D&T a.k.a kemahiran hidup] yang menolong aku untuk keluarkan kertas yang terlekat tu. Nak dijadikan cerita kebetulan waktu kejadian bos tiba-tiba muncul.. tapi nasib la dia cakap suruh hantar ke pejabat sekiranya masih tak boleh guna sebab mesin "under warranty"...Hope so...... huk huk huk

4 comments:

  1. Cuak tak?? Cuak tak??hehehe, cuak dipersalahkan....

    ReplyDelete
  2. teringat msa kat mktb dulu bila ramai2 laminate kertas tuk dijadikan whiteboard masa 2nd praktikum dlu.. Bestnya duk mktb, smua mktb sponsor, dah jdi cikgu ni smua kna beli sndiri..bila mntak kt pejabat, asyik ckp xde jer.. aissshhh..

    ReplyDelete
  3. bese la min...tu nasib dia ckp xde..kalau siap membebel ..lagi malas nak dgr..pdhal nak guna untuk budak2... hu hu hu hu

    ReplyDelete