Friday, June 24, 2011

Guru kah?


Isu yang agak sensitif untuk dibincangkan. Tapi antara tajuk-tajuk yang sering di ketengah kan oleh media dalam surat khabar mahupun televisyen. Sejauh mana ia nya benar??? wallahu'alam.. he3...

Tapi kalau korang ada baca surat khabar metro hari ni muka surat 2 dengan tajuk "Guru naik angin murid dalam kelas buat bising" telah diberi perhatian dengan latar belakang yg bewarna untuk menarik minat pembaca untuk membaca.

 Apa yang aku paham tadi, guru tersebut dikatakan berang dengan tindakan murid-murid tahun empat tersebut yang membuat bising dengan menampar 14 orang..diulangi,14 orang [bukan 4orang ok..14org] sebagai denda. Disedapkan lagi cerita apabila diwujudkan nama bagi penampar tersebut sebgai "penampar jepun" [memang orang jepun nie "terror" bab tampar menampar nie ek..he3..kalu tak takkan popular kan..] Tindakan guru tersebut sudah tentu mengundang ketidak puasan [cikgu Bm,ada tak ek berkataan nie?he3..] di Kalangan ibu bapa. Ibu bapa  juga membuat kenyataan bahawa mereka tidak kisah sekiranya anak-anak mereka dipukul dengan ROTAN di tangan atau di kaki daripada di hadiahkan dengan "penampar jepun" tersebut. [I like this statement...] Difahamkan juga ada murid mengalami sedikit kecederaaan di pipi akibat terkena cincin guru tersebut..

Pendapat aku :

sebagai ibu bapa semestinya kita tidak suka apabila anak kita di pukul atau di apa-apa kan oleh orang lain tanpa sebab yang munasabah. Tak kan hanya disebabkan kesalahan membuat bising guru tersebut perlu mengambil tindakan yang drastik dengan menghadiahkan mereka dengan "penampar jepun" [pandai plak guru tersebut blaja ek..kena pegi amek kursus ke jepun ke...heheheheh] apa salah nya sekiranya murid-murid tersebut di beri amaran sahaja. Mereka hanyalah anak kecik [ umur difahamkan masih dibawah 10 tahun] yang tidak tahu apa-apa. Lebih parah ag [cam melampau pulak guna perkataan ni] apabila guru tersebut memakai cincin yang sudah pasti akan mengundang bahaya. Itu antara pendapat ibu bapa ..

TAPI ...

Tahukah korang, apa plak alasan dan juga pandangan guru mengenai isu ini?terutama guru yang disebut dalam isu ini. Penah korang terpikir kenapa guru tersebut boleh bertindak demikian. Kadang-kadang orang terlupa untuk mendengar pendapat dan pandangan dari satu lagi pihak hanya terus membuat konklusi yang mungkin nampak berat sebelah. Pasti korang akan fikir hanya sebab aku adalah salah sorang dari mereka buatkan aku keluarkan kenyataan macam ni..Tapi sebab aku salah sorang dari mereka buatkan aku BERANI kuarkan kenyataan mcm ni.

Ya, mungkin tindakan guru tersebut menampar 14org murid adalah satu tindakan yang mengikut perasaan dan boleh dikatakan tindakan yang kurang bijak. Tapi pernah kah kita terpikir tahap macam mana murid-murid tersebut bising? berapa kali guru tersebut sudah memberi amaran kepada mereka?dan apa reaksi murid-murid pada guru tersebut? bagi ibu bapa yang tidak tahu..kadang2 anak mereka berkelakuan berbeza di skolah berbanding di rumah..mungkin depan ibu bapa nampak sopan tapi belum tentu depan guru-guru dorang akan berkelakuan sama..Ada budak yang berani melawan guru pada tahap yang melampau.kadang-kadang hingga menguji kesabaran dan mencabar kewibawaan guru itu sendiri. Jadi sebagai manusia biasa sudah tentu tidak dapat lari dari membuat kesalahan. Namun diakui memang ada segelintir guru yang memang berkelakuan tidak baik dengan membuat tindakan yang menusabah tapi diingatkan hanya segelintir..

