Tuesday, July 1, 2014

Undang - Undang Eskalator

Actually, benda ni dah berlaku since aku decide nak pergi kerja guna public transport. Tapi cuma pagi ini baru aku terperasan dan tanpa sedar aku pon sebenarnya  mengamalkan rules yang sama. Pada yang selalu menggunakan ERLtransit, komuter mahupun LRT, penggunaan tangga, eskalator dan juga lif adalah penghubung untuk kita bertukar dari satu stesen ke satu stesen yang lain.

 Tapi perasan tak  bila kita menggunakan eskalator akan ada rules seperti di jalan raya .  Kalau di jalan raya kenderaan yang perlahan akan berada di bahagian kiri manakala bagi yg hendak memotong akan berada di bahagian kanan. Rules yang sama juga digunakan cuma bahagian kiri adalah untuk yang tidak mahu bergerak manakala bahagian kanan adalah untuk pengguna yang mahu terus bergerak semasa menggunakan eskalator ( betul ke x ek aku guna perkataan bergerak? Hu hu hu )

Pagi tadi baru aku terfikir dan terus buat throwback yang sebenarnya dah lama aku amal rules ni. Apa-apa pon bagi aku rules ini patut diteruskan sebab mungkin bagi yang mengejar masa macam aku, ianya sangat berharga. 2 3 minit lambat kadang-kadang boleh beri impak yang besar ( tertinggal komuter ka dan dah tentu masuk kerja pon lambat ) Keep it up guys!!

sekadar gambar hiasan

Momentum tak boleh diubah..



Apa pulak tiba-tiba tulis pasal momentum ni? Tak kan la nak bercerita pasal hukum fizik kat sini.. ( seyes aku tak padai fizik since dari sek men lagi.. maafkan saya cikgu baiyah...hu hu hu ) maaf la ya, cek tak pandai

Momentum yang cuba aku maksudkan kat sini adalah rutin aku setiap hari. Lebih tepat lagi rutin aku pergi dan balik kerja. Semua orang sudah pasti tahu hari ini sudah masuk Ramadhan ke 4. Jangan ingat bila masuk bulan ramadhan, rutin kita berubah kepada perlahan. 

Dalam bulan ramadhan ni aku masih menggunakan public transport untuk ke tempat kerja. Masih lagi berkejar-kejar dari satu stesen ke satu stesen. Jadi, momentum yg aku guna dalam tetap sama, tidak boleh kurang. Tidak boleh diubah. Jika diubah alamat terlambat la aku. Tambahan pula waktu kerja di bulan Ramadhan diawalkan satu jam ( 9pagi-4petang dianjakkan menjadi 8pagi-3petang) dan komuter mahupon ERL bukan nya berpuasa bukan.. He he he

Jadi, kekalkan momentum tak perlu diubah walau dalam apa situasi pon.. Chaiyok!!! d^___^b 

Friday, June 27, 2014

Dia datang lagi..


Ya, Ramadhan datang lagi. Ia akan datang lagi dan kali ini jadi yang pertama aku di sini. Tahun pertama di bumi Putrajaya setelah hampir setengah tahun aku mulakan kehidupan baru di sini.

Dah, cukup nak buat ayat-ayat jiwang.. he he he.. kang ada pulak yang muntah hijau or jadi sawan bila baca. hu hu hu.. Insyaallah ahad ni semua umat Islam akan berjumpa dengan Ramadhan. Ramadhan pertama aku di Putrajaya dan Ramadhan ke 4 aku sambut tanpa En Abu Hanipah di sisi.. Wah dah dekat 4tahun ayah noh.. sat ja masa berlalu. Abg rasa macam baru ja semua ni berlaku. Sentiasa mendoakan kebahagiaan ayah di sana.. Insyaallah Amin..

Ramadhan kali ni masih sama untuk aku, masih membujang he he  ( xtau bila nak tukaq status nih!) Masih sama untuk mak aku dan adik-adik mungkin dan sedikit berbeza untuk akak aku ( sebab tunggu masa nak lahirkan anak buah ayah lang yg baru) dan abg juga ( dugaan dan hijrah yg berlaku dalam diri )

Apa-apa pun sentiasa beringat dan berwaspada Ramadhan jangan jadikan ia medium untuk kita lebihkan dunia sampai kita leka tetang hari di sana. kerana kita manusia sekarang walau nampak seperti mencari sesuatu untuk akhirat tetapi hati kita kadang-kadang masa lemah hinggakan setiap yang dibuat tiada kerana Allah dan hanya untuk pujian manusia semata-mata..Nauzubillah.. Ikhlas perlu dicari tapi hanya Dia berhak memberi.. Wassalam..

Tuesday, February 25, 2014

Wa respect u lebih misi!

Tiba-tiba plak hari ni terasa nak bercerita pasal misi ni. Tapi ni bukan la misi menyelamat tapi maksud aku misi aka jururawat.. Yela, kalau orang-orang lama pakai. Misi ja kan,, tapi datang mana ek perkataan misi tu????? Xpa2 nanti kita buat post yang laen pasal dari mana datang nya perkataan misi tu..

