Sunday, April 22, 2012

Jom Sarap...

Bagi sesiapa yang berada di JB ,suka makan dan cuba nak cari sesuatu yang authentic.. aku rasa tak salah untuk anda berkunjung ke Kampung Melayu Majidee.Ianya terletak berdekatan dengan pusat bandaraya  menghala ke Jalan Kota Tinggi.

Tempat yang aku cuba suggest kan pada anda semua adalah untuk sajian sarapan pagi di mana ianya terletak di kawasan medan selera Kampung Melayu. Apa yang buatkan aku rasa tertarik adalah kuih muih yang kadang-kadang susah nak dijumpai di tempai laen seperti dangai, getas dan juga pulut serunding ada di sini. Makanan-makanan lain seperti laksa joho, roti canai, lontong kering dan  bubur lambok juga ada di jual di sini. Jadi, Cubalah!

Berderet sampai ke belakang orang menjual
gambar 2

Sunday, April 1, 2012

Ragam Manusia..Kategori sesama manusia

*GambarHiasan*

Pagi tadi aku sempat meneman kawan aku ke hospital. Katanya sakit kepala so xdapat nak g keje ari ni.. Atas rasa tanggungjawab dan semangat kejiranan [ntah ape2 aku nie] dengan rela hati aku ikot die.. he he he..

Sampai ja kt hospital, tercari-cari jugak kami kat mana unit pesakit luar, tu la first time aku jejak kaki kat dalam tu [lupe nak ckp..Hospital Kota Tinggi] Cari punya cari jumpa la jugak..Semua insiden bermula di kaunter pendaftaran...

Di kaunter aku perhatikan cara pak cik tu bagi aku kurang sesuai, muka member aku tak dipandang lansung. Hanya mulut yang terkumat kumit tanpa secalit senyuman bertanya beberapa butiran peribadi sambil mata tertumpu 100% pada skrin komputer. Yang kurang sedap di dengar bila dia plak yang membebel pada kawan aku bila kawan aku cakap sakit kepala..aik, ntah la..mungkin pak cik tu merangkap doktor penasihat separuh masa kot.. hu hu hu..

Insiden kedua berlaku waktu sedang menunggu di panggil doktor. Aku tak pasti la mungkin jururawat yang bertugas tu sakit kaki ke...ape ke..Tapi yang pasti dia memang tak berganjak langsung dari kerusi nya. Sistem nombor xberfungsi. Jadi, terpaksa la dipanggil secara menual. Yang kurang sedap nya cara jururwat tu panggil pesakit hanya dengan duduk di dalam, dipanggil nama pesakit bila pesakit yang siap dirawat oleh doktor membuka pintu. orang kelantan cakap.."ble ble bukak pintu jah pggil" Jadi, suara perempuan ni bukan lah kuat sangat. Terpaksa la pesakit pesakit kat luar ni fokus dan dengar betul2.. Tak salah kot kalau bangun dan keluar di depan pintu untuk panggil pesakit [hospital Sik wat mcm tu]

Tapi insiden yang ketiga ni buat aku terkedu untuk 3 1/2 saat. Bila seorang nurse yang agak berumur cuba memanggil nama seorang pesakit  dua kali dan tiba-tiba keluar dari mulut nya " Nak masuk ke tak nak nie?? agak kurang ajar kot. Sedangkan pesakit yang dipanggil dah bangun tapi mungkin kerana kurang sihat jadi pergerakan nya agak perlahan. [of course la tak sihat,sebb tu datang jumpe doktor] Hurm., aku ngn member hanya mampu gelengkan kepala..

Apa-apa pon yang berlaku, sebenarnya tak semua orang macam tu, ada jugak yang mampu memberi perkhidmatan yang sangat baik. Tapi bila ada segelintir yang macam ni la buatkan orang ramai bersangka buruk pada yang laen..tak ada niat untuk jatuhkan sesiapa hanya sekadar mahu berkongsi cerita...
d^_^b