Tapi apa jua masalah berlaku...apa jua isu yang timbul elok kiranya kita lihat dari semua sudut..kita kaji dari banyak pihak..kita selami dari setiap aspek.semoga keputusan yang diambil betul-betul telus dan tidak berat sebelah......



Thursday, June 23, 2011

A Course...



I'm not good in writing. So, I just write as short as I can..he3...I'm just finished attended a course at Kelapa Sawit[one of the part in Kulaijaya]. Really enjoy it..[am I?hahahh] but a little bit stress when I need to complete some assignment [I think a lots of it] The worst part is I need to present it!! huk3.....Three days there had made me learned a lot,gained new knowledge and new friends. I'll meet them again because I need to attend the next course for the second phases..huhuhu...

I'm just pray so that I can complete the assignment..[only have a week to complete it] Go Alee go!!!

d^___^b

[Just ignore the grammatical and structure errors]  

Wednesday, June 22, 2011

Ketegaq..











Ini mak aku panggil ketegaq..orang cakap tak dak masalah cari masalah..hahahha..nak wat cmna kan....he3...
kalau ada yang baca entry aku sebelum ni mesti la korang tahu apa yang berlaku pada aku. Hari ni dah masuk hari ke tiga. Aku dah rasa ok skit la..dah kurang sakit nya. tapi entah la balik dari hutan bandar putra terasa plak nak makan jeruk, nak makan buah asam. Jadi, dengan rasa yakin dan tanpa segan dan silu nya aku membelok ke IOI mall. heheheh....

masuk je dalam IOI mall terus aku terjah bahagian buah asam tu,pilih,bayar dan balik! Oleh sebab dah tak sabar [mengalahkan orang mengandung] sebelum sampai umah aku dah abikan semuanya..hahahah..dasyat-dasyat.. cuma aku harap esok perot aku tak meragam teruk la..hahaha..kalau meragam gak padan muka aku!
[esok hari last kursus..Hoyeyyyy]
d^__^b

Tuesday, June 21, 2011

Pegi Klinik


Waa....dah lama gila aku tak menjengah ke tempat tempat macam ni. Adakah sebab aku jarang dapat penyakit? atau aku adalah seorang yang takut dengan ubat? hahah...biar jadi rahsia...he3...

kes yang aku kembung perut tahap gaban tu buatkan aku tergerak hati nak ke klinik sebenarnya. Itu pun selepas housemate aku cakap yang aku mungkin keracunan makanan. Takut jugak sebab tu lah aku pegi  klinik . sehari sebelum tu sebenarnya lagi teruk sebab aku rasa loya . kalau nak dibandingkan dengan hari ni ok lah sikit...Jadi, lepas habis ja kursus [aku sekarang tengah hadiri kursus untuk 3hari] terus ke Klinik Adham.

Harap akan beransur sembuh..doa doa la ek..

d^___^b

Monday, June 20, 2011

Uwaaa....tak suka..



Agak kurang menyenangkan ari ni..huhuhu..mesti korang tertanya-tanya kan [yeke...ke korang wat tak tahu ja,,,he3...] Pagi ni aku bangun mcm biasa..mula nya tak de lah rasa lain pon. cuma aku mula rasa tak sedap hati bila time rehat. aku memang dh kenal diri aku ni kalau bab makan ni memang cepat. kira selalunya tak akan ada masalah,lancar ja..tapi pagi ini aku rasa lain.Perlahan ja aku nak abiskan makanan aku. itu dah satu. bila nak naik tangga plak hari ni aku rasa cepat plak letih...termengah-mengah..dah macam warga emas dah aku ..bila nak balik keja aku dah mula rasa lain. Apa yang aku makan dan rasa nak terkeluar balik..,Alamak, ni yang tak best nie.


