Tuesday, July 24, 2012

Datang Menjenguk Lagi..


Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berjumpa Ramadhan untuk ke sekian kalinya. Tahun ke 3 Ramadhan disambut aku di Kulaijaya. Cuma lainnya kali ni, aku sempat untuk menyambut permulaan Ramadhan dengan keluarga tersayang di kampung. Sempat aku mohon cuti rehat khas (CRK) ari tu he he he..

Untuk tahun ni jugak masuk tahun ke dua kami sambut Ramadhan tanpa En Abu Hanipah Bin Ayub a.k.a ayah aku. Kejap rasa masa berlalu..Apa pon yang terjadi, hidup harus kami teruskan dengan kenangan bersama ayah xpenah aku lupa..sampai bila-bila Insyaallah... d^_^b

Hanya mendoakan segala yang baik berlaku pada diri, keluarga, malah rakan-rakan. Kesihatan yang baik jugak untuk mak..dan yang lain-lain..Moga diberi kekuatan untuk meneruskan Ramadhan yang sudah tentu penuh dengan keistimewaan dari Nya.. Insyaallah...



Saturday, July 14, 2012

Kisah mereka..

Jauh perjalanan..

Sepanjang minggu ni sekolah aku adakan kem 1Murid1Sukan. Bertuah betul budak-budak ni sebab dorang dapat peluang untuk kenal sukan yang tak banyak sekolah ada. 3 sukan yang di fokuskan ragbi, memanah dan juga tenis. Tapi apa yang cuba aku ceritakan sebenarnya bukan tentang kem ni. Tapi apa yang berlaku selepas kem ni tamat tadi.

Bila dah settle semuanya , kebetulan ada sorang budak ni tak balik lagi katanya ayah belum datang. Budak ni anak murid aku, stay kt salah satu ladang kt area sekitar [ayahnya pengurus ladang] Jadi aku tumpangkan dia balik. Katanya jalan masuk ke ladang tu xdelah jauh sangat. Cuma jalan tanah merah je. So, aku tolong hantarkan alang-alang nak balik ke rumah.

Tapi sebenarnya rumah budak jauh nun kedalam. Lebih kurang amik masa 1jam ulang-alik. Dengan jalan tanah merah buatkan keta tak boleh bergerak laju. Sempat jugak aku bersembang tanyakan tentang life dia kat dalam.. Yerla, agak susah untuk dorang keluar dari ladang tu. Aku tanyakan tentang life budak-budak kat sana, apa yang dorang main waktu petang, macam mana nak ke sekolah tiap-tiap hari sebab aku rasa jarang untuk dorang keluar dari ladang itu melainkan untuk ke sekolah atau pun ke bandar. Selain dia, ada lagi anak-anak murid yang lain tinggal kat dalam ladang tu [sempat ditunjuk rumah-rumah dorang tadi]

Cuma terfikir sejenak...tentang kesulitan yang dialami dan juga aktiviti-aktiviti yang dilakukan sudah tentu terhad. Bagi yang ada kemudahan kereta mungkin agak senang untuk bergerak. Tapi, bagi keluarga yang sederhana mungkin hadapi masalah untuk  ke mana-mana. Teringat zaman kecil aku di kampung, walaupun agak jauh dari bandar tapi masih mampu untuk nikmati kemudahan-kemudahan yang sepatutnya.

Salute pada mereka yang datang ke sekolah untuk belajar. Salute jugak pada ibu bapa yang sanggup berhabis wang ringgit untuk anak-anak supaya dapat apa yang berhak untuk mereka. Dan sudah tentu aku bersyukur dengan apa yang aku telah ada sepanjang hidup.. Alhamdulillah....

Friday, July 6, 2012

Lori Hantu..Apakah?


Apa tu lori hantu? kenapa lori tu dipanggil lori hantu? adakah lori tu milik hantu? ataupun hantu yang bawak lori tu? Bagi yang tak tahu maksud sebenar lori hantu mungkin soalan-soalan di atas tu  bermain di fikiran kita..

Sebenarnya lori hantu bermaksud lori yang tidak mempunyai cukai jalan yang sah dan hanya boleh digunakan di tapak pembinaan. Lori ini selalunya tak sempurna seperti lori lain. Contohnya mungkin lori tu xde pintu ataupun cermin depan. Kiranya macam open air la... he he he. Bila dah xde cukai jalan dah tentu la xbleh guna kat jalan raya biasa. Kalau kita perasan lori atau treler yang lebih besar akan bawak lori-lori ni..

Teringat zaman-zaman muda remaja...waktu kecik-kecik bila belakang rumah aku tengah busy siapkan bangunan sekolah menengah. Sanggup ramai-ramai pergi kat tapak pembinaan tu semata-mata nak tengok lori hantu. Waktu tu mati-mati aku dengan kawan-kawan ingat lori tu memang berhantu. Kalau kami bernasib baik abang lori tu bagi kami naik lorinya waktu dia buat keja. Seram seh sebab ingat lori tu berhantu tapi layan kot. he he he