Bila sebut misi, mesti banyak yang terbayangkan garang..apatah lagi misi dari hospital kerajaan.. Bila ada segelintir nya yang buat hal macam ni lah jadi nya.. So far, ,misi-misi yang aku kenal sangat baik dan bertanggung jawab.. Ramai jugak sedara dan kawan-kawan yang jadi misi. Sebelum ini, ak hanya jumpa misi-misi ni time pegi melawat orang sakit kat hospital ja..so skop kerja pon tak la tahu sangat. Cuma kadang-kadang kawan-kawan ni ada juga bercerita..

Tapi sekarang bila aku sendiri yang bekerja di hospital, aku dapat la tengok cara kerja misi-misi. Biasa la kan kerja shift.. Shift misi-misi ni kalau tak silap ada 3..pagi petang dan malam.. Maaf ya kalau tersilap..yang aku rasa sedikit tersentuh bila tengok misi-misi yang bekerja shift malam.. Masa balik dorang kalau tak silap seawal 7.30 pagi kot. So aku pulak sampai ke tempat keja dalam pukul 8. So bila parking kereta ja mesti aku akan terserempak dengan dorang yang tengah tido dalam keta. Yela, keja malam kan, susah skit la nak tido. Bila dah abis keja nak balik bahaya. Jadi terpaksa la tido dalam keta dulu. Tiap-tiap hari mesti jumpa.. Yang sedih tu kadang-kadang penah terjumpa juga misi yang sarat mengandung tido dalam keta.. Cuba bayangkan masa kerja yang macam tu memang tak sesuai untuk yang memgandung sebenarnya.. Sebab tu la aku cakap.. " wa respect u lebih misi! "

Sunday, February 23, 2014

Bukan aku tapi osmate..

Yup..betul, bukan aku...he he he bila cuti-cuti macam ni dan kebetulan semua ada kat umah ini lah kerja housemate aku.. Baking!!! Kali ni dia buat cupcake pulak.. Aku? Err...he he he tengok je lah..buat tak pandai, kalau makan ha... Yang tu serah pada aku... Hu hu hu kali ini dia buat chocolate cupcake lepas tu topng nya aku tak pasti.. He he  cream cheese kalau tak silap.. Apa-apa pon layan je la...tapi yang penting bukan aku tapi osmate.. he he he Misi untuk menjadi gemuk berjalan lancar!




Friday, February 21, 2014

Diam lama sangat..

Assalammualaikum,
hurm.. tak pasti masih ada orang ke tidak ni.. he he he sebab lama sangat menghilang sampai rasanya orang dah tak kenal. Apa-apa  pon alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNya untuk meneruskan hidup. Masuk dalam beberapa bulan ni banyak perkara-perkara baru berlaku. Yang utama alhamdulillah aku dapat berpindah dari Kulaijaya ke Kuala Lumpur. walaupun masih jauh dari kedah tapi sekurang kurangnya sudah cut 4 jam kat situ. dan yang kedua nya aku bukan saja berpindah negeri tapi aku juga bertukar suasana mengajar. core business masih sama tapi tempat nya berbeza. Bermula 2 Januari 2014 alhamdulillah bermula kerjaya aku di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).




Program baru dimana Sekolah Dalam Hospital (SDH) diperkenalkan. Tapi tak la baru sangat sebab program ni dah bermula sejak tahun 2011 lagi. dengan guru seramai 9 orang bersama 2 orang pembantu murid kami menggerakkan sekolah dalam hospital di PPUM. sangat mencabar tetapi menarik bagi aku yang memang sudah lama teringin bekerja di hospital. Apa-apa pun, akan diceritakan di masa akan datang Insyaallah.. Salam kembali dari aku untuk semua.. Assalammualaikum.. d^__^b

Tuesday, July 23, 2013

Ramadhan ke 4 tahun..

Dah masuk separuh ramadhan rasanya, tp aku masih nak ucapkan ahlan wasahlan ya ramadhan.. Ramadhan sudah masuk ke fasa yg kedua.. Sgt cpt.. Sgt pantas.. Aku seperti biasa teruskan hidup di bumi tuhan kulaijaya dengan amanah yg diberi.. Masuk ke rumah bru untuk kali yg ke 4 kalau kira- kira dari bandar tenggara 4 tahun dulu. . Alhamdulillah, rumahnya selesa, agak besar tak perlu panjat tangga  mcm rumah sebelum ni..

Kerja? Tugas dah diketahui sentiasa bertambah tapi alhamdulillah masih diberi kekuatan olehNya untuk memikul. Cuma kdg2 tergelincir untuk sekali dua..maapkan aku ya.. Secara jujurnya diberi amanah untuk membantu anak- anak adalah tugas yg sgt mencabar tapi disebalik tu ada kepuasan yg aku dapat disamping melayan karenah anak- anak yg sgt- sgt comel. Terbayar rasa lelah tiap kali dpt lihat kegembiraan anak-anak terpancar bila menjejak ke kelas dorg..

Haanya mampu berdoa kepada ALLAH untuk diberi kekuatan bagi meneruskan amanah yg xpenah hilang,,, amin..