 Balik Pada keja singgah tesco jap. Tingin nak makan nasi ayam penyet tapi tekak tak boleh terima la plak...sikit ja aku makan..dalam hati ya ALLAH, rugi nya... tapi nak buat macam mana perut aku tak boleh terima..huk3....sedih sangat.... :-(


Sampai Ja umah wat apa yang patut pastu terus tido!!! bangun nie masih terasa berat lagi kepala aku ni tapi kurang sikit la dari tadi..perut pun sama,..  hope esok ok lah sebab kena pegi kursus..adus! malas nya!!!!!! 




[tadi sempat google jumpa la artikel ni...]





APAKAH ITU KEMBUNG?
Kembung disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan di dalam perut dan usus. Selalunya ia terjadi akibat menelan udara masuk. Kembung juga terjadi kesan dari tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tanpa bau) semasa memecahkan karbohidrat dan protein.
(sebahagian kecilnya mengeluarkan bau busuk yang dipanggil kentut) Biasanya angin ini dikeluarkan semula melalui mulut dengan bersendawa. Tetapi sebahagian darinya akan masuk semula ke dalam usus semasa berlakunya kembung.

APAKAH PENYEBABNYA?
  • Kembung lazimnya disebabkan oleh:
  • Makan yang tergesa-gesa
  • Menelan angin
  • Gangguan sistem penghadaman
  • Makan terlalu banyak
Sesetengah gangguan seperti penyakit peptik ulser melibatkan pengeluaran air liur yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kemasukan angin. Kembung yang berlebihan mungkin merupakan gejala dari:
  1. Penyakit Crohn
  2. Diverticulitis
  3. Sesetengah jangkitan bakteria dan protozoa di dalam sistem penghadaman
  4. Penyakit dalam usus
  5. Alahan terhadap laktosa
  6. Pembiakan bakteria di dalam usus. (disebabkan oleh sesetengah antibiotik)
GEJALA/TANDA-TANDA
  1. Perut sebu atau kembung
  2. Kentut

PENCEGAHAN
Di samping mengubah diet, anda boleh memperkuatkan otot dubur (anal sphincter) untuk menolong mengurangkan kembung. Untuk ini anda boleh melakukan senaman Kegel. “Baring melentang, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di
sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang
boleh – sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan
ulangi proses ini. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk
(semasa memandu) atau semasa buang air kecil.


Rujukan : 

Laman Web


[thanks for the info]

Sunday, June 19, 2011

Pasar Karat





Penah dengar tak? ada jugak yang panggil bazar Jb. tapi tempat nya tetap sama..heheheh...sebenarnya ni antara tempat aku cuci mata ( tengok brang-barang ok) di malam minggu. nak cakap selalu tu tak la sangat tapi boleh dikatakan kerap jugak la. Pasar Karat terletak di Jalan Segget Johor Bahru [tak jauh dari City Square JB]

mesti ada yang tertanya tanya kenapa namanya pasar karat? ada jual barang barang yang berkarat ke? jawapannya memang ada pon..heheh..kalau kat sini selain baju-baju, kaca mata dan juga kasut, ada juga barang-barang lama seperti duit-duit lama,barangan besi macam seterika, kipas, dan juga barang-barang perhiasan yg klasik yang lain. Pada yang suka barang-barang bundle pon byk gak. Bagi yang minat lagu -lagu dari piring hitam pada zaman 50an,60an dan juga 70an pon ada kat sini [aku ada beli gak..best wooo..he3]

Bagi yang sukakan hiburan santai, ada satu sudut  di mana MPJB sediakan hiburan halwa telinga dengan ada nya karaoke santai @ karaoke suka-suka. Sapa yang teringin nak cuba suara boleh la..huhuhu pada setiap hujung mggu pulak kadang-kadang di saji kan dengan persembahan lagu-lagu 60an,zapin dan juga lagu-lagu klasik yang lain.

Pada yang suka makan [macam aku] korang tak perlu risau. kat kawasan pasar karat terdapat deretan- kedai makan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman seperti  masakan bergoreng,sup, nasi ayam penyet,char koew teow dan juga nasi ayam. Jadi tak perlu untuk pergi jauh kalau korang jalan-jalan kat sini.

Jadi, pada sesapa yang ada kesempatan ke Johor Bahru singgah-singgah lah kat sini.. [aku tak dapat apa-apa  bayaran tau..heheheh]

Saturday, June 18, 2011

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa pada semua..Keikhlasan yg diberikan yang ditunjukkan yang di usahakan pada anak-anak dan isteri akan di berkati oleh ALLAH s.w.t  Amin..Terima kasih tak terhingga kami ucapkan...Pada Arwah ayah Encik Abu Hanipah Bin Ayub...Segala Pengorbanan nasihat dan tunjuk ajar dalam menempuh hidup ini tak penah aku lupakan.... Alfatihah untuk ayah....

Sedikit Perubahan...


aku cuba lakukan sedikit perubahan di sini..itu pun setelah mendapat sedikit kritikan yang bagi aku adalah membina untuk diri aku. jadi aku terima semua kritikan-kritikan tersebut dengan dada yg terbuka..he3...terima kasih pada yang berkenaan sebab sudi memberi pandangan dan komen berserta alasan-alasan pada aku boleh diterima akal.

yerla,bagi aku tak menjadi masalah untuk mengkritik sesuatu perkara atau pun isu, yang penting biarlah berasas. kritik lah  sesuatu perkara tersebut besertakan alasan-alasan yang kukuh dan di kritik dengan cara berhemah. dengan cara tu  aku rasa orang yang dikritik insyaallah dpat menerima kritikan-kritikan tersebut dengan baik..

apa-apa pon, aku akan cuba membuat perubahan tersebut sedikit demi sedikit dengan kadar yang aku mampu...terima kasih...

d^___^b

Thursday, June 16, 2011

LAgi Di Tesco...


ada lagi crita di tesco ni nampknya....ingatkan ritu dah abis [penah post pasal tesco sebelum ni] ...tadi pas abis meeting aku xterus blk umah..terus ke tesco jap sbb aku ingat ade benda yang aku nak beli..so smpai jer tecso g atm jap amek duet [alamak..makin nazak aku rupanya..huk3..]  then terus meng explore ruang tesco kulai yg serba indah nie.....

bila dah siap pilih brg terus aku berlari-lari anak ke kaunter nak wat byran[cm over plak ayat akue...eh! comey...ops!!! he3...]  pas byr terus blah....tapi aku punya pe'el suka belek resit byran tu blk...belek punya belek aku terperasan ade yg xkena....klu xsilap,megi yg aku amek tulis 2.79 tp kt resit tulis 3.99 lagi satu deodorant yg aku amek pon td tulis 9.90 tp kt resit tulis 11.90...

jadi ngn rase xpuas ati [tp aku still control la..] aku naek blk then g check smula tkot2 aku yg silap tgk b4 aku terjah kaunter servis...bila dh kompem br aku pegi....so,dlm 10minit setel la sume...aku dpt la duit aku yg selebehnya.

even duet tu dlm 3 4 ringgit jer tp sbg pengguna kite ade hak kan..tp aku pon xslhkan dorg..mgkin dorg tersilap letak or terslah key in time masukkan brg...pe2 pon moral of de story..rajin2 la korang check resit korang pas wat ape2 belian b4 korang tgglkan premis..harap  maklum :-D

Wednesday, June 15, 2011

Mula Balik...


kena mula balik kot...
yerla,dah berkurun aku tggal...dan bersawang nie..huhuhu
xpe2...sikit2 la..koho2...
lama2 ok balik  la tu...
d^